Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Satu lagi buffet Ramadan 2023 yang berbaloi untuk korang cuba adalah di The Sage at Sixth, Residensi UTMKL (Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur) yang juga merupakan kolaborasi eksklusif diantara UTM Hotel & Residence dan Jabatan Warisan Negara.

Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence membawakan konsep 'Sajian Warisan' dengan menyediakan juadah tradisi warisan kebangsaan hasil tangan chef yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industry kulinari.

Buffet Ramadan 2023 di Residensi UTMKL berlangsung dari 24 Mac 2023 sehingga 20 April 2023 dengan lebih daripada 120 sajian menu yang akan dihidangkan untuk pelanggan yang berbuka puasa disini dengan harga yang berpatutan.

Buffet Ramadan 2023: The Sage at Sixth, Residensi UTMKL


Sedikit Info Tentang UTM Holdings Sdn Bhd (UTMH)

Untuk korang yang tak tahu, UTM Holdings Sdn Bhd (UTMH) merupakan sebuah syarikat milik Universiti Teknologi Malaysia dan perniagaan utamanya ialah pembangunan hartanah, pengurusan projek dan pengurusan kemudahan. 

UTM Hotel & Residence merupakan jenama hospitaliti dibawah kendalian UTM Holdings Sdn Bhd yang menguruskan 500 unit bilik hotel yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan pelbagai perkhidmatan termasuklah restoran The Sage @ Sixth.

Restoran The Sage @ Sixth yang berada di UTM Hotel & Residence menyajikan sajian antarabangsa dan tempatan. Sempena dengan Ramadan 2023, The Sage @ Sixth akan menghidangkan menu 'Sajian Warisan' didalam buffetnya.



Saya berpeluang untuk berbuka puasa di Buffet Ramadan 2023: The Sage at Sixth, Residensi UTMKL. Pada mulanya saya ingatkan buffet berbuka puasa ni student yang buat dan masak, tapi bukan. Rupanya ini macam restoran biasa yang berada didalam UTM.

Banyak juga menu yang ditawarkan untuk mereka yang berbuka puasa disini. Berada di Tingkat 6, Residensi UTMKL (Waze: Residensi UTMKL), The Sage merupakan sebuah lokasi berbuka yang chill, tak terlalu crowded dan sesuai nak buat meeting masa berbuka untuk discussion.

Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence

Rusuk Kambing Bakar Jintan di Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence



Korang boleh refer di laman web [ramadhan.residensiutmkl.com] untuk tengok menu buffet apa yang dihidangkan sepanjang bulan Ramadan kalau korang rancang nak datang.

Antara menu utama yang dihidangkan di Buffet Ramadan 2023 The Sage at Sixth, Residensi UTMKL:
⭐ Rusuk Kambing Bakar Jintan,
⭐ Gulai Daging Batang Pisang,
⭐ Masak Lemak Daun Kayu,
⭐ Pindang Tumis Ikan,
⭐ Sambal Udang Petai,
⭐ Kupang Daun Kari,
⭐ Sotong Bunga Kantan,
⭐ Aneka Gulai Siam,
dan banyak lagi.






Menu-menu ini akan dihidangkan secara rotation mengikut minggu dengan seleksi menu daripada Pembuka Mulut, The Gurney, Soup, Bara-Bara, Lauk Raya, Aneka Nasi, Aneka Gulai, Hidangan Utama, Mee, Bubur Manis, Aneka Kuih Melayu, Kuih Kering, Buah-Buahan dan Minuman.

Banyak pilihan makanan lauk hidangan utama yang disediakan untuk mereka yang berbuka puasa di Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence dengan seleksi menu sajian warisan khas untuk peminat masakan Melayu.




Antara menu special yang korang boleh cuba disini Sup Nelayan dan juga Opor Ayam yang dimasak fresh panas-panas lagi. Sesuatu yang unik untuk dicuba sebab rasa lain daripada yang lain dan berbeza dengan buffet Ramadan yang lain.

Jangan lupa juga untuk cuba menu Sambal Neraka yang banyak review cakap sedap. Aneka ulam-ulaman dan Kerabu turut dihidangkan untuk peminatnya.




Tak cukup dengan menu lauk hidangan utama, pelanggan yang berbuka puasa di UTM Hotel & Residence boleh juga cuma makan pilihan mee yang mereka ada:
⭐ Mee Kari Putih,
⭐ Mee kuah,
⭐ Laksa kedah,
⭐ Laksa lemak,
⭐ Bihun sup.




Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence

Ambil mood Raya awal di Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence sebab mereka turut menghidankan menu Raya seperti Lemanh Daun Lerek, Ketupat Daun Palas, Rendang Daging, dan Rendang Ayam Minang.

Tidak dilupakan seleksi menu pencuci dan pemanis mulut turut disediakan yang tak lengkap kalau tak ada. Jangan lupa untuk cuba Pengat Pisang, Sira Labu, Bubur Cha Cha, dan pelbagai pemanis mulut warisan kebangsaan yang dihidangkan.




Apa yang special bagi saya di Buffet Ramadan 2023 The Sage at Sixth, Residensi UTMKL adalah sebab mereka ada menghidangkan pelbagai jenis Kuih Melayu yang susah nak jumpa seperti:
⭐ Cememek,
⭐ Kuih Nagasari,
⭐ Puteri Mandi,
⭐ Kuih Koci Labu,
⭐ Apam Beras,
⭐ Som-Som,
⭐ Kuih Talam,
⭐ Kuih Seri Muka
dan banyak lagi.


Aneka Kuih Melayu di Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence

Kuih Cecemek di Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence


Buffet Ramadan 2023: UTM Hotel & Residence

Buffet Ramadan 2023 | UTM Hotel & Residence

⭐ Buffet Ramadan 2023 yang menghidangkan juadah tradisi warisan kebangsaan yang berkonsepkan 'Sajian Warisan'.
⭐ Dianjurkan atas kerjasama diantara UTM Hotel & Residence dan Jabatan Warisan Negara.
✅ Lebih daripada 120 seleksi menu masakan sajian warisan dihidangkan.
🤩 Must try menu: Rusuk Kambing Bakar Jintan, Pindang Tumis Ikan, Sambal Udang Petai, Sambal Neraka, Sup Nelayan, Opor Ayam, Kupang Daun Kari, Sotong Bunga Kantan, Gulai Daging Batang Pisang, Masak Lemak Daun Kayu, Gulai Siam
👉 Buffet Ramadan anjuran UTM Holdings Sdn Bhd (UTMH) - sebuah syarikat milik penuh Universiti Teknologi Malaysia.

#SeleraWarisanUTMHotel #UTMHotel #UTMHotelNResidence #TheSageatSixth #ResidensiUTMKL #UTMKL #UTM 


Tarikh buffet berbuka di UTM Hotel & Residence:
24 Mac - 20 April 2023⁣.
Masa: 6.30pm - 9.30pm

Harga Buffet Ramadan 2023 UTM Hotel & Residence
Dewasa RM98++, Warga emas RM68++, Kanak-kanak RM38++⁣

UTM Hotel & Residence
8, Jln Lestari, Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Buffet Ramadan 2023
Level 6, The Sage at Sixth, Residensi UTMKL,
No 8, Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur.
Contact: 019-2234821

Website: ramadhan.residensiutmkl.com
Facebook: www.facebook.com/residensiutmkl.official
Instagram: www.instagram.com/residensiutmkl.official


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

8 Comments

iena eliena said…
Murah jugak harga di RM98, makanan dia pun banyak pilihan. Alahai tapi da tak sempat dah nk cuba.Maybe tahun depan blh cuba
Dixon Thum said…
Banyaknya pilihan makanan tradisional yang disediakan. Harganya pun berpatutan.
Rawlins GLAM said…
Ok. Sempat lagi kalau I nak pergi nie sebelum raya kan. I nak ajak kengkawan yang tak balik kampung pergi sekali kelak
Kitkat Nelfei said…
Teruja pulak found out about buffet ramadan kat sini, banyak choices and sgt luas kan! Berbaloi go for this before Ramadan berlalu pergi!
Sunshine Kelly said…
Yumss! spotted banyak juga dishes yang berkenan dengan tekak i, kesemua nya nampak sedap
仙妮 said…
Ohh wowo...this buffet so worth it with all the food varieties available, I'm now superb craving to be at la....hungry hungry cheers SiennyLovesDrawing
I just got to know about UTM Hotel & Residence. their food look so good, gonna try it!
Ruby said…
Ohhhh baru tahu ada lagi tempat boleh berbuka kalau di lokasi area UTM KL. Kebiasaannya akak pergi Dewan Felda Dsaji tu je. Boleh cuba next year.

FOLLOWERS