KOPETRO KVClean Servis Pembersihan Disinfeksi Untuk Kediaman dan Pejabat

Hai dan Assalamualaikum korang,

Siapa kata PETRONAS hanya ada jual minyak saja? KOPETRO Venture Sdn. Bhd., anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengeluarkan jenama baru, KVClean yang telah beroperasi sejak April 2019.

KVClean merupakan syarikat perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan servis penjagaan dan pembersihan lengkap seperti servis penyelenggaraan penyaman udara, membersihkan dan disinfeksi kediaman, pejabat dan banggunan komersial.

KVClean membawa maksud: KOPETRO Venture Clean, servis pembersihan dan disinfeksi rumah dan pejabat yang profesional di Malaysia yang dilalukan oleh mereka yang berpengalaman dan pakar didalam bidang ni.



Pada 22 September 2022 yang lepas, saya telah menghadiri Hari Terbuka KVClean 2022 yang telah diadakan di Ruang Legar Blok C, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Sempena dengan Hari Terbuka KVClean 2022, KVClean telah menawarkan pelbagai promosi pembersihan kediaman dan pejabat, dan pembersihan penyaman udara serta promosi jualan barangan pembersihan sediri (DIY Kit).



KVClean bukan sahaja menawarkan perkhidmatan pembersihan di kediaman dan pejabat, malah mereka juga ada menyediakan servis pemasangan Panel Tenaga Solar bagi mereka yang sayangkan bumi dan nak jimat bil elektrik :)

Penggunaan panel tenaga solar yang menghasilkan tenaga dengan menyerap cahaya dari matahari dalam sel fotovoltaik/photovoltaic (PV) dan mengubah tenaga tersebut menjadi elektrik dah terbukti mampu memberi kesan yang positif kepada rumah hijau, terutamanya dikawasan bandar.

Syarikat perkhidmatan pembersihan KVClean yang bermoto "Green & Clean", berazam untuk menjadi sebuah jenama syarikat yang dapat melindungi alam sekitar selain daripada menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar.


Kalau korang mencari syarikat pembersihan yang menawarkan perkhidmaran pembersihan kediaman, banggunan komersial, servis keluar-masuk, cuci permaidani, cuci selepas renovasi, cuci banggunan, bersihkan selepas event/acara atau servis perkhidmatan pembasmian kuman, boleh la contact KVClean.

KVClean terkenal dengan perkhidmatan terbaik mereka didalam servis dan pengelenggaraan aircond/penyaman udara. Antara servis penyaman udara yang KVClean buat termasuklah:

✅ Membekalkan dan pemasangan aircond;
✅ Servis kimia;
✅ Pemeriksaan dan pembersihan paip aircond;
✅ Pemeriksaan atau/dan menggantikan penebat paip cooper aircond;
✅ Pemeriksaan tekanan dan suhu;
✅ Pengisian semula gas dan pemeriksaan tahap penyejuk coolant.

Semua servis daripada KVClean dikendalikan dan dilakukan oleh staf mereka yang pakar dan berpengalaman didalam bidang ini supaya dapat memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka.




Promosi istimewa Promosi Hari Terbuka KVClean:
⭐ Pakej pengelenggaraan penyaman udara pejabat serendah RM50 satu unit sebulan;
⭐ Pakej pembersihan pejabat serendah RM399 sebulan bagi 8 sesi pembersihan dengan durasi 2jam setiap sesi.

*Pakej promosi diatas khas untuk mereka yang pejabat di Megan Avenue II.
*Promosi sah untuk pembelian pada 22 September 2022 sahaja.
*Promosi sah bagi tempoh kontrak selama satu tahun.

Harga Servis KVClean untuk Kediaman dan Pejabat:
⭐ Harga servis penyelenggaraan penghawa dingin bermula dari RM90.00,
⭐ Harga servis pembersihan bermula dari RM60.00,
⭐ Harga servis disinfeksi bermula dari RM288.00.





Majlis Hari Terbuka KVClean dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan sokongan oleh wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), wakil koperasi, rakan-rakan niaga dan para jemputan yang berada di sekitar kawasan Megan Avenue II. 

KOPETRO yang telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 kini telah dianggotai oleh lebih daripada 15000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. 

KOPETRO terlibat dalam 4 bidang perniagaan utama iaitu:
🍀 Servis Kewangan,
🍀 Pelancongan dan Perhotelan,
🍀 Makanan dan Minuman,
🍀 Perdagangan dan Peruncitan.

Dari kiri: 



Tujuan Majlis Hari Terbuka KVClean adalah untuk memperkenalkan secara rasminya jenama KVClean kepada masyarakat dan orang ramai. Buat pula musim penyakit macam sekarang, kadang-kadang kita tak pasti tentang kebersihan kediakan dan pejabat kita bersih atau tidak.

Dengan perkhidmatan KVClean, servis pembersihan rumah dan pejabat yang profesional di Malaysia, yang mengikut piawaian yang ditetapkan, KVClean boleh dipercayai dengan harga dan tawaran pakej yang berbaloi.


Untuk servis pembersihan dan disinfeksi rumah dan pejabat yang terbaik dikawasan Kuala Lumpur dengan harga servis pembersihan dan disinfeksi rumah dan pejabat yang murah, boleh hubungi:

KVClean
Contact: 0133996788 (Whatsapp)
Website: www.kopetroventures.com.my
Instagram: hwww.instagram.com/kvclean_cleaning
Facebook: www.facebook.com/kvcleancleaningservice

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad 
(KOPETRO)
Facebook: www.facebook.com/kopetroberhad
Instagram: www.instagram.com/kopetroberhad


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

8 Comments

仙妮 said…
Ohh wowo....Didn't know about this service available until reading your sharing. I'm now checking out to purchase the DIY air cond cleaning kit for my home usage, thanks for this. Cheers Siennylovesdrawing
Airis said…
Tahniah Kopetro untuk servis pembersihan yang baru dilancarkan. Bagus ada servis pembersihan ni sebab memang orang cari lagi2 pejabat.
Kitkat Nelfei said…
Menarik ye, good to know about KVClean ni! Boleh try khidmat kediaman mereka la, agak berpatutan juga bah!
Bae Roslan said…
baru tau ada service camni dari petronas. thanks sharing nanti nak checkout more details. mana tau nanti boleh call untuk disinfek pejabat ke kan
Ruby said…
Tengok servis macam ni, teringat iklan cuci cuci kreatif dari syarikat tempatan yang sudah mula buat servis bersihkan sofa, karpet, air cond dan lain-lain terus ke rumah. Untung pejabat ambil servis KVClean ni sebab tengah promosi kaw kaw. Nanti nak rekemen pejabat kawan-kawan dekat Megan Avenue II tu. Kasi peluang kontrak pembersihan kepada KVClean pula kan.

-www.ruby.my-
Mawardi Yunus said…
musim sekarang ni memang kebersihan perlu diutamakan. nak nak tempat yang memang kita selalu stay dalam tempoh masa lama. bagus bila service macam ni ada. memudahkan.
Princesa3290 said…
Thank u share. Selalu susah jugak nak cari company yg buat cleaning aircond dan sebagainya, yg trusted
Sunshine Kelly said…
This is another good initiative to boost their product variation and also boost the income

FOLLOWERS