Inisiatif Dana Amal Bakal Anjurkan Konsert Agungnya Cinta

Assalamualaikum korang,

Baru-baru ini, saya dijemput untuk ke majlis pelancaran inisiatif dana amal Agungnya Cinta yang diadakan di Smoked Kingdom by Don Daniyal, Wangsa 118, Kuala Lumpur. Kempen inisiatif dana amal ini dikumpul bagi menjana pelbagai aktiviti kebajikan dibawah Yayasan UNITI.

Inisiatif Agungnya Cinta:
Merupakan hasil usaha Yayasan UNITI dengan kerjasama Afocus Media Ventures (AMV), yang merupakan produser media Islamik kontemporari untuk menjana dan menganjurkan pelbagai aktiviti kebajikan dibawah Agungnya Cinta.



Antara inisiatif dan aktiviti yang sedang dianjurkan Agungnya Cinta termasuklah:

🌹 Feet 4 Life
Sebuah inisiatif yang membantu menyumbangkan kaki palsu percuma kepada lebih daripada 700 OKU asnaf diseluruh Malaysia dengan kerjasama Uniti Waqi Sdn. Bhd dan Kedidi Global Sdn. Bhd.

🌹 1 Keluarga 1 Graduan
Sebuah siri program pendidikan yang membantu untuk memastikan sekurang-kurangnya seorang pelajar daripada golongan B40 untuk layak melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

🌹 Tuisyen Percuma
Program yang telah dijalankan sejak dari tahun 2010 yang membantu meringankan beban keluarga dengan cara membiaya sebahagian daripada kos pendidikan.

🌹 Waqaf Tunai ASEAN Mall
Merupakan satu pusat membeli belah yang membekalkan makanan Halal dan keperluan penggunaan harian untuk masyarakat setempat dan juga sebagai gerbang produk Halal wilayah ASEAN.

Untuk meraikan penderma dan penyumbang yang telah menyumbang kepada aktiviti Yayasan UNITI, sebuah majlis makan malam korporat dengan konsert berkuali tinggi, yang bertemakan sirah kehidupan Rasul Allah S.A.W. untuk menerapkan rasa cinta dan rindu kepada baginda.



🏵️ Konsert Agungnya Cinta (KAC2022) 🏵️

Konsert Agungnya Cinta : Meyusuri Sirah Baginda
Tarikh: 30 Disember 2022
Masa: 8pm - 11.30pm
Lokasi: Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

Konsert Agungnya Cinta bakal diadakan bagi meraikan penyumbang yang bantu menderma dengan majlis makan malam korporat dengan konsert berkualiti tinggi yang bertemakan sirah hidup Rasulullah.

Pemilihan tema Konsert Agungnya Cinta : Menyusuri Sirah Baginda dipilih bagi meraikan semangat cinta akan Rasulullah dan majlis ini akan diisi dengan pengisian tentang kehidupan perjalanan baginda Rasulullah sepanjang hidupnya.

Konsert ini bakal menampilkan Ustaz Don Daniyal & Imam Muda Megat Mohd Zaid dan akan diselangi dengan alunan nasyid daripada kumpulan Raihan, UNIC, Mirwana serta Naim Daniel dan juga persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak & dendangan penyair Galuh Cendra Kirana.⁣




Konsert Agungnya Cinta akan dianjurkan didalam 5 segmen, dengan tazkirah yang akan diselang-selikan dengan nasyid tentang kehidupan dan perjuangan baginda Rasulullah sepanjang hayatnya, persembahan sketsa dan juga dendangan syair tradisi.

Bagi mereka yang berminat untuk menderma dan mahu sertai konsert Agungnya Cinta, baik daripada golongan individu mahupun korporat, tiket boleh dibeli di lawan sesawang rasmi Konsert Agungnya Cinta dengan pakej derma dengan harga serendan RM1000 hingga RM50000.

Konsert ini dijangka akan memuatkan lebih kurang 800 orang dan hasil daripada jualan di konsert ini akan digunakan untuk menjana aktiviti Yayasan UNITI bagi membantu lebih ramai orang yang memerlukan. 



Makan Malam Amal Paling Berprestij - 
Satu program kutipan dana amal bagi menyokong inisiatif- inisiatif kebajikan, pendidikan dan keusahawanan oleh Yayasan UNITI, yang menggabungkan majlis makan malam korporat dengan konsert berkualiti tinggi.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

7 Comments

Mahamahu said…
Alhamdulillah moga usaha murni ini terus dimajukan dan mendapat keredhan dan peminat nasyid terus berkembangan.
Mahamahu said…
Ajura konsert macam ni bagus berilmiah dan juga memberi peluang pada perniaga kecil yang diiktiraf peringkat neger..
Rawlins GLAM said…
Wah. Banyaknya inisiatif AVM nie rupanya. Thank you Zayani sebab berkongsikan khabar indah begini, insyaAllah akan ramai yang tampil dan turut serta kelak.
Ruby said…
Inisiatif yang bagus. Semoga dipermudahkan perjalan program. Nanti nak join juga lah.
仙妮 said…
This is a nice initiative to raise funds with a concert. Wishing this a success one as with good intentions behind it to helping more people. Cheers Siennylovesdrawing
Rolling Grace said…
this concert has so many amazing layers to it, be it for charity or to lend help to those in need. hope to see more initiatives like this in Malaysia!
HUDAHALID said…
Baguslah ada konsert macam ni. Syok layan lagu nasyid

FOLLOWERS