Hannah Delisha Duta Elegant Cosmetics

Hai korang,

Siapa kat sini tengok drama hangat yang tengah trending di Astro sekarang, Andai Itu Takdirnya di yang merupakan sebuat karya hebat dari penulis Siti Rosmizah mesti sakit hati setiap minggu tengok Hannah Delisha asyik kena buli je kan. 

Kalau korang perasan, didalam Siri Andai Itu Takdirnya, Hannah Delisha banyak pakai produk daripada Elegant Cosmetics yang juga merupakan penaja utama untuk drama bersiri ini. Rupa-rupanya, dalam real life pun memang Hannah ada pakai produk Elegant Cosmetics.

Sebab itulah, Elegant Cosmetics telah melantik Hannah Delisha sebagai Duta Rasmi Elegant Cosmetics secara sah selama 6 bulan. Acara pelantikan itu telah diraikan pada 17 Mac 2023, bertempat di Hotel Tenera Bangi.



Apabila ditanya kepada pengasas jenama kosmetik Elegant Cosmetics, Dato' Al Amin dan pengasas bersama Tuan Fitri Khai kenapa memilih untuk melantik Hannah Delisha sebagai duta jenama ini, jawapan mereka adalah:

Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek. 

Berikutan juga seperti yang kita sedia maklum Hannah Delisha juga merupakan antara selebriti yang sangat mengambil berat tentang setiap aspek bahan-bahan serta kualiti persembahan produk yang perlu dinilai oleh dirinya sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi Duta.

Selaras dengan Visi dan Misi - Jenama Elegant Cosmetics untuk menjadi sebuah jenama yang lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa dan untuk melahirkan lebih ramai wanita mahupun lelaki yang mempunyai kulit cantik semulajadi tanpa beralas makeup dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.


Dari kiri: Tuan Fitri Khai, Pengasas bersama Elegant Cosmetics, Hannah Delisha, Dato' Al Amin, Pengasas Elegant Cosmetics.

Majlis pelancaran itu diadakan sempena dengan ulang tahun kelahiran jenama Elegant Cosmetics yang dah ada selama 3 tahun di pasaran. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan artis, influencers, TikTokers, dan agen Elegant Cosmetics serta rakan media.

Elegant Cosmetics turut melancarkan produk terbaru mereka, serum inovasi iaitu "Elegant Age Defiance Oilet Serum" atau lebih dikenali sebagai EADOS Serum selain pengumuman Hannah Delisha sebagai duta rasmi jenama ini.

Berikut juga yang menunjukkan jenama ini diterima baik oleh penggunanya diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia sepanjang 3 tahun dipasaran yang bertahan sehingga kini malah lebih maju kedepan apabila pada tahun 2023 ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka.




Elegant Cosmetics Melancarkan Elegant Age Defiance Oilet Serum - EADOS Serum

EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari 

Hasil gabungan bahan formulasi utama untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit yang terdiri daripada: Adenosine dan Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract atau Ekstrak Bunga Roselle. 

Menggunakan inovasi terbaharu "Oilet Bubble" atau "Oil-Infused Water" dengan 3 warna yang berbeza untuk memberi penyerapan yang lebih mendalam iaitu:

🌸 Pink (Ekstrak Bunga Roselle), 
🔵 Biru (Adenosine),
🟡 Kuning (Vitamin C).

EADOS Serum merupakan serum oilet pertama di Malaysia.

Penulis bersama dengan Duta Rasmi Elegant Cosmetics, Hannah Delisha. 

Korang boleh dapatkan rangkaian produk Elegant Cosmetics secara dalam talian atau agen-agen terdekat diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.

Elegant Cosmetics
Instagram: www.instagram.com/elegantcosmetics.hq
Tiktok: www.tiktok.com/@elegantcosmeticshq


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS