Review Air Coolblog Red Velvet Cheese Series

Hai dan salam musim akhir tahun korang!

Siapa kat sini suka ice blended angkat tangan ๐Ÿ™‹๐Ÿป sebab kita geng! Selalunya kalau cakap pasal ice blended, mesti akan ingat brand Coolblog. Teringat zaman study dulu, Coolblog je yang paling mampu nak beli kalau teringin sebab harga dia mesra poket.

Coolblog, jenama popular bagi perintis perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia yang memang popular dengan seleksi minuman yang mereka tawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Fast forward, tahun 2022, sempena dengan musim perayaan ini, Coolblog melancarkan satu lagi jenis minuman baharu berperisa Red Velvet Cheese yang boleh didapati di semua cawangan Coolblog bermula 25 November 2022.



Untungla siapa yang suka dengan kek Red Velvet, sebab dapat cuba pula kek kegemaran korang tapi didalam bentuk 'smoothie'/ 'frappe'. Sesuatu yang sangat unik tapi tak pelik. Rasa dia pun tak pelik, just nice sahaja kemanisan dan blend dia.

Secara jujurnya, walaupun rasa macam pelik je perisa ni, tapi bila dah cuba, tak ada la rasa pelik. Minuman ini pun tak manis sangat, dengan rasa yangs eimbang diantara red velvet, keju dan taburan biskut red velvet.

Haritu kami nak nak cuba, zaman sekarang ni beli online je. Terus beli 2 set untuk makan ramai-ramai dengan family, sekali siap dengan gingerbread. Dapat memang dalam cooler bag, ais blended Coolblog pun tak cair lagi masa ni.


2 Varian minuman baru Coolblog didalam Siri Red Velvet adalah:
๐Ÿฐ Red Velvet Cheese - Untuk mereka yang suka dengan rasa klasik red velvet cheese.
๐Ÿซ Red Velvet Choco Cheese - My fav sebab rasa coklat dan red velvet, merupakan satu gabungan yang mantap dan sedap sangat, plus tak terlalu manis juga! 

Harga Coolblog Siri Red Velvet: 
๐ŸŒธ Red Velvet Choco Cheese: RM11.90
๐ŸŒธ Red Velvet Cheese: RM11.90
๐ŸŒธ Gingerbread Boy/ Girl: RM5.90



Dengan satu bekas air berharga RM11.90, korang akan dapat siri minuman Red Velvet Cheese Coolblog didalam bekas penutup khas yang senang dibuka yang juga disertakan dengan stopper straw berbentuk hati ❤ , yang sesuai diberikan untuk yang tersayang.

Tips saya, sebelum minum tu jangan lupa kacau dulu minuman korang supaya dapat camputkan taburan biskut red velvet dan cheese mousse kat atas tu. Kalau minum macam tu terus je nanti tak feel sangat, kena mix betul-betul baru jadi sedap.



Sempena dengan meraikan Hari Natal yang tak lama lagi, Coolblog turut mengeluarkan menu Gingerbread Boy dan Gingerbread Girl yang dijual pada harga RM5.50 sekeping. Menu gingerbread Coolblog menggunakan meni special yang korang takkan dapat rasa kat tempat lain.

Rasa Gingerbread Coolblog
Bagi saya rasa dia sedap, ada sedikit 'hint' rasa halia dan kulit kayu manis, dengan tekstur biskut yang tak mudah patah tapi cair dalam mulut. Lepas tu pula gingerbread Coolblog tak manis langsung, sesuai untuk mereka yang tengah diet untuk potong gula.

Jangan lupa cuba gingerbread ni sebab biskut ni boleh didapati dalam masa terhad sehingga habis Krismas.


Coolblog Malaysia
Website: www.coolblog.com.my
Facebook: www.facebook.com/coolblog.my
Instagram: www.instagram.com/CoolblogMalaysia

With love,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

9 Comments

Bro Framestone said…
macam sedap je airnya...
ida suka ice blended..serius dah lama giler tak minum coolblog ni..wah ada perisa baru la,..nampak sedap sebab suka velvet
Bae Roslan said…
memang peminat red velvet, kena try ni. tak menahan banyak kali dok nampak orang share.. tengok pun sedappp ja
I've just tried this new range too, love the pinky red of the smoothie & it's so refreshing tasty to enjoy with gingerbread too. Cheers Siennylovesdrawing
Kitkat Nelfei said…
Nell so into Red Velvet bah! Sure ni sedap and thirst quenching kan! Boleh la order ni nanti to give it a try!
Rollinggrace said…
this festive flavour sounds so delicious and exciting. i cannot wait to try this out soon!
Sedapnya!!! :O las time nak rasa teassert from tealive tak sempat. hope this one can
Sunshine Kelly said…
Omg.... i pun nak try, nanti nak singgah their outlet to buy
myfancyblog said…
Cool blog mmg sedap skrg dah ada mcm flobour nti blhlah try - Halimah

FOLLOWERS