HUAWEI XMAGE Awards 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

Hai dan salam sejahtera korang,

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography yang telah diumumkan pada 27 Julai 2023 yang lepas.

Peraduan Zoom Into Malaysia Photography ini diadakan untuk mempamerkan keupayaan teknologi HUAWEI XMAGE selain daripada membuka ruang untuk menunjukkan potensi jurugambar di Malaysia dengan hanya menggunakan karema telefon pintar HUAWEI.

Tak sangka gambar-gambar yang diambil oleh peserta dan pemenang itu semua daripada kamera telefon pintar HUAWEI dengan bantuan teknologi XMAGE. Selain daripada skill mengambil gambar, device yang betul juga mempengaruhi hasil gambar juga.

HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

XMAGE yang telah dilancarkan pada tahun 2022 daripada HUAWEI merupakan sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej dalam fotografi. Dengan sokongan teknologi XMAGE, jenama Huawei lebih mudah digunakan oleh sesiapa sahaja.

HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography telah diadakan di The Raw Studio by Metal Bees pada 27 Julai 2023 yang lepas.

Ada seramai 4100 peserta dari seluruh Malaysia yang telah menyertai peraduan Zoom Into Malaysia Photography yang berlangsung dari Mei hingga Jun 2023. Syarat penyertaan pun mudah, hanya perlu ikut tema untuk rakamkan keindahan Malaysia dengan menggunakan telefon pintar Huawei.



Platform pertandingan ini sedikit sebanyak telah menyediakan platform untuk peminat jurugambar profesional dan mudah alih untuk mempamerkan kemahiran fotografi dan videografi dengan cara yang kreativiti dan dari perspektif mereka.

Didalam ucapan mereka, Ms Monica Tang, Marketing Director of Huawei Malaysia Consumer Business Groupn dan Mr Teoh Eu Jin, Senior Marketing Manager of Huawei Malaysia Consumer Business Group telah menerangkan tentang kelebihan Teknologi XMAGE.

4 Kelebihan Teknologi XMAGE didalam teknologi kamera telefon pintar Huawei:

✅ Optical - Ultra Aperture Camera, Free-Form Lens, Molding Glass Lens,
✅ Mechanical - Ultra Lighting Telephoto Camera, Super Telemacro Camera, Multi-Reflective Periscope Telephoto Camera, Multi-Line Shape Memory Alloy Motor, AIS Pro.
✅ Imaging - Telephoto Anti-Shake Sensor Rotation, SuperSensing Sensor, Ultra Spectrum Camera, Multi-Spectrum Sensor.
✅ Processing - XD Fusion Pro, XD Optics, Multi-Camera Image Fusion.

*Teknologi ini boleh didapati didalam HUAWEI Mate50 Series - Ultra Aperture Camera dan HUAWEI P60 Pro - Ultra Lighting Telephoto Camera.

Dari kiri: Ms Monica Tang, Marketing Director of Huawei Malaysia Consumer Business Group, Mr Teoh Eu Jin, Senior Marketing Manager of Huawei Malaysia Consumer Business Group


Juri (Dari kiri): Mr Abeden Mung, Malaysia's Independent Photographer, Mr Kenny Ong - CEO, Astro Radio and Director Astro Media Solutions dan Mr Ariff Zulkarnain - Malaysia Local Director.

HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography telah diadili oleh 4 panel juri:

⭐ Mr Kenny Ong - CEO, Astro Radio and Director Astro Media Solutions,
⭐ Mr Li Changzhu, Vice President of the Consumer Strategy Marketing Department Huawei Consumer Bussiness Group,
⭐ Mr Abeden Mung - Malaysia's Independent Photographer,
⭐ Mr Ariff Zulkarnain - Malaysia Local Director (Lelaki Yang Dirindui - 2018, Kotak - 2011, Untuk Satu Malam - 2019).

Tahniah kepada Juara HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography, Abdul Hafiz bin Ab Hamid yang telah memenangi Grand Prize dengan gambar berjudul: Behind The Mask.

Pemenang untuk Pertandingan Zoom Into Malaysia Photography anjuran Huawei Malaysia membawa pulang barangan Huawei termasuklah HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5.

Juara HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

Gambar pemenang utama - Abdul Hafiz bin Ab Hamid

Pemenang utama HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

Pemenang utama HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

Pemenang saguhati HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

Pemenang saguhati HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2023 - Zoom Into Malaysia Photography

Korang boleh tengok hasil gambar peserta dan pemenang HUAWEI XMAGE Awards 2023 di link sini:
[consumer.huawei.com/my/community/xmage-awards/]


HUAWEI Malaysia Official
Website: consumer.huawei.com/my/
Facebook: www.facebook.com/HuaweimobileMY
Instagram: www.instagram.com/huaweimobilemy


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS