Kanser Kini Boleh Dirawat Menggunakan NK Cell Therapy

Hai dan selamat sejahtera korang!

Tahu tak korang yang di Malaysia sahaja ada lebih daripada 48000 kes baru kanser mengikut statistik World Health Organization (WHO) dan angka ini dijangka akan meningkat 2 kali ganda menjelang pada tahun 2040.

Perkara ini sangat membinbangkan sebab sekarang di Malaysia ada lebih kurang 150 pakar onkologi (oncologists) - pakar dalam diagnos dan merawat kanser, dan menjadikan kepada nisbah 1 doktor pakar kepada 220000 pesakit kanser. 

Alhamdullilah, finally ada juga kaedah terbaru yang dijangka mampu membantu merawat penyakit kanser, dengan menggunakan NK Cell.


Pada 30 September 2022 lepas, berlangsungnya perjanjian Memorandum of Agreement (MoA) diantara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan NK Biocell Sdn. Bhd. yang lerlangsung di Hospital  Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Perjanjian ini berpotensi memberi harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia yang sedang mencari rawatan penyakit kanser selain daripada rawatan kimoterapi. Dengan NK Cell, pesakit kanser kini boleh memilih rawatan mana yang sesuai untuk mereka.

Apa itu NK Cell?

NK Cell merupakan salah satu sistem imunisasi badan manusia yang membawa tugas penting untuk membunuh sel tunor dan sel yang telah dijangkiti oleh virus. 

Ujikaji makmal telah dilalukan untuk membuktikan teori ini yang berpotensi untuk digunakan didalam rawatan imunoterapi kanser (cancer immunotherapy treatment) - Choi et al., 2019.

*Choi, J. W., Lee, E. S., Kim, S. Y., Park, S. I., Oh, S., Kang, J. H., ... & Lee, S. (2019). Cytotoxic effects of ex vivo-expanded natural killer cell-enriched lymphocytes (MYJ1633) against liver cancer. BMC cancer, 19(1), 1-11.*

Hasilnya, syarikat ImmunisBio Co. Ltd.  (Korea) telah telah membangunkan dan mempatenkan teknologi untuk mengaktifkan dan mengembangkan sel NK dan NKT di makmal. Hasil produk ini dikenali sebagai MYJ1633.

Dari kiri: Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dean of Faculty of  Medicine at Universiti Kebangsaan Malaysia; Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Dr. Park Ji-Youn, Chief Executive Officer of NK Biocell Sdn. Bhd.; Dr. Lan Leong Chung, Medical Director of NK Biocell Sdn. Bhd.

Menerusi kerjasama ini, UKM mendapat keizinan untuk menghasilkan MYJ1633 dalam pasaran Malaysia melalui NK Biocell Sdn. Bhd.

UKM akan buat dan mengeluarkan MYJ1633 - ubat kaedah terbaru dalam rawatan kanser yang mengandungi sel pembunuh semulajadi/ natural killer cells (Sel NK) dan sel T pembunuh semulajadi sel T /natural killer T cells (Sel NKT) yang berpotensi untuk merawat pesakit kanser. 

Dari kiri: Dr. Park Ji-Youn, Chief Executive Officer of NK Biocell Sdn. Bhd., Prof. Dato’ ’Dr. Wan Kamal Mujani, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Prof. Dato' Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM berucap:

"Saya berharap usahasama ini dapat memberi manfaat kepada negara. Usahasama badan-badan kerajaan dan swasta seperti ini membuka sempadan baharu kepada institusi pengajian seperti kami untuk mengkaji penemuan-penemuan baru demi menghasilkan produk dan perkhidmatan rawatan yang terbaik kepada masyarakat."

"Kami di UKM juga berharap dapat menghasilkan produk perubatan untuk rawatan kepada pelbagai jenis penyakit di makmal yang mendapat pengiktirafan cGMP dan CTERM UKM.".

Dr. Park Ji-Youn, Ketua Pegawai Eksekutif NK Biocell Sdn. Bhd. berkata: 

"Perjanjian ini merupakan pencapaian kepada kedua-dua pihak dalam bidang sains, teknologi dan perubatan. Kini, kami mampu menghasilkan MYJ1633 yang selamat dan telah mendapat kelulusan dari Agensi Farmaseutikal dan Peralatan Perubatan (PMDA) Jepun untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya pesakit kanser dan autoimun."

"Dengan bantuan CTERM UKM, kami berjaya mendaftarkan MYJ1633 dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia. Saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dan percaya perjanjian ini akan memberi manfaat kepada semua."

Memorandum of Agreement (MoA) between Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and NK Biocell Sdn. Bhd.

Majlis penandatangi perjanjian MoA diantara UKM dan NK Biocell Sdn. Bhd. turut diserikan lagi dengan kehadiran Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Dekan (Rangkaian dan Alumni) Fakulti Perubatan, Prof. Dr Marina Mat Baki, Ketua Jabatan Pusat Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTERM) UKM, Prof. Madya Dr Mohd Fauzi Mh Busra, ketua jabatan dan pakar kesihatan di Malaysia.

Tentang NK Biocell

NK Biocell merupakan pusat maklumat yang menyediakan rawatan imunoterapi paling mamu dan moden menggunakan teknologi berpaten dari Korea.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

10 Comments

  1. berita baik untuk semua bukan hanya pesakit kanser. tahniah atas penemuan nk cell..

    ReplyDelete
  2. Penemuan yang sangat berharga, mampu membantu dalam rawatan kanser! Kagum sekali dengan teknologi perubatan sekarang.

    ReplyDelete
  3. First time tahu tentang NK Cell ni. Terbaiklah, kini penghidap kanser mempunyai pilihan untuk rawatan yg mereka inginkan. :)

    ReplyDelete
  4. Inilah teknologi masa kini kan. Penemuan yang baik khususnya untuk pesakit kanser. Khabar gembira semuanya!

    #followed here 1028

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. baguslah, dgn kerjasama antara dua negara ini moga penyakit kanser dapat dibendung.. Semoga lebih banyak penemuan-penemuan baru terhasil dan boleh merawat pelbagai penyakit kronik..

    ReplyDelete
  6. Sesungguhnya ni berita baik buat mereka yang menghidap penyakit cancer ni, there is hope and light at the end of the dark tunnel. Ada option lain on top of buat chemo kan!

    ReplyDelete
  7. Congrats to this new collaboration, I am glad to know there are better treatments for cancer

    ReplyDelete
  8. Terbaik NK Cell Therapy utk treatment pesakit kanser, semoga pesakit kanser dpt pulih sepenuhnya

    ReplyDelete
  9. This is really a good news for all cancer patients to have an advanced technology for a higher chance of recovery. Thanks for sharing this good news . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. Semakin canggih cara rawatan kanser. Cuma harap kos rawatan mampu dimiliki oleh semua ummah. InsyaAllag.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS