Platform Aplikasi Kesihatan Dr Mommy Baby Untuk Ibu Bapa & Kanak-Kanak

Hello korang, terutamanya parents!

Semua setuju yang pada zaman moden ni, semua infomasi boleh kita dapat tahu dari hujung jari saja, termasuklah tentang masalah atau nasihat kesihatan. Buat pula topik yang sensitif atau segan nak share secara bersemuka, selalunya mesti kita akan cari online je.

Kadang-kadang kita tak ada masa atau tak sure yang masalah kesihatan itu perlu untuk ke klinik atau hospital, makanya kita akan search dan rujuk secara dalam talian, kalau perlu baru lah kita ke pusat kesihatan.

Dr Mommy & Baby merupakan sebuah platform kesihatan wanita dan kanak-kanak, yang membariskan pakar perubatan yang membincangkan tentang topik pendidikan kesihatan wanita dan kanak-kanak, pendidikan kewangan, kaunseling keluarga, kesihatan mental, psikologi dan banyak lagi.


Walaupun sebenarnya kalau ada apa-apa masalah kesihatan, lebih baik rujuk kepada Doktor atau pakar yang bertauliah instead of cari secara dalam talian, tapi kadang-kadang informasi ini boleh bagi kita ilmu dan info baru tentang apa yang kita nak tahu.

Tahniah saya ucapkan atas pelancaran aplikasi platform kesihatan Dr Mommy Baby, yang kini menawarkan kemudahan dan khidmat nasihat kesihatan dan juga merupakan sebuah platform penjagaan kesihatan sehenti untuk ibubapa khususnya kanak-kanak.

Aplikasi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada ibu bapa dan kanak-kanak termasuklah: 
✔ Khidmat nasihat kesuburan,
✔ Smart Maternity Tracker, 
✔ Menstrual Calendar,
✔ Kick Counter,
✔ Depression Anxiety Stress Scales,
✔ Info dan tips tentang kandungan dan bersalin,
✔ Penjagaan kesihatan kanak-kanak.




Para pengguna kini boleh muat turun aplikasi mudah alih "Dr Mommy Baby" secara percuma di App Store dan Google Play. 

Harapannya, supaya aplikasi ini sedikit sebanyak akan membantu para ibu bapa, atau bakal ibu bapa sesuai dengan keperluan dan kehendak ibu bapa moden daripada topik tentang kesuburan, bersalin sehinggalah ke topik penjagaan kesihatan kanak-kanak.

Memudahkan sebab ibu dan bapa boleh rujuk dan kemaskini rekod kesihatan anak-anak pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan boleh rujuk dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Sangat useful juga sebab kalau apa-apa hal tak payah nak bawa buku berat-berat.



Pada hari pelancaran, Dr Malar Santhi Santherasegapan, Pegawai Perubatan dan social media influencer telah dilantik sebagai duta jenama Dr Mommy Baby. 

Beliau akan menerajui kempen ini bersama dengan 16 ibu-encer yang lain dan mereka akan berkongsikan tentang petua dan maklumat yang akan memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak dari segi fizikal, mental dan emosi.

Para ibu bapa juga boleh menggunakan platform Dr Mommy Baby untuk mencari klinik atau kemudahan perubatan terdekat dan terus buat temujanju dari rumah. Fungsi ini membolehkan membantu melegakan para ibu bapa dan memendekkan masa menunggu mereka.



✨ Kempen Hujung Minggu Care4You 

Tarikh: 27-30 Oktober 2022
Masa: 10am-10pm
Lokasi: MyTOWN Shopping Centre

Berlangsung di MyTOWN Shopping Centre, telah berlangsungnya karnival kesihatan yang memfokuskan kepada kesihatan kanak-kanak yang diadakan untuk orang ramai secara percuma. 

Antara aktiviti yang diadakan adalah:
⭐ Pemeriksaan kesihatan kanak-kanak,
⭐ Pemeriksaan gigi kanak-kanak,
⭐ Giveaway dan goodies,
⭐ Belon dan persembahan badut,
⭐ Akvititi motor untuk kanak-kanak,
⭐ dan banyak lagi aktiviti menarik!





Dr Mommy Baby
Website: www.drmommynbaby.com
Instagram: www.instagram.com/drmommybaby
Facebook: www.facebook.com/drmommybaby

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

6 Comments

Ruby said…
Banyak aplikasi tersedia sekarang ni. Dr MommyBaby ni inisiatif yang bagus. Akak dah download. Straighforward apps ni. Untuk masukkan info diri kita, anak-anak dan cari klinik tu bagus.
仙妮 said…
Thanks so much for sharing this informative ok platform , sure useful informative for all parents & guardians to take care their kids. Cheers Siennylovesdrawing
Sunshine Kelly said…
Bagus juga ada platform macam ni, boleh buat rujukan dan banyak information
Rawlins GLAM said…
Memang best kan. Platform sebegini memang sangat membantu terutama untuk new parents. Dah ada apps, lagi memudahkan semua kan
waaaa dr malar ada.... menariklah apps ni.. boleh war-warkan kepada ibu-ibu yang lain... banyak info menarik
Kitkat Nelfei said…
Tahniah Dr Mommy Baby, wahhh ada app juga ya, senang to go with this kan! And congratz Dr Malar dilantik sebagai duta! Heard about her name recently kan!

FOLLOWERS