Review Keropok Ikan BangPi Lekor Chips

Hai dan Assalamualaikum korang,

Siapa sini suka kudap-kudap? Sedap kan kalau dapat makan mengunyah sambil tonton filem atau sambil berborak dengan kengkawan ke kan. Meh sini saya kenalkan dengan korang keropok BangPi Lekor Chips.

BangPi Lekor Chips merupakan satu jenama snek makanan keropok ikan yang memodenkan keropok lekor menjadi snek rangup untuk memusahkan korang makan keropok lekor dimana sahaja.

Jenama BangPi, diasaskan pada tahun 2020 oleh En Mohd Hanafi binti Rosdi, 33 tahun yang juga merupakan anak kelahiran Terengganu. BangPi merupakan produk keluaran bumiputera yang dijamin mutu kualiti dan suci bersihnya.

Review BangPi Lekor Chips Sedap atau Tidak?

Mengenali En Mohd Hanafi binti Rosdi, atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Napi, beliau sebenarnya terkenal sebagai seorang guru tarian dan koreografer untuk peserta dan penari didalam rancangan realiti hiburan di Astro seperti Big Stage, Anugerah Meletop, Vokal Mania dan banyak lagi.

Selari dengan misi beliau, yang ingin mempromosikan produk makanan negeri pantai timur, maka jenama ini ditubuhkan bermula dari hanya dengan menjual keropok lekor frozen dan kini telah mengeluarkan beberapa produk baru seperti Lekor Chips dan Serunding.

Apa bila ditanya dari mana dapat idea untuk memulakan perniagaan keropok lekor dan penubuhan jenama BangPi, Cikgu Napi menjawab ini adalah oleh kekangan semasa musim pandemik yang menyekat pendapatan beliau.

Oleh sebab beliau memang berasal dari Terengganu dan memang tahu ramai supplier dan kenalan yang boleh supply produk untuk jenama ini, makanya keropok lekor menjadi pilihan. Tak sangka, BangPi yang pada asalnya menjual keropok lekor frozen kini dah ada beberapa produk lain juga.

Pengasas jenama BangPi, En Mohd Hanafi binti Rosdi (Cikgu Napi)


BangPi Lekor Chips

Lekor chips BangPi yang diperbuat menggunakan 100% isi ikan selayang ini telah dikilangkan oleh pengilang di Terengganu. Snek yang rangup ini sesuai dimakan tak kira masa dan dimana saja. 

Didatangkan didalam 2 variasi perasa iaitu:
🐟 Original (400gm) - percuma sos.
🐠 Spicy Cheese (400gm)

Harga BangPi Lekor Chips: 
Original (400gm): RM25.00
Spicy Cheese (400gm): RM28.00

Bahan kandungan BangPi Lekor Chips: 
👉 Isi ikan, minyak, bahan perasa, garam, tepung sagu, tepung kanji.

Review BangPi Lekor Chips

Review BangPi Lekor Chips

Review Keropok Ikan BangPi Lekor Chips
⭐ Saya suka sebab rasa originaliti ikan. 
⭐ Rangup dan potongan chips tu nipis dan garing.
⭐ Sedap dan mudah nak mengunyah. 
⭐Lagi best siap dapat free sos pula tu. 
⭐ Satu pek memang banyak betul, seminggu makan pun tak habis-habis lagi.

Produk BangPi Lekors juga telah mendapat pengesahan Halal dan produk yang diiktiraf oleh Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sempena dengan musim Raya Aidilfitri dan Aidiladha ini, BangPi telah mengeluarkan produk seasonal edisi terhad yang hanya akan ada semasa Hari Raya sahaja, iaitu Serunding Daging dan Serunding Ayam.



Korang boleh dapatkan produk BangPi Lekors secara dalam talian melalui platform dibawah atau melalui agen BangPi yang sah.

BangPi Lekors
Contact: 014-6446580
Tiktok Shop: @BangPiLekors

Facebok: www.facebook.com/BANGPILEKORS
Instagram: www.instagram.com/bangpi_lekors.hq/


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS