Tahniah Pemenang PGDM Annual Digital Award 2022

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani semua,

Pada 18 Mac 2023 yang lepas, telah berlangsungnya Majlis PGDM Annual Digital Award Night 2022 telah diadakan di Hotel Tenera Bangi, Selangor. Majlis yang gilang gemilang itu telah dihadiri oleh pelbagai pihak, tetamu kehormat, rakan strategik dan penerima anugerah serta pihak media.

Apa Itu PGDM Annual Digital Award?

Penganugerahan Digital Tahunan PGDM 2022 / PGDM Annual Digital Award 2022 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) merupakan sebuah platform penganugerahan untuk memberi peluang pengiktirafan dalam kalangan ahli-ahli bersekutu konsortium PGDM.

Untuk mengiktiraf syarikat-syarikat industri yang berdaya maju, mampu berjaya dan yang berpotensi untuk pencapaian yang lebih besar dalam bidang-bidang industri mereka di dalam dan juga di luar negara pada tahun lepas.


Siapa Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM)?

Pertubuhan Generasi Digital Malaysia - PGDM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah berdaftar pada 2018 di Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan membawa objektif “Ke Arah Masyarakat Celik Digital dan Pengembangan DIgital Ekonomi Sedunia”.

Selain memacu kearah digitalisasi, PGDM juga banyak membantu menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan untuk pihak yang memerlukan. Antara bantuan yang telah disampaikan adalah kepada pusat-pusat tahfiz, rumah anak yatim, golongan artis seni dan veteran. 

Sehingga kini PGDM telah mempunyai rakan-rakan strategik didalam mahupun di luar negara seperti: 

Majlis Kebudayaan dan Warisan Nusantara, United Nation World Peace Association (UNWPA), Google HQ USA, Bluequartz Group, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Uddokta Chamber Of Commerce Bangladesh, Bangladesh Textiles Association (BTA), Bangladesh Economic Zone, Vietnam Halal Center, Turkish Cypriot Chamber Of Commerce (KTTO), Nepal-Swiss Chamber Of Commerce And Industries, Magaya Empire Group, Yayasan Sari Kartika Tun Ghafar, Pertubuhan Alumni Penerima Zakat Malaysia, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Aura Manjung Perak- Malaysia dan ramai lagi pihak terlibat yang menjayakan PGDM.




Meriah saya tengok hari malam anugerah yang dihadiri bukan saja oleh penerima anugerah, malah juga entiti dan syarikat yang berada dibawah PGDM untuk turut sama menyokong penerima anugerah pada malam tersebut.

Dengan jumlah keahlian bersekutu konsortium PGDM ini yang melebihi 500,000 terdiri pengusaha-pengusaha kecil dan menengah daripada Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan dan Nepal dijangka pada permulaan nya dapat memberi impak yang ketara dan besar dari segi segmen pasaran Asia Tengah dan Asia Tenggara.

Objektif dan dayausaha ini akan menjadikan Malaysia sebagai ‘Popular Gateway Cloud Platform’ untuk Pengembangan ekonomi digital sesuai dengan aspirasi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sedang mempromosikan ekonomi digital secara global.

PGDM yakin dengan bantuan-bantuan duta-duta PGDM yang telah di lantik dan menjadi wakil-wakil global untuk memastikan  kesinambungan usaha-usaha yang dirancang dapat menepati objektif PGDM untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Madani.

4 Penerima anugerah 'Popular Digital Award' PGDM Annual Digital Award 2022

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada 4 pemenang anugerah popular ini. Pengiktirafan anugerah ini telah disempurnakan oleh YM Tengku Puteri Dora binti Tengku Muhammed, wakil penaung PGDM kepada penerima anugerah PGDM pada malam itu.

⭐ Bigcorp-A Berhad “Popular Digital Award Young Entrepreneur Talent Of The Year”

Litna, sebuah syarikat produk kecantikan & kesihatan yang telah mula beroperasi sejak dari tahun 2000, Litna telah menyediakan produk berkualiti menggunakan herba semulajadi, tidak beracun, bebas daripada bahan kimia, tiruan, dan pengawet untuk manfaat kecantikan dan kesihatan terbaik.

PGDM Popular Digital Award 2022: Mr V Devindran, CEO Bigcorp-A Berhad

⭐ Simebax Holdings Sdn Bhd - “Popular Digital Award For International Logistics Company”

Sime Bax Worldwide Logistics merupakan sebuah syarikat pengangkutan yang pakar dalam menyediakan pengangkutan dan meluaskan logistik sehingga kepada perkhidmatan penerbangan kargo dan pengangkutan treler antara-negeri.

PGDM Popular Digital Award 2022: Dato SK - CEO Simebax Holdings Sdn Bhd 

⭐ Pandosoft Sdn Bhd - “Popular Digital Award For Influential Entrepreneur In Blockchain Technology”.

Mereka merupakan syarikat Platform Blockchain Pelbagai Model Streaming Onestop yang dihidupkan oleh komuniti yang telah menunjukkan prestasi yang luar biasa didalam industri ini dan telah memberikan impak yang signifikan melalui sumbangan dalam memajukan teknologi.

PGDM Popular Digital Award 2022: Mr Shairul Abd Razak dan Mr Izwan Kamal, Malaysia Country Partner for Pandosoft Sdn Bhd.

⭐ Kadis International Berhad⁣ - “Popular Digital Award For International Projects And Development Financing”

Kadis International Berhad⁣ merupakan syarikat pelaburan dan kewangan yang bekerjasama rapat dengan syarikat, institusi, dan kerajaan untuk memberikan penyelesaian bagi setiap keperluan pelanggan mereka.

PGDM Popular Digital Award 2022: Mr Abdul Kadis bin Engkok, President Kadis International Berhad.


Sekalung tahniah juga kepada semua entiti yang telah dikenal pasti atas sumbangan luar biasa mereka didalam dunia digital. Tahniah kepada 6 penerima anugerah pengiktirafan, 2 penerima anugerah khas, dan 5 penerima anugerah pengiktirafan Rakan Strategik PGDM.

Salah satu penerima anugerah, Pandosoft Sdn Bhd yang telah mendapat pengiktirafan “Popular Digital Award For Influential Entrepreneur In Blockchain Technology”, telah menarik perhatian saya untuk lebih mengenali syarikat 'blockchain' ini.



PGDM mengharapkan pada masa akan datang, supaya aktiviti ekonomi digital ekonomi dan program-program kemasyarakatan yang bakal di rancang akan mendapat sokongan dan dokongan daripada kerajaan, agensi dan badan-badan berkanun kerajaan Malaysia dan juga dari luar negara termasuk yayasan-yayasan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, filantrophist dan pihak-pihak swasta. 

Sekali lagi, tahniah saya ucapkan kepada penerima anugerah PGDM Annual Digital Award 2022.

Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM)
Website: www.pgdm.org.my
Facebook: www.facebook.com/pgdm.my
TikTok: www.tiktok.com/@_pgdm_

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS