Hello dan hai korang!
Siapa yang kat sini excited dengar tentang berita yang sempadan Taiwan akan dibuka nanti 13 Oktober 2022? Peminat Taiwan, especially yang suka dengan permandangan dan street food Taiwan mesti tak sabar nak explore apa yang menarik di Taiwan selepas COVID-19.
Tambahan yang menarik pada majlis pelancaran Kempen Melawat Taiwan 2022, mereka telah menggunakan basikal dan kereta api sebagai tema promosi pelancongan yang dipadankan dengan permandangan indah.
Khas untuk pelancong beragama Islam, Taiwan juga mempromosikan "Salam Taiwan" yang merupakan promosi pelancongan mesra Muslim yang akan menarik lebih ramai lagi pelancong beragama Islam untuk melawat Taiwan.
Saya sempat menyertai majlis pelancaran kenderaan pengiklanan daripada Tourism Taiwan, "Oh Bear Go!", yang bertemakan basikal dan keretapi pada 6 Oktober 2022 tempoh hari, bertempat di Kloe Hotel, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Kat Taiwan sekarang ada hab pengangkutan utama seperti keretapi dan lokasi permandangan yang cantik dan dilengkapi dengan perkhidmatan yang baik dan mesra Muslim. Sekarang ni, dah ada lebih daripada 200 restoran dan hotel yang ada sijil Halal.
Tahniah juga kepada Taiwan sebab dapat mengekalkan kedudukan tempat kedua walaupun berada didalam kalangan destinasi bukan Islam (OIC-Organization of Islamic Cooperation) kerana dapat menyediakan persekitaran perjalanan yang mesra Muslim.
Data diatas adalah menurut Mastercard-Crescent Rating "Global Muslim Travel Index (GMTI) 2022 yang sekaligus menjadikan Taiwan sebagau destinasi pilihan bagi orang Islam untuk melancong ke luar negara.
Gambar 3: Mr Chou Shih Pi, Director Taiwan Tourism Bureau Kuala Lumpur Office. |
Sempena dengan pelancaran kempen melawat Taiwan 2022, Taiwan Tourism Bureau Malaysia telah melancarkan Oh Bear Go Cycling & Rail Tourism in Taiwan Car Branding.
Kempen Oh Bear Go! akan menampilkan kereta yang akan berjalan disekitar jalan raya dengan 120 buah di kawasan Lembah Klang, 40 buah di Pulau Pinang Penang manakala lagi 40 buah kereta di Johor Baru.
Ini juga merupakan kali pertama untuk ratusan kenderaan pengiklanan bertemakan pelancongan akan muncul di jalan Malaysia pasa waktu yang sama.
Usaha kempen ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR), diatas rekod "The Most Tourism Brand Advertising Vehicles". Tahniah saya ucapkan atas usaha ini. Tak sabar nak tengok kenderaan ini di jalan raya.
Didalam kempen ini, sebanyak 200 buah kereta telah ditampal dengan sticker pengiklanan promosi ke Taiwan yang bertemakan "Oh Bear Go!", bersama 3 lokasi popular di Taiwan:
🌸 Nantou Sun Moon Lake Bike,
🌸 Chiayi Alishan Cherry Blossom Train,
🌸 Taipei Yangmingshan Hydrangea Flower Sea.
Kalau korang jumpa kereta tu nanti, cuba tengok atas bumbung kereta sebab atas tu pun ada maskot Taiwan "Oh Bear Go!" yang sedang mengayuh basikal. Comel!
Sempena dengan kempen, Taiwan Tourism Bureau Malaysia turut menganjurkan contest [Scan & Win] #taiwanmynextdestination yang berlangsung bermula harini sehingga 26 November 2022.
Pelbagai hadiah menarik untuk korang yang sertai peraduan Scan & Win #taiwanmynextdestination dengan hadiah utama berupakan tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Taipei yang ditaja oleh Starlux Airlines.
Scan & Win Contest:
🎁 1x Tiket flight pergi balik KL - Taipei;
🎁 3x Tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite 32Gb;
🎁 7x Kad Touch ‘n Go Taiwan dengan kredit RM200.
Cara sertai peraduan Scan & Win #taiwanmynextdestination:
→ Ambil gambar bersama dengan kereta yang ada pelekat "Oh Bear Go!" Cycling and Rail themed Travel Taiwan,
→ Upload gambar korang bersama dengan kereta dan,
→ Upload gambar korang bersama dengan kereta dan,
→ Tag [@tbrockl - Facebook] & letak hashtag #taiwanmynextdestination.
*Scan & Win Contest berakhir pada 26 November 2022.
Majlis turut diserikan lagi dengan perkongsian tentang pengalaman dan apa yang menarik tentang Taiwan oleh pengacara dan hos TV tempatan Xiao Yu, pembawa berita Tan Chia Yong, dan hos radio Suria FM DJ Lin.
Best dengar pengalaman mereka apabila bercerita apa yang seronok dan menarik tentang Taiwan. Paling banyak point semestinya dari segi permandangan yang cantik dan street food!
Taiwan Tourism Bureau Malaysia
Facebook: www.facebook.com/tbrockl
Instagram: www.instagram.com/taiwantourismbureaumalaysia
Zayani Zulkiffli.
7 Comments