Siapa Chef Faez dan Kenapa Dia Popular?

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Kita orang Malaysia patut berterima kasih kepada Chef Faez sebab dah bawakan satu menu manisan Arab yang popular dan of course menjadi kegilaan ramai, Kunafa ke Malaysia. Lepas je Chef Faez memperkenalkan menu Crispy Kunafa di kedainya, mula lah kat mana-mana pergi, mesti ada Kunafa.

Selepas kejayaan Chef Faez didalam bidang masakan dengan pembukaan cawangan yang baru walaupun baru 1 tahun berniaga di Malaysia, Chef Faez nekad ingin memulakan langkah baru untuk mencapai impiannya untuk bergelar seorang penghibur, penyanyi dan pelakon di Malaysia.

Kami berpeluang untuk berjumpa dengan Chef Faez untuk berkenalan dan beramah mesra dengan anak jati Syria yang berumur 35 tahun ini. Oh, dan Pak Arab ini juga single lagi tau ^_^



Sebenarnya husband saya, Faeez, sangat excited nak kenal dengan orang yang bernama Faez juga. Ye la, mana tidaknya sebab selalunya kat Malaysia manada ejaan Faez, selalunya samada Faiz, atau tidak pun Fais. Tak pernah lagi kami jumpa ejaan rare Faeez atau Faez.

Jadi, kami bertemu dengan seorang anak muda yang jauh merantau dari Syria, yang dah menetap selama 10 tahun di Malaysia, iaitu Chef Faez atau nama penuhnya, Muhammad Faez. Anak muda yang lahir pada tanggal 27 Oktober 1988.

Chef Faez merupakan seorang chef, usahawan yang ada produk minyak wangi keluarannya sendiri, Habibi dan juga seorang penghibur yang boleh membuatkan sesiapa saja yang berborak dengannya tersenyum.




Pengalaman Makan Makanan Timur Tengah di Chef Faez
Alamat: Menara Technip Energies 38, Jalan Inai, Imbi, 55100 Kuala Lumpur.

Chef Faez so far dah ada 2 cawangan iaitu di Menara Technip Energies dan satu lagi di Alor Setar, Kedah. Memulakan kedai makan ini baru setahun, Alhamdullilah Chef Faez yang menghidangkan menu makanan Timur Tengah ini banyak permintaan dan disukai ramai.

Macam tak sah pula kalau bercakap tentang Chef Faez tapi tak rasa masakan hasil tangan beliau. Makanya haritu kami bertuah sebab berkesempatan merasa menu terbaru Chef Faez yang akan dijual tidak lama lagi, iaitu masakan menu yang berasal dari Syria, Maqluba (Makloubeh/ Maqlooba).




Maqluba sebenarnya merupakan satu perkataan didalam Bahasa Arab yang membawa maksud "terbalik", makanya terhasillah menu tradisional yang popular disekitar Iraq, Lubnan, Palestin, Jordan, dan Syria ini.

Maqluba terdiri daripada daging, nasi, dan sayur-sayuran goreng yang diletakkan didalam periuk yang diterbalikkan apabila dihidangkan diatas talam atau pinggan besar untuk dikongsi beramai-ramai. Itu yang dapat nama maqluba, yang dalam maksud Bahasa Arab, terbalik.



Satu Malaysia pernah tergempar dengan menu viral, Crispy Kunafa. Sebenarnya menu ini telah dimulakan dengan Chef Faez yang memula menjual menu pencuci mulut Middle East ni. Kami pun berkesempatan untuk rasa sendiri apa yang sedapnya Crispy Kunafa hasil tangan Chef Faez.

Pertama kali saya rasa Kunafa, terus fall in love! Sedapnya Crispy Kunafa yang Chef Faez masak. Kemanisan dia just nice, cheese pun tak muak. Memang kami akan datang repeat lagi nanti untuk bawa geng lain pula cuba makan Crispy Kunafa RM16.00 ni.



Apabila ditanya tempoh hari, apa impiannya sekarang, Chef Faez menjawab beliau nak menjadi penyanyi yang unik yang boleh menyanyi didalam 2 bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab dan hasratnya yang ingin bekerjasama dengan usahawan Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman.

Selepas dah berjaya capai impiannya, barulah dia boleh settle down cari jodoh pula.

Apa-apa pun, selamat maju jaya saya ucapkan kepada Chef Faez yang berhasrat untuk menempa nama dalam kalangan penghibur di Malaysia. Saya pun baru tahu yang Chef Faez sebenarnya memang terkenal di Syria sebagai penyanyi dan pelakon tau.


Waktu operasi restoran Chef Faez: 
Buka setiap hari (7AM-10PM)

Chef Faez
Instagram: instagram.com/cheffaez
Facebook: www.facebook.com/cheffaez1
Facebook: www.facebook.com/chefmohammadfaez
TikTok: www.tiktok.com/@cheffaez


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

4 Comments

teringat nasi maqlubah.. nasi mandy yang sangat sedap.. begitu juga dengan kunafa.. rasa nak repeat lagi makan kat sini
Sunshine Kelly said…
Wah hansem lah Chef ni, pandai masak dan boleh nyanyi pulak tu
仙妮 said…
Ohh wow....thanks for this sharing, now I know more about this chef faez & makanan middle east. Cheers Siennylovesdrawing
Ruby said…
Seriuslah Chef Faez nak jadi penyanyi? Boleh la jadi macam penyanyi fav Arabic kita Amr Diab tu. International Singer haaa.

FOLLOWERS