Hai dan salam sejahtera korang!
Sempat tak korang sertai CARiNG Carnival 2022 yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil pada 6-10 Oktober 2022? Kalau tak sempat memang rugi sangat sebab ada banyak tawaran menarik yang ditawarkan buat ahli Caring Member.
Sempena dengan ulang tahun CARiNG Pharmacy yang ke 28 tahun, mereka telah menganjurkan karnival CARiNG Carnival 2022 dan juga melancarkan sistem ahli baharu yang lebih baik dan menguntungkan buat pelanggan mereka.
Memang aktif betul CARiNG Pharmacy ni, baru saja haritu lancarkan servis terbaru mereka, Perkhidmatan Telekonsultasi CariDoctor yang merupakan perkhidmatan nasihat kesihatan secara professional dan preskipsi ubat oleh doktor yang bertauliah secara dalam talian.
Tahniah juga saya ucapkan buat CARiNG Pharmacy yang dah berada didalam pasaran Malaysia selama 28 tahun, membantu ramai pesakit dan komuniti setempat dalam mendapatkan khidmat nasihat ahli farmasi dan ubat yang bagus.
Sempena meraikan ulangtahun ke 28 tahun CARiNG Pharmacy yang telah berjaya mengolak langkah ke dunia era digital ini, mereka melancarkan sistem ahli terbaru yang ada 3 kategori iaitu: Silver, Gold dan Platinum.
Korang juga boleh download aplikasi "Caring Pharmacy" secara percuma di Android, IOS untuk pengguna iPhone dan HMS untuk penggunaHuawei. Lepas download dan daftar ahli, korang akan terus mendapat mata ganjaran sebanyak 200 mata!
Gambar 1: Mr Loo Jooi Leng, Marketing Director of Caring Pharmacy. |
Gambar 2 (Dari kiri): Mr Loo Jooi Leng, Marketing Director of Caring Pharmacy, |
Gambar 3 (Dari kiri): Emma Maembong, Mr Loo Jooi Leng, Marketing Director of Caring Pharmacy, Kaka Azraf. |
CARiNG Carnival 2022 turut dimeriahkan lagi dengan kehasiran booth yang menawarkan banyak promosi produk istimewa seperti dari jenama Tresor, Hada Labo, Scott's, Ensure, Redoxon, Brand's, Medicos, Suu Balm dan Iconic.
Para tetamu dan pelanggan yang hadir pada hari pelancaran, 6 Oktober 2022 turut dimeriahkan lagi dengan persembahan pelancaran aplikasi terbaru Caring Pharmacy yang memperkanalkan sistem keahlian terbaru untuk pelanggan CARiNG Pharmacy
Saya sempat juga bergambar dengan beberapa selebriti popular yang merupakan pelanggan setia CARiNG Pharmacy, Kaka Azraf dan Emma Maembong. Mereka juga sempat berkongsi tentang apa yang mereka suka tentang CARiNG Pharmacy.
Aktiviti Menarik sepanjang CARiNG Carnival 2022.
CARiNG Carnival 2022 di Pavilion Bukit Jalil turut menawarkan pelbagai aktiviti PERCUMA seperti:
✅ Pemeriksaan kesihatan,
✅ Sesi Zumba,
✅ Simulator sukan berinteraktif,
✅ Xbox Kinect Games,
✅ dan banyak lagi.
Aktiviti ini diadakan dengan tujuan untuk menggalakkan dan mendidik pengguna tentang mereka juga boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat di rumah dan melalui cara digital.
Lebih menarik, pelanggan yang menyertai akviti ini juga berpeluang untuk memenangi hadiah dan tawaran mata ganjaran yang boleh ditebus terus sepanjang karnival berlangsung.
Semestinya saya sebagai pelanggan Caring Pharmacy tidak melepaskan peluang untuk mengumpul sebanyak mana mata ganjaran percuma sepanjang karnival ini berlangsung. Kat mana lagi nak bagi FREE points macam ni kan.
Sepanjang karnival berlangsung, korang boleh dapatkan lebih kurang 400-500 Caring Points macam tu sahaja dengan menyertai games dan aktiviti yang disediakan. Nak join akvititi pun free je, dah tu dapat freebies pula. Best!
Penat saya sertai pertandingan basikal, rezeki menang dapat 100 Caring Points. Bukan susah pun, tak perlu jadi professional untuk menang. Selain berbasikal, ada juga VR Table Tennis. Ini saya tak join sebab nak bagi chance orang lain kumpul points pulak XD
Kalau korang tertanya, Caring Points banyak-banyak nak kumpul buat apa?
Points tu korang boleh tebus untuk Cash Voucher di Caring mobile apps utnuk digunakan sepanjang berlangsungnya CARiNG Carnival 2022.
Ada banyak barang yang korang boleh tebus dengan mata ganjaran daripada dalam aplikasi tu, contohnya macam saya haritu tebus untuk redeem Condotti 20" Luggage Bag dengan hanya RM80.00 sahaja, padahal harga asal beg ini adalah RM399.00.
Selain tu, saya juga ada redeem Coffee Caricature dengan harga RM15.00 sahaja. Korang yang nak artis lukis muka pakai art dariapda kopi mesti cuba yang ni. Harga sebenar memang mahal, RM60.00.
Kalau tak cukup point nak redeem pun takpe, tak payah tebus apa-apa. Kumpul je banyak-banyak untuk next event atau karnival atau kalau mereka ada sebarang promosi pada masa sebab sebab CARiNG Pharmacy memang rajin buat event macam ni.
Sementara kat CARiNG Carnival 2022 di Pavilion Bukit Jalil, jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dilakukan oleh doktor dan ahli farmasi CARiNG Pharmacy yang bertauliah.
Selain daripada dapat tahu tentang kesihatan semasa korang (tekanan darah, ujian tahap gula dan kolesterol), data kesihatan ini juga akan terus di update masuk kedalam aplikasi "Caring Pharmacy" yang korang daftar tu.
Data ini boleh jadi rujukan untuk korang dimasa hadapan, khas untuk mereka yang selalu lupa pasal ni. Paling berguna terumatanya untuk orang tua, atak mereka yang menghidap penyakit yang memerlukan pemantauan macam ni.
Yay! Happy, Alhamdullilah bacaan gula normal walaupun masa tu tak berpuasa untuk buat glucose test. Cumanya lepas ni saya kena lebih jaga pemakanan sebab tahap kolesterol akan tinggi. Sebab itu bagus buat pemeriksaan awal supaya tahu awal dan boleh elakkan daripada teruk.
Sekali lagi tahniah saya ucapkan buat CARiNG Phamacy atas ulangtahun yang ke 28. Diharapkan mereka boleh bantu lebih ramai pesakit terutamanya dikawasan yang susah diakses atau jauh dengan klinik dan hospital.
Untuk maklumat lebih lanjut:
Website: caring2u.com
Facebook: www.facebook.com/caring2u
Instagram: www.instagram.com/caringpharmacy_my
Zayani Zulkiffli.
7 Comments