Review Makanan Thai di Westplate Factory Sentul Point

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Siapa kat sini peminat makanan Thai? Haritu saya ada share dekat Instagram tentang sebuah restoran yang menghidangkan menu Thai selain daripada menu Western sesuai dengan kehendak dan permintaan penduduk sekitar kawasan Sentul.⁣

Cawangan Westplate Factory ini merupakan cawangan mereka yang ke 2 yang menghidangkan makanan Western dan Masakan Thai Asli selain daripada cawangan mereka yang pertama di Shah Alam yang menghidangkan makanan barat / Western food.

Terletak di Sentul Point, cawangan Westplate Factory yang kedua ini khusus buat penggemar makanan Western dan Masakan Thai Asli dibawah satu bumbung. Jom saya bawakan apa makanan Thai yang sedap untuk korang cuba disini.



[Video Review Westplate Factory Sentul Point - Western & Authentic Thai Food⁣]


Tambah menarik lagi, semua menu makanan Thailand di Westplate Factory Sentul Point ini dimasak sepenuhnya oleh Chef Chariyaphon Phiwasak atau lebih mesra dipanggil Chef Jaa yang berasal dari wilayah Buriram, Thailand menggunakan menu authentic Thailand.

Bagi cawangan Westplate Factory Sentul Point, mereka masih juga menghidangkan seleksi menu makanan barat sebab kekuatan sebenar mereka adalah merupakan menu western - daging.

Tapi kalini saya nak review tentang menu makanan Thailand dengan pelbagai seleksi makanan Thai khas untuk pelanggan mereka seperti Tom Yam, Green Curry/ Masak Hijau, menu ikan siakap, menu seafood, Pad Thai, dan of course Som Tam!

Review Makanan Thai di Westplate Factory Sentul Point 2023


Kalau dah nama pun makan di restoran yang menghidangkan makanan Thai di area Sentul Point, mestilah kena order dan rasa menu utama, Tom Yam. Di Westplate Factory Sentul Point mereka ada beberapa seleksi Tom Yam iaitu Tom Yam Merah, Tom Yam Clear dan Tom Yam Kelapa.

🌸 Tom Yam Merah 
Harga: RM13.90/ RM38.90/ RM48.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⁣

🌸 Tom Yam Clear (Seafood)
Harga: RM12.90/ RM36.90/ RM46.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐

🌸 Tom Yam Coconut (Seafood)
Harga: RM15.90/ RM42.90/ RM52.90
Rating: ⭐⭐⭐

Saya paling suka dengan Red dan Clear Tom Yam dia. Plus point untuk saya sebab tom yam dia tidak terlalu pedas dan rasa authentic dari Thailand. Bagi saya portion dengan harga adalah reasonable sebab portion banyak dan isi dalam dia pun banyak.

🌸 Green Curry Beef Harga: RM13.90


🌸 Steam Siakap Chili Lime 
Harga: RM42.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⁣

Salam satu menu yang selalu wajib saya akan order kalau makan kat kedai tom yam, iaitu siakap stim limau atau halia. Saya suka dengan chef yang tak kedekut kuah, dan kuah dia rasa sedap sangat. Ada rasa masam, rasa bawang putih, cili, sangat flavorful! Berbaloi sangat untuk cuba.

Review Makanan Thai di Westplate Factory Sentul Point - Steam Siakap Chili Lime 

🌸 Deep Fried Siakap Thai Style 
Harga: RM42.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⁣

Antara menu yang paling saya suka dan semestinya saya akan re-order kalau datang lagi ke Westplate Factory Sentul Point. Deep Fried Siakap Thai Style ini yang ikannya digoreng, dihidangkan dengan sos gula-manis-pedas merupakan satu combinasi yang saya suka.

Makanan Thai di Westplate Factory Sentul Point - Deep Fried Siakap Thai Style 

🌸 Deep Fried Siakap Kerabu
Harga: RM42.90
Rating: ⭐⭐⭐

Kalau korang nak cuba something yang baru dan unik, korang boleh cuba menu ni. So kalau korang suka makan ikan goreng dan kerabu bawang, mesti korang akan suka menu ni. Bukanlah tidak sedap, cuma tak masuk bagi saya.

In case korang tertanya kenapa saya recommend tapi rate 3 bintang adalah sebab saya rasa menu ini macam ikan goreng dengan kerabu bawang - literally. Bagi saya menu ni macam tak masuk sangat sebab tak rasa kerabu 'infuse' kedalam ikan. 

Makanan Thai di Westplate Factory Sentul Point - Deep Fried Siakap Kerabu

🌸 Pineapple Fried Rice RM15.90
🌸 Vegetable Fried Rice RM8.90
🌸 Thai Fried Kway Teow RM10.90
🌸 Thai Fried Mee Hoon RM8.90


Selain daripada menu-menu nasi dan kuah, restoran makanan Thailand di Sentul, Westplate Factory Sentul Point turut menawarkan pelbagai pilihan makanan berasaskan ayam, daging, makanan laut/ seafood dan juga sayur-sayuran. Antara menu yang korang boleh cuba adalah:⁣

🌸 Lemongrass Fries Chicken 
Harga: RM 8.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐

Satu menu baru yang saya cuba. Mula-mula rasa pelik sebab ingatkan serai itu macam hiasan je. Rupanya tekniknya adalah korang kena makan sikit serai goreng itu bersama dengan ayam goreng tu baru dapat rasa kombinasi ini. Sesuatu yang unik untuk korang try.

🌸 Thai Pandan Fried Chicken 
Harga: RM 9.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐

Saya suka dengan ayam goreng pandan Thai ini sebab susah nak jumpa restoran makanan yang boleh buat menu ini dengan sedap. Ayam yang dah marinate, dan digoreng bersama dengan daun pandan merupakan satu kombinasi yang sangat best. Plus point, sos cili Thai dia pun sedap.

🌸 Black Pepper Beef RM13.90

Makanan Thai di Westplate Factory Sentul Point - Lemongrass Fries Chicken 

Makanan Thai di Westplate Factory Sentul Point - Thai Pandan Fried Chicken


🌸 Curry Seafood Prawn RM15.90
🌸 Seafood Padprik RM14.90



🌸 Thai Mango Salad / Som Tam 
Harga: RM6.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⁣

Macam tah sah pula kalau restoran makanan Thai-food di Sentul ini kalau tak ada som tam atau kerabu. Makanya, di Westplate Factory Sentul Point korang boleh order kerabu mangga Thai sesuai dengan selera orang kita yang suka nak rasa kerabu ni.

🌸 Stir Fried Kailan with Salted Fish RM7.90
🌸 Stir Fried Kailan with Garlic RM7.90
🌸 Mix Vegetable RM7.90
🌸 Kangkung Belacan RM7.90



Macam tak sah pula kalau tak makan snek dan pencuci mulut yang orang Thailand suka makan. Maka kami pun mencuba antara snek dan pencuci mulut yang popular dari Thailand:

🌸 Aroi Spring Roll 
Harga: RM7.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⁣

Aroi Spring Roll ni rupa dia lebih kurang sama dengan popia goreng kita, dan dimakan bersama dengan sos cili Thai. Saya suka menu snek ini yang light, sedap dan simple sebagai pembuka selera. Makan sambil mengopi pun nice juga.

🌸 Dessert Thai - Luk Chup 
Harga: RM7.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⁣

Pertama kali merasa makan pemanis mulut Luk Chup yang diperbuat secara aslinya menggunakan campuran kacang badam dan kacang hijau yang dihancurkan. Bagi saya, sedap dan manis. Saya recommend kalau korang nak mencuba something yang lain daripada yang lain.

Westplate Factory Sentul Point - Aroi Spring Roll

Westplate Factory Sentul Point -  Luk Chup


Rezeki kami dapat berjumpa dengan Nasha Aziz semasa sesi pelancaran menu terbaru Westplate Factory Sentul Point pada tempoh hari. Cantik dan nampak gembira orangnya, apabila dapat makan good food disini.

Promosi Sempena Ramadan 2023:
Westplate Factory Sentul Point menawarkan set makanan Thai untuk 2, 4, 6 dan 8 orang dengan harga set makanan Thai bermula daripada RM49.90 sahaja. Untuk pelanggan yang nak berbuka di Westplate Factory Sentul Point, korang perlu untuk buat tempahan sebelum datang pada bulan puasa nanti.


Waktu operasi Westplate Factory Sentul Point:
Setiap hari: 11am - 11pm

Westplate Factory Sentul Point
AG-01 Ground Level Puncak Sentul, 8, Jln Sentul Pasar, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Website: westplate-factory.business.site
Instagram: www.instagram.com/westplate_factory_sentul_point
Facebook: www.facebook.com/westplatesentulpoint


With love,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS