Lulu Supermarket & Department Store Setia Ecohill Mall Semenyih

Hai dan salam sejahtera korang.

Kalau korang tinggal di area Semenyih, mesti korang tahu yang kawasan ni susah nak jumpa kedai untuk korang membeli belah barangan keperluan rumah, groceries, barang memasak seperti supermarket atau hypermarket.

Kini mereka yang tinggal di sekitar Semenyih, Bangi dan Kajang boleh membeli belah barangan keperluan rumah di Lulu Supermarket & Department Store yang terletak di Setia Ecohill Mall, Semenyih.

Dengan lokasi yang mudah diakses daripada lebuhraya Cheras-Kajang, SKVE (melalui SILK Highway) dan LEKAS, menjadikan Lulu Supermarket and Department Store Setia Ecohill Mall akan menjadi sebuah lokasi tumpuan penduduk sekeliling.




Majlis perasmian Lulu Supermarket & Department Store cawangan ke-5 di Malaysia yang terletak di  Setia Ecohill Mall ini dirasamikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) , Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ramai pelanggan Lulu yang hadir semasa hari pembukaan untuk merebut Tawaran Pembukaan Lulu Supermarket and Department Store, barangan diskaun dengan harga yang murah, dan free gift untuk pelanggan yang terawal.

Tawaran Pembukaan Lulu Supermarket & Department Store Setia Ecohill Mall berlangsung dari 15-18 September 2022 dan hanya sah di cawangan ini sahaja.




Cawangan yang berkeluasan sebesar 36000 kaki persegi dengan total 2 tingkat yang menempatkan pelbagai barangan keperluan rumah didalam satu pasaraya dengan konsep pasaraya (supermarket) di tingkat 1, dan kedai serbaneka (department store) di tingkat 2.

Pasaraya Lulu Supermarket & Department Store di cawangan terbaru mereka di Setia Ecohill Mall, Semenyih ini ada bahagian yang tersendiri untuk barangan runcit, produk tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan ayam, barangan kering, pakaian dan fesyen, elektronik, IT, alat tulis, barangan sukan, kasut, bagasi, dan banyak lagi.



Sukanya dengan pasaraya yang luas dan banyak pilihan barang macam ni. Walaupun didalam kompleks membeli belah, tapi sangat mudah nak shopping. Nak parkir pun senang, ada trolley membeli belah, dan suasana didalam Lulu Supermarket pun tenang je.

Lagi tenang bila nampak mereka selalu ada buat promo. Mesra poket lagi, sesuai sangat untuk yang selalu tak cukup bajet bulanan untuk beli barang keperluan rumah tu.





Promosi Tawaran Pembukaan
Lulu Supermarket & Department Store Setia Ecohill Mall

Promosi Tawaran Pembukaan cawangan Lulu Hypermarket terbaru ini berlangsung daripada 15-18 September 2022 dengan banyak tawaran, diskaun, free gift untuk pelanggan terawal, aktiviti khas untuk menghargai pelanggan mereka.

Antara tawaran promosi yang tak masuk akal:
⭐ Ayam segar dengan kaki dan kepala per kg: RM9.40 → RM4.99
⭐ Milo 1kg: RM22.45 → RM14.90
⭐ Minyak masak Buruh 5kg: RM33.50 → RM29.90
⭐ Mee segera Maggi 77g x 5s: RM4.80 → RM3.49
⭐ Roti paratha Fatihah beli 3: RM17.70 → RM9.90




Bahagian produk penjagaan diri dan toileries pun besar dan ada jual banyak produk serta pelbagai jenama. Haritu nak cari barang toiletries Paeh pun mudah sebab dalam supermarket Lulu ada label di setiap laluan rak barang.

Dahlah luas, nasib baik ada label, jadi mudah nak cari barang. Kalau tersesat pun boleh call, dan terus cakap kat lorong mana satu.

Lepastu, alang-alang kat sini, boleh la grab opening promo sabun basuh baju Top 3.6kg: RM27.50 → RM18.75 sahaja. Beli banyak botol pun takpe sebab sabun basuh baju kan lambat tamat tempoh. Hewhew.



Apa yang saya rasa paling best dan seronok di Lulu Supermarket & Department Store Setia Ecohill Mall Semenyih ini adalah, mereka siap ada cafe didalam pasaraya Lulu ni. Kafe pun dah macam restoran sebab ada jual pelbagai menu makanan dengan harga yang murah.

Banyak makanan yang dijual termasuklah makanan berat seperti nasi berlauk, nasi Arab Mandhi, nasi lemak, nasi goreng dan makanan ringan seperti sushi, bihun, mee serta aneka kuih muih, pastries roti dan kek dan banyak lagi.

Kat dalam ni siap ada tempat duduk untuk makan lagi, jadi selepas membeli belah, boleh terus isi perut kat dalam ni, jimat banyak sebab harga makanan memang murah macam harga makanan yang jual kat tepi jalan tu.




Macam yang semua pelanggan Lulu tahu, Lulu memang selalu akan menjual barangan keperluan pelanggan mereka dengan kualiti tinggi, dan juga murah sesuai dengan harga dibawah satu bumbung. Jadi korang boleh dapatkan barangan keperluan yang berkualiti dan murah di Lulu.

Since cawangan ini merupakan cawangan yang ada Supermarket dan Department Store, makanya mudah untuk pelanggan beli semua barangan yang mereka nak cari dibawah satu bumbung. 

Boleh la grocery shopping, sekali beli barang alat tulis sekolah anak, atau nak beli peralatan elektrik baru semua kini boleh dibeli di satu lokasi sahaja, iaitu di Lulu Supermarket & Department Store.



Untuk pelanggan Lulu yang jenis tak ada masa yang banyak untuk keluar membeli belah dan membeli barang keperluan rumah, sesuai sangat kalau datang ke Lulu sahaja sebab boleh jimat masa perjalanan dan jimat duit beli barang disini.

Bahagian LuLu Department Store ada LuLu Fashion Store, yang menampilkan label trend fesyen tempatan dan antarabangsa dan LuLu Connect, untuk alat gajet terkini, telefon pintar, peralatan rumah dan peranti elektronik.





Bahagian Elektrik dan Elektronik di Lulu Supermarket & Department Store Setia Ecohill Mall Semenyih ada menjual pelbagai peralatan, perkakas elektrik dan elektronik yang diperlukan. Pelbagai jenama yang korang boleh dapat disini.

Ramai pelanggan ambil peluang ini untuk beli barang yang dah lama deorang nak beli sempena dengan Tawaran Pembukaan di Lulu Supermarket & Department Store Setia Ecohill Mall.



Sempena dengan pembukaan cawangan ini, siap ada tawaran pembukaan dengan harga yang sangat murah sampai macam tak masuk akal untuk produk elektrik dan elektronik yang terpilih. Antaranya adalah:

⭐ Peti sejuk Sharp 280L: RM1399 → RM949
⭐ Mesin basuh Samsung 10kg: RM1649 → RM999
⭐ Blender duojar Phillips: RM188 → RM95
⭐ Periuk nasi Wirata 1L: RM69 → RM25

⭐ Smart LEDTV LG 65": RM4699 → RM2799
⭐ Smart 4K TV Samsung 55": RM3399 → RM1599
⭐ Android LED TV Haier 43": RM1799 → RM899




Kempen Beli Barangan Malaysia

Menariknya di cawangan Lulu Supermarket & Department Store Setia Ecohill Mall, kat sini mereka ada rak khas yang didedikasikan untuk produk barangan tempatan untuk menyokong usaha dan Kempen Beli Barangan Malaysia.

Antara jenama barangan local yang dijual dan boleh didapati di sini adalah seperti: Enaq, Pak Chips, Munif Hijjaz, Munif, Hang Tuah, Nang Ori, Fraser, Nureys dan banyak lagi.




Tahniah saya ucapkan kepada LuLu Group / Lulu hypermarket atas pembukaan cawangan ke 5, Lulu Supermarket & Department Store di Setia Ecohill Mall Semenyih. Happy shopping!

Lulu Supermarket & Department Store
Setia EcoHill Mall,
Jln Ecohill 1/2, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Sally Samsaiman said…
LuLu punya sales time opening tak pernah menghampakan! 🔥🔥

FOLLOWERS