Koleksi Batu Permata ZCOVA - She's A Gem

Hai dan salam sejahtera semua,

Pernah dengar tak orang cakap "Diamonds Are a Girl's Best Friend"? Quote ini menunjukkan yang dalam dunia ni, wanita memang akan suka dengan gemstone/ batu permata atau berlian. Perempuan mana yang tak suka kalau dapat cincin, gelang, rantai atau subang yang bertahtakan batu permata kan.

Ada banyak lagi batu permata lain selain daripada Diamond/ Berlian, isitu seperti Emerald/ Zamrud, Sapphire/ Nilam, Ruby, Garnet, Amethyst, Aquamarine, Moonstone, Blue Topaz, Spinel, Tourmaline, Citrine, Tanzanite, dan Morganite.

Saya dijemput untuk ketahui lebih lanjut lagi tentang Gemstones Jewelry di ZCOVA - She's A Gem yang berlangsung pada 24 Mei 2023 bertempat di Brasserie Leon, TTDI. Selain daripada tengok koleksi batu permata terkini ZCOVA, saya juga dapat tengok gemstone mana yang sesuai untuk saya.


ZCOVA Lancarkan Koleksi Batu Permata She's A Gem

Gemstones, atau dalam bahasa Malaysianya, Batu Permata bukan sahaja melambangkan identiti seseorang tu, tapi juga boleh dijadikan sebagai memori, kekuatan, atau sebagai batu pemberi semangat untuk si pemakainya.

Gemstones ZCOVA pula ada sijil pengesahan kualiti dan keasliannya daripada International Coloured Gemstone Laboratory (ICL). Gemstones ZCOVA bukan sahaja sesuai dipakai oleh golongan wanita, malah juga golongan lelaki.

Pengasas ZCOVA, merupakan duo adik-beradik lelaki, Mr Low Ziwei dan Mr Low Ziyin yang telah menubuhkan jenama ZCOVA pada tahun 2015 dengan impian untuk memodenkan cara orang ramai membeli berlian dan batu permata.


Pengasas ZCOVA - Mr Low Ziwei dan Mr Low Ziyin.

Korang boleh check out event terkini ZCOVA - Asia’s Biggest Virtual Gemstone Inventory, yang dimana pelanggan dapat lihat koleksi gemstone ZCOVA selain dapat kebebasan untuk pilih batu permata yang mana yang sesuai untuk mereka dan untuk barang kemas yang nak buat.

ZCOVA - Asia’s Biggest Virtual Gemstone Inventory

✅ Pilih daripada koleksi 100,000 batu permata yang diperakui ICL;
✅ Nikmati FREE customisation - 3D render dan 3D print untuk pastikan saiz sempurna;
✅ Manfaat penghantaran berinsuran PERCUMA, ukiran, resizing, kotak barang kemas, pengilat dan perkhidmatan pembersihan;
✅ Pelan pembayaran 0% faedah sehingga 12 bulan.


Koleksi Jewelry Batu Permata ZCOVA

Batu permata merupakan kombinasi mineral lembut semula jadi yang digunakan di dalam perhiasan kerana kilauan atau sifat fizikal lain yang mempunyai nilai estetik. Setiap batu permata adalah unik, sebab terbentuk secara semula jadi di bawah permukaan bumi. 

Batu permata sebenarnya sangat memukau, daripada batu zamrud yang hijau hingga merah delima yang menyala, daya tarikan batu permata bukan sahaja terletak pada kecantikannya tetapi juga pada perlambangan dan maknanya. 

Batu permata bukan sekadar batu yang cantik dan berkilau sebab korang boleh gunakan  gemstones sebagai salah satu cara untuk mengekspresikan personaliti dan gaya kita melalui seni perhiasan sebab setiap batu permata ada maksud yang tersendiri.





Semua batu permata di ZCOVA ada sijil pengesahan keaslian dan kualiti daripada ICL. Setiap koleksi perhiasan di ZCOVA adalah sangat unik, dan korang juga boleh custom-made perhiasan yang korang nak untuk jadikannya lebih special.

Antara perhiasan yang dilancarkan didalam Koleksi ZCOVA Gemstones - She's A Gem termasuklah: Rantai, anting-anting, gelang dan cincin. Selain itu, korang juga boleh datang sendiri ke butik ZCOVA untuk tengok jenis batu dan bentuk yang korang nak kalau nak buat sendiri.




Energy Reading Bersama ZCOVA - She's A Gem

Semasa hari pelancaran, ada juga sesi Energy Reading untuk tengok batu permata/ gemstone jenis apa yang sesuai dengan personaliti kita. Konsep dia lebih kurang sama dengan Tarot Reading juga la, boleh dengar tapi jangan percaya XD

Surprisingly, Gemstone Energy Reading ni macam accurate. Kita perlu pilih 2-3 kad, dan nanti deorang akan describe personaliti kita, dan akan suggest/ nasihat yang patut. Suka juga sebab siap ada consultation warna apa yang sesuai dengan energy personaliti kita.

So, masa hari tu, energy saya pilih batu:
💍🌸 Tourmaline - Stone of hope, innocence and creativity.
💍 🌹 Garnet - Represemt love, friendship, passion, loyalty and faith.

Energy Reading Bersama ZCOVA - She's A Gem

Energy Reading Bersama ZCOVA - She's A Gem


Makna dan maksud setiap warna batu permata / gemstone

Setiap batu permata atau gemstone ada maksudnya yang tersendiri. Selain daripada pilih warna atau bentuk yang kita suka untuk dipakai sebagai jewelry, kita perlu juga pilih warna yang sesuai dengan personaliti kita. Baru warna dan energy tu lebih menyerlah.

MAKNA BATU PERMATA - ZCOVA
Garnet Melambangkan cinta, persahabatan, semangat, kesetiaan dan kepercayaan
Amethyst Dikaitkan dengan keamanan, keberanian dan kestabilan
Aquamarine Melambangkan keremajaan, kesucian, kesetiaan, harapan dan kebenaran
Diamond/ Berlian Batu komitmen, kesetiaan, cinta dan janji yang tidak berkesudahan
Emerald/ Zamrud Melambangkan keanggunan, kemakmuran, harapan dan kesihatan
Moonstone Selalunya dikaitkan dengan cinta, semangat dan kesuburan
Blue Topaz Selalunya dikaitkan dengan positif, kejujuran, ketenangan dan kejelasan
Ruby Batu cinta, bangsawan, semangat, keberanian dan kuasa
Spinel Melambangkan harapan, kegembiraan, umur panjang, pemulihan dan semangat
Sapphire/ Nilam Melambangkan kebijaksanaan, bangsawan, kebenaran, nasib baik dan diraja
Tourmaline Batu harapan, tidak bersalah dan kreativiti
Citrine Selalunya mewakili kesejahteraan, kelimpahan, kebahagiaan dan kejayaan
Tanzanite Mewakili kestabilan, kebijaksanaan dan kebenaran
Morganite Melambangkan belas kasihan, keharmonian, percintaan dan cinta

GEMSTONE MEANINGS - ZCOVA
Garnet Represents love, friendship, passion, loyalty and faith
Amethyst Associated with peace, courage and stability
Aquamarine Embodies youth, purity, loyalty, hope and truth
Diamond Stone of commitment, faithfulness, endless love and promise
Emerald Signifies elegance, prosperity, hope and health
Moonstone Often associate with love, passion and fertility
Blue Topaz Often associated with positivity, honesty, calmness and clarity
Ruby Stone of love, nobility, passion, courage and power
Spinel Represents hope, joy, longevity, revitalisation and passion
Sapphire Symbolises wisdom, nobility, truth, good fortune and royalty
Tourmaline Stone of hope, innocence and creativity
Citrine Often represents wellness, abundance, happiness and success
Tanzanite Represents stability, wisdom and truth
Morganite Represents compassion, harmony, romance and love

ZCOVA - Gemstone meaning

Kalau korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang personaliti dan batu permata gemstone ni, korang boleh terus ke → zcova.com/gemstone-education

ZCOVA
Website: zcova.com
Facebook: www.facebook.com/zcovajewels
Instagram: www.instagram.com/zcova

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS