Hai dan selamat sejahtera korang!
Tahu tak korang yang di Malaysia sahaja ada lebih daripada 48000 kes baru kanser mengikut statistik World Health Organization (WHO) dan angka ini dijangka akan meningkat 2 kali ganda menjelang pada tahun 2040.
Perkara ini sangat membinbangkan sebab sekarang di Malaysia ada lebih kurang 150 pakar onkologi (oncologists) - pakar dalam diagnos dan merawat kanser, dan menjadikan kepada nisbah 1 doktor pakar kepada 220000 pesakit kanser.
Alhamdullilah, finally ada juga kaedah terbaru yang dijangka mampu membantu merawat penyakit kanser, dengan menggunakan NK Cell.
Pada 30 September 2022 lepas, berlangsungnya perjanjian Memorandum of Agreement (MoA) diantara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan NK Biocell Sdn. Bhd. yang lerlangsung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Perjanjian ini berpotensi memberi harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia yang sedang mencari rawatan penyakit kanser selain daripada rawatan kimoterapi. Dengan NK Cell, pesakit kanser kini boleh memilih rawatan mana yang sesuai untuk mereka.
Apa itu NK Cell?
NK Cell merupakan salah satu sistem imunisasi badan manusia yang membawa tugas penting untuk membunuh sel tunor dan sel yang telah dijangkiti oleh virus.
Ujikaji makmal telah dilalukan untuk membuktikan teori ini yang berpotensi untuk digunakan didalam rawatan imunoterapi kanser (cancer immunotherapy treatment) - Choi et al., 2019.
*Choi, J. W., Lee, E. S., Kim, S. Y., Park, S. I., Oh, S., Kang, J. H., ... & Lee, S. (2019). Cytotoxic effects of ex vivo-expanded natural killer cell-enriched lymphocytes (MYJ1633) against liver cancer. BMC cancer, 19(1), 1-11.*
Hasilnya, syarikat ImmunisBio Co. Ltd. (Korea) telah telah membangunkan dan mempatenkan teknologi untuk mengaktifkan dan mengembangkan sel NK dan NKT di makmal. Hasil produk ini dikenali sebagai MYJ1633.
Menerusi kerjasama ini, UKM mendapat keizinan untuk menghasilkan MYJ1633 dalam pasaran Malaysia melalui NK Biocell Sdn. Bhd.
UKM akan buat dan mengeluarkan MYJ1633 - ubat kaedah terbaru dalam rawatan kanser yang mengandungi sel pembunuh semulajadi/ natural killer cells (Sel NK) dan sel T pembunuh semulajadi sel T /natural killer T cells (Sel NKT) yang berpotensi untuk merawat pesakit kanser.
Prof. Dato' Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM berucap:
"Saya berharap usahasama ini dapat memberi manfaat kepada negara. Usahasama badan-badan kerajaan dan swasta seperti ini membuka sempadan baharu kepada institusi pengajian seperti kami untuk mengkaji penemuan-penemuan baru demi menghasilkan produk dan perkhidmatan rawatan yang terbaik kepada masyarakat.""Kami di UKM juga berharap dapat menghasilkan produk perubatan untuk rawatan kepada pelbagai jenis penyakit di makmal yang mendapat pengiktirafan cGMP dan CTERM UKM.".
Dr. Park Ji-Youn, Ketua Pegawai Eksekutif NK Biocell Sdn. Bhd. berkata:
"Perjanjian ini merupakan pencapaian kepada kedua-dua pihak dalam bidang sains, teknologi dan perubatan. Kini, kami mampu menghasilkan MYJ1633 yang selamat dan telah mendapat kelulusan dari Agensi Farmaseutikal dan Peralatan Perubatan (PMDA) Jepun untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya pesakit kanser dan autoimun.""Dengan bantuan CTERM UKM, kami berjaya mendaftarkan MYJ1633 dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia. Saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dan percaya perjanjian ini akan memberi manfaat kepada semua."
Memorandum of Agreement (MoA) between Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and NK Biocell Sdn. Bhd. |
Majlis penandatangi perjanjian MoA diantara UKM dan NK Biocell Sdn. Bhd. turut diserikan lagi dengan kehadiran Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Dekan (Rangkaian dan Alumni) Fakulti Perubatan, Prof. Dr Marina Mat Baki, Ketua Jabatan Pusat Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTERM) UKM, Prof. Madya Dr Mohd Fauzi Mh Busra, ketua jabatan dan pakar kesihatan di Malaysia.
Tentang NK Biocell
NK Biocell merupakan pusat maklumat yang menyediakan rawatan imunoterapi paling mamu dan moden menggunakan teknologi berpaten dari Korea.
Zayani Zulkiffli.
10 Comments
#followed here 1028