MITA Anjurkan MITA Inbound Marketplace #MIM23

Hai dan salam sejahtera korang,

Selaras dengan bajet dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM250juta yang akan diperuntukan untuk industri pelancongan pada tahun 2023. Selaras dengan itu, banyak akvititi dan ekspo yang dianjurkan untuk menggalakkan industri pelancongan didalam negara.

Pada 15 Mac 2023 yang lepas, Malaysia Inbound Tourism Association (MITA), telah menganjutkaMITA Inbound Marketplace #MIM23 yang berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang yang telah dihadiri oleh 200 pemain industri travel agent dan 28 buah wakil hotel.

Acara MITA Inbound Marketplace #MIM23 ini bertujuan untuk memberikan peluang untuk pemain industri berkolaborasi dan bekerjasama untuk membincangkan kadar cas khas (special contracted rates) untuk tahun 2023.



Kerjasama diantara pemain industri travel agent dan rangkaian hotel ini diharapkan agar dapat menaikkan ekonomi pelancongan didalam negara dan juga untuk menggalakkan percutian didalam Malaysia. 

MITA Inbound Marketplace merupakan sebuah platform eksklusif untuk pemain industri pelancongan untuk berhubung, membuat rangkaian dan menjalankan perniagaan. 

Sebagai ahli MITA Inbound Marketplace, mereka akan dapat peluang untuk bertemu dengan ejen pelancongan dari seluruh Malaysia dan mempamerkan produk dan perkhidmatan yang sedia ada. 



Menerusi perbincangan bersama dengan Menteri Pelancongan, adalah menjadi satu kebimbangan apabila ramai agen pelancongan yang berdaftar banyak mempromosikan pakej bercuti keluar negara seperti ke lokasi Turki, Jepun dan Korea.

Perkara inilah yang membuatkan MITA tekad untuk bantu pemain industri untuk mendapatkan ‘contact’ dalam mempromosikan pakej percutian didalam negara selaras dengan misi Visit Malaysia 2025.


MIM23: Presiden MITA, En Uzaidi Udanis.

Sebuah projek Tahun Melawat Malaysia 2025 / Visit Malaysia 2025

Sempena dengan sidang media MIM23 tempoh hari, Presiden MITA, En Uzaidi Udanis juga telah memperkenalkan ‘Roadmap Visit Malaysia 2025’ sempena dengan projek Tahun Melawat Malaysia 2025 untuk memajukan ekomoni pelancongan didalam negara.

Maklumat roadmap merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

1. [To Champion Local DMCs] Untuk Mengiktiraf DMC Tempatan
MITA mengiktiraf kepentingan untuk menyokong dan mempromosikan DMC tempatan di Malaysia, yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengalaman perjalanan berkualiti tinggi dan unik untuk pelancong. Melalui pelbagai inisiatifnya, MITA berhasrat untuk memperjuangkan dan memperkasakan DMC tempatan dengan cara membantu mereka untuk berjaya dan berkembang menjelang Tahun Melawat Malaysia 2025.
*DMC - Destination Management Company

2. [To Create Local Sustainable Tourism Experiences] Untuk Mewujudkan Pengalaman Pelancongan Mampan Tempatan
MITA komited untuk mempromosikan pelancongan, menyokong komuniti tempatan, memelihara warisan budaya dan melindungi alam sekitar. Melalui inisiatifnya, MITA berusaha untuk mempromosikan pengalaman pelancongan yang menawarkan pengalaman perjalanan yang bermakna kepada pelancong di samping memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

3. [To Capture Direct International Market via Digital] Untuk Menangkap Pasaran Antarabangsa Terus melalui Digital
MITA mengiktiraf kepentingan teknologi digital dalam menguasai pasaran antarabangsa. Melalui pelbagai inisiatif digitalnya, MITA berhasrat untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dan membantu pemain pelancongan tempatan untuk berhubung dengan pasaran antarabangsa secara langsung.


Malaysian Inbound Tourism Malaysia (MITA)
Website: www.mitaevent.com
Email: mita@mita.my

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS