Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di Muzium Nelayan Tanjung Balau yang terletak di Tanjung Balau, Desaru, Johor.
Muzium Nelayan Tanjung Balau merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang menggambarkan suasana kehidupan nelayan traditional di Malaysia pada zaman 50-an hingga sekarang. Banyak benda boleh korang teroka kat sini.
Muzium Nelayan Tanjung Balau merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang menggambarkan suasana kehidupan nelayan traditional di Malaysia pada zaman 50-an hingga sekarang. Banyak benda boleh korang teroka kat sini.
Muzium ni bukan macam typical muzium lain sebab selain
daripada galeri utama yang mempamerkan kisah peradaban nelayan, muzium
ini turut mempunyai Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut dan Galeri
Kapal Karam Desaru.
Korang tahu tak, Tanjung Balau pada mulanya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang dikenali dengan nama Kampung Tengah yang mengandungi rumah-rumah yang tidak tersusus sepanjang persisiran pantai.
Pada awal tahun 50-an, aktiviti komunis telah menyebabkan ramai penduduk berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Oleh sebab itu, Tanjung Balau menjadi lengang dan yang tinggal hanyalah rumah-rumah usang, bekas tappak pertanian dan tanah perkuburan.
Pada awal tahun 50-an, aktiviti komunis telah menyebabkan ramai penduduk berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Oleh sebab itu, Tanjung Balau menjadi lengang dan yang tinggal hanyalah rumah-rumah usang, bekas tappak pertanian dan tanah perkuburan.
Rekaan perkampungan nelayan ini menggambarkan suasana kawasan Tanjung Balau dalam era 50-an, dimana semua kemudahan asas bergantung terus pada alam semula jadi. Masa tu siapa yang nak makan pun kena cari ikan sendiri.
Rumah orang nelayan dulu-dulu semua daripada kayu. Kayu siap buat sendiri lagi. Zaman dulu tak ada batu atau simen lagi, jadi memang rumah buat sendiri daripada kayu yang dicari. Deorang gotong-royong nak buat rumah ni.
Alatan dapur rumah nelayan tradisional
Walaupun saya rasa macam banyak saya tahu pasal nelayan, seperti alatan mencari ikan tu semua, tapi sebenarnya banyak lagi barangan warisan yang orang dulu-dulu pakai. Untuk orang yang lahir pada zaman moden macam aku, bertuah la dapat ilmu baru ni.
Ingatkan tangkap ikan ni setakat memancing, menjala macam tu je, rupanya banyak lagi barangan dan ilmu yang kita kena ada. Kena pandai tengok arah laut, pasang-surut dia, port dan alatan semua lah. Susah jugak eh.
Cepu kayu pula digunakan oleh nelayan tradisional sebagai bekas tempat simpan makanan masa turun ke laut. Caranya adalah, deorang letakkan daun pisan sebagai alas, dan masukkan nasi, lauk ataupun kuih-muih sebagai bekal kat tengah laut.
Cepu kayu: Bekas makanan |
Ini pula nama dia 'Bangau'. Bangau ni merupakan ukiran kayu yang diletakkan secara melintang di hujung perahu layar nelayan di Pantai Timur Malaysia. Setiap bentuk dia ni sebenarnya ada maksud yang tersendiri mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu.
'Bangau': Kepala perahu |
Saya paling suka di Galeri Keselamatan Laut. Kat sini ada banyak info tentang komunikasi dan keselamatan di laut. Deorang tunjuklah alatan keselamatan dan informasi semua. Kat sini juga korang boleh dapatkan informasi lengkap tentang satu-satu alatan yang selalu dipakai untuk ke laut.
Pada musim yang tertentu, muzium ini juga turut mengadakan pameran bermusim sebanyak tiga kali setahun dengan pelbagai tema dan artifak khusus untuk tarikan pelancong. Contohnya macam pameram Geologi.
Galeri ini akan membawa korang balik ke zaman lampau dengan koleksi fosil, replika T-rex (budak-budak mesti suka), batuan, mineral dan pelbagai informasi penting tentang geologi seperti macam mana gempa bumi boleh berlaku.
Galeri ini akan membawa korang balik ke zaman lampau dengan koleksi fosil, replika T-rex (budak-budak mesti suka), batuan, mineral dan pelbagai informasi penting tentang geologi seperti macam mana gempa bumi boleh berlaku.
Menarik tau dapat lihat batu-batu dan mineral yang mentah sebelum diproses macam ni. Baru tahu rupa batu delima, zamrub, biduri, emas dan banyak lagi. Tah macam mana la orang boleh ambil dari batu besar tu letak buat cincin.
Amacam? Korang kalau berada kat kawasan Desaru sambil-sambil mandi laut tu apa salahnya singgah kejap kat Muzium Nelayan Tanjung Balau yang ada kat sebelah tu je.
Bawa keluarga terutamanya anak-anak kecil untuk didik deorang sukakan tradisi masyarakat Malayu pada satu ketuka dahulu. Banyak tau info yang boleh kita dapat walaupun macam ni je.
Isnin- Khamis: 9AM-5PM
Jumaat: 9AM-12.15PM & 2.45PM-6PM
Sabtu & Ahad: 9AM-6PM
Harga tiket masuk Muzium Nelayan Tanjung Balau
Dewasa: RM2
Kanak-kanak: RM1
Muzium Nelayan Tanjung Balau
Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor
Contact: 07-8843100/ 07-8221601
Facebook: www.facebook.com/muziumnelayan.tanjungbalau
Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), terutamanya
kepada Exco Pelancongan Malaysia, En Aminuddin, Puan Ezani dan AJ sebab
sudi menjemput saya ke trip Road To Agro Tourism Siri 3/2017.
Till then,
29 Comments
how i know more about fishermen lifestyle thru this muzium!
thanks for sharing ya
YourFinanceDoctor