Kenyataan Media Skin Dessert Mengenai Isu Dengan SIRIM

Assalamaualaikum dan salam sejahtera,

Pada 21 Disember 2022 yang lepas, pihak media dan blogger telah dijemput untuk menghadiri sesi sidang media berkenaan dengan isu produk Skin Dessert yang tular baru-baru ini berkenaan dengan isu Skin Dessert dan SIRIM.

Sidang media berikut telah berlangsung di Ginger KL, Bamboo Hills, Kuala Lumpur. Untuk menonton sidang media, anda boleh ke lama Facebook rasmi Zirra Abdullah [https://www.facebook.com/100000589225496x/videos/859489648424749]

Yang hadir mewakili pihak Skin Dessert pada sidang media tempoh hari adalah:

✔ Nur Nazuha binti Zohor Ali - peguam dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers yang dilantik oleh Ailezee Rich Sdn Bhd
✔ En Mohd Aliff Abd Kadir - Pengasas dan Pengarah Urusan Skin Dessert 
✔ Pn Zirra Abdullah - Pengasas Skin Dessert


Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert:

----------------------------------------------------

SKIN DESSERT MULA TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP SIRIM ISU TULAR MENERUSI SOSIAL MEDIA 

Kuala Lumpur, 21 Disember 2022: Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini. 

Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses 
menjalankan ujian produk bersama SIRIM. 


Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing 
Moisturizer’. 

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut: "SIRIM Berhad ingin 
menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.".


Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan. 

Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022. 


Pengujian Produk Oleh SIRIM

SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM. 

Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.

Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’.

SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM.
 
Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai: “Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as NON IRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.



Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi 
surat bertarikh 14 Disember 2022 Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan  komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum.

Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin 
Dessert. 

Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai. 


Produk Telah Lama Dihentikan Pengeluaran

Untuk makluman juga, produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021. 

Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.

Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan. 


Pelan Penstrukturan Semula

Menerusi Pelan Penstrukturan Semula Jangka Masa Panjang Skin Dessert, kesemua produk akan dihantar untuk ujian makmal secara berperingkat bermula dengan ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’.

Skin Dessert juga turut menghantar ENAM PRODUK untuk ujian makmal di Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia.

Menerusi hasil ujian ini, kesemua produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal Toksikologi Pusat Racun.

Disebabkan Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia memberikan terma dan syarat yang perlu dipatuhi pihak Skin Dessert, hasil ujian tidak dapat dikongsikan kepada umum. 

Orang ramai bagaimanapun boleh menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.

----------------------------------------------------



Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

6 Comments

仙妮 said…
Bravo to skin dessert, absolutely good efforts to act this appropriately to protect its brand name. Cheers Siennylovesdrawing
Ruby said…
Akak ingatkan isu viral ni dah setel secara dalaman memandangkan kronologi masa sudah tertera pada 4 Oktober 2022 tu mereka hanya bergambar dan upload di media sosial.

Urusan dengan SIRIM pun dapat maklumbalas pada 26 Oktober 2022. Mungkin ni salah faham di antara founder yang muat naik gambar sebelum apa-apa permohonan dengan SIRIM. Betul la komen SIRIM tu, nanti rakyat Malaysia ingat SIRIM takde etika dalam menguruskan semakan makmal.

Mungkin produk baru ni viral sampai laris tapi stokis bising bab bungkusan dan pengguna yang tidak berpuas hati sebab produk tiada pensijilan kot? Jadi semua round table hentam Skin Dessert. Akak harap Skin Dessert comeback stronger dan lebih bersedia. Bungkusan juga wajib ditukar sebab SIRIM dah uji produk bebas dari logam berat. Jadikan produk ni eksklusif , berkualiti, halal dan pada harga berpatutan. All the best Skin Dessert!

Panjang plak akak komen. Menarik isu ni. Suka usahawan yang bangkit.
Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this and hope that they will resolve the issue in a good manner
Rolling Grace said…
thank you for this super detailed article in clarifying the issue. i know understand the matter better and i wish skin dessert the very best!
Kitkat Nelfei said…
Disebabkan satu comment orang lain kena tempias! The person should take full responsibility bah kan! Hopefully keadilan berpihak pada yang teraniaya
good job to Skin Dessert for making sure the products are always best for the customers. Keep it up

FOLLOWERS