Apa yang Best di Kamya Fest 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Lamanya saya tak ke festival dengan kengkawan. Jadi masa habis je meeting pada Jumaat,10 Februari 2023 haritu, saya ajak geng KembaRojak untuk lepak makan di Kamya Fest 2023 yang akan berlangsung sehingga Ahad ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kamya Fest 2023 dianjurkan oleh pengasas jenama kecantikan, Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan penganjur bersama, selebriti usahawan terkenal Shuib Sepahtu. Inisiatif ini menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Kamya Fest 2023
Tarikh: 10 - 12 Februari 2023
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Masa: 10am - 10pm



Kamya Fest membawakan konsep untuk menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan dan merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup.

Mengambil lokasi di bahagian tapak parkir kenderaan Carpark A dan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kamya Fest 2023 memang memilih lokasi yang strategik dan mudah untuk diakses melalui kenderaan persendirian ataupun public transport.

Ramai artis yang memeriahkan Kamya Fest 2023


Terkenal dengan tagline "KAMYA – CANTIK ITU KAMU"

Kamya merupakan jenama di bawah syarikat AlphaNeyaga Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacapital (M) Berhad telah bersama dengan Erna Elliyana sejak dari tahun 2020. 

Kamya bermula dengan Kamya Glow, produk minuman kesihatan yang direka khas untuk kecantikan dan kesihatan kulit dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi yang terdiri daripada makanan tambahan atau suplemen untuk tujuan kecantikan.

Seterusnya lahir pula koleksi pewarna bibir KAMYA X Bobo Cinta yang terdiri daripada Lipmatte, Lipgloss dan Lipbalm yang menggunakan bahan premium dan berkualiti seperti minyak avokado, minyak badam dan Vitamin E yang sesuai digunakan oleh semua orang.

Puan Erna Elliyana bersama dengan wanita berloceng, Viviana Abdullah

Rakan artis yang turut Datin Alyah, Kak Eja Roda Impian.


Secara jujurnya, ini merupakan kali pertama saya dengar tentang jenama kecantikan Kamya yang diasaskan oleh Erna Elliyana. Jenama berjaya ini telah mendapat beberapa anugerah pencapaian dalam produk mereka tau.

Hari pertama Kamya Fest 2023 turut menyaksikan pelancaran produk terbaharu Kamya, Kamya Soap mengandungi bahan-bahan premium seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.




Kamya Fest 2023 yang dijangka akan menarik minat lebih dariada 50 ribu pengunjung ini membawakan banyak vendor F&B yang menjual pelbagai jenis makanan daripada makanan tempatan sehingga makanan daripada luar negara seperti Timur Tengah, Korea dan Thailand.

Antara vendor makan yang menarik perhatian kami di Kamya Fest 2023 adalah K-Town Korean BBQ Grill House [Instagram: @ktown.bbq]. Memula ingatkan deorang ni macam kedai BBQ Grill Korea yang selalu tu, tapi sebenarnya tidak.

Deorang rupanya ada banyak menu menarik dan sedap pula tu. Kami cuba Japchae dan Yangnyeom Chikin - Original. Sedap gila wei Japchae dia, first bite terus jatuh hati. Lepas share sebekas, kami masing-masing tapau bawa balik makan.




Pengunjung Dikenakan Bayaran Masuk di Kamya Fest 2023

Sebenarnya pada hari pertama kami datang tu, pengunjung dikenakan bayaran masuk RM10.00 untuk seorang dewasa dan mereka akan dapat wristband dan voucher RM10 yang boleh digunakan semasa festival. Memang ramai yang marah sebab parkir pun dah kena RM5.00.

Selepas meneliti perkara ini, pihak penganjur mengambil keputusan untuk buang bayaran masuk, tetapi ada bayaran yang dikenakan kalau korang berminat untuk masuk ke kawasan pameran. Jadi kalau datang nak makan-makan atau tengok akvititi, free je.

[TERKINI] Pengunjung tidak lagi dikenakan bayaran masuk untuk ke Kamya Fest 2023, tetapi akan dikenakan bayaran RM5.00 seorang untuk masuk ke indoor - Lifestyle.




Kamya Fest terbahagi kepada 2 bahagian iaitu outdoor dan indoor - Lifestyle yang dimana menempatkan Bundle Expo - fesyen bundle, pameran kereta antik Jepun dan permainan video bersama dengan Hotlink.

Dengar bayaran RM5.00/ dewasa, saya rasa berbaloi dengan apa yang mereka pamerkan. Dalam dewan indoor ini ada aircond juga. Koleksi baju bundle yang dipamerkan dan dijual pun banyak berkualiti dan dalam keadaan yang sangat baik. Macam-macam jenis fesyen ada.





Tips dan apa yang korang perlu tahu sebelum ke Kamya Fest 2023:

✅ Boleh parkir kereta di Carpark A atau Carpark C - hanya 3 minit jalan kaki ke lokasi.
✅ Bawa payung atau cap sebab cuaca tak menentu, kadang hujan kadang panas.
✅ Bawa kipas tangan atau kipas auto sebab kalau panas, memang bahang.
✅ Kebanyakan vendor boleh pakai wang tunai atau QR Maybank.
✅ Harga makanan di Kamya Fest 2023 memang pricey - sebatang bebola ketam RM4.00 T_T
✅ Ada banyak aktiviti untuk seisi keluarga: Mini Farm in The City, Basketball 3vs3, Music Show.
✅ Ada lucky draw untuk pengunjung yang bertuah - kereta Proton, Honda Waze 110 Alpha, TV 50".
✅ Ada lebih daripada 20 selebriti dan bintang media sosial yang akan ada disini. 
✅ Korang boleh dapatkan Sabun Kamya yang baru launch dengan harga hanya RM19.00.



Kamya Fest 2023
Website: www.kamyafest.com
Instagram: www.instagram.com/kamyafestival
Instagram Kamya: www.instagram.com/kamya.my


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Sunshine Kelly said…
Macam best dan meriah festival ni, so many artists pun turun padang

FOLLOWERS