Resepi Blueberry dengan Oregon Washington Blueberries

Hello dan Selamat Sejahtera korang,

Haritu, saya telah dijemput untuk menghadiri Blueberry Wonder Workshop yang telah diadakan di KL Wellness City, Bukit Jalil anjuran Oregon Washington Blueberries. 

Buah Beri/ Blueberry daripada Oregon Washington Blueberries merupakan pilihan ramai sebab kualiti buah yang dipilih dengan teliti untuk memastikan hanya beri biru berkualiti terbaik dihidangkan dalam setiap hidangan yang kita makan. 

Banyak info baru yang saya dapat tentang Buah Beri/ Blueberry dan paling menarik sekali, para tetamu yang hadir juga dapat ilmu baru macam mana nak buah 3 menu istimewa menggunakan Oregon Washington Blueberries.

Oregon Washington Blueberries

Oregon Washington Blueberries

Blueberry adalah buah berwarna biru keunguan yang kecil tapi penuh dengan manfaat kesihatan. Bukan sahaja buah ni sedap, blueberry juga dikenali dengan jolokan salah satu superfood yang kaya dengan nutrisi dan antioksidan.

Top 5 kebaikan Buah Beri/ Blueberry:

✨ Kaya dengan Antioksidan - Antioksidan penting sebab boleh lawan kerosakan sel akibat radikal bebas dalam tubuh. Blueberry ada pelbagai jenis antioksidan seperti vitamin C, vitamin K, dan flavonoid yang membantu melindungi tubuh dari pelbagai penyakit kronik, termasuk kanser dan penyakit jantung.

✨ Meningkatkan Kesihatan Otak - Blueberry telah dikaitkan dengan peningkatan kesihatan otak dan fungsi kognitif. Kandungannya seperti flavonoid dan antosianin boleh membantu melindungi otak daripada kerosakan oksidatif dan keradangan. 

Menjaga Kesihatan Jantung - Kandungan serat, kalium, dan antioksidan dalam blueberry boleh menyokong kesihatan jantung. Memakan blueberry secara berkala boleh membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, dan meningkatkan kadar kolesterol HDL yang baik dalam darah.

✨ Menyokong Kesihatan Mata - Kandungan vitamin C dan vitamin A dalam blueberry baik untuk kesihatan mata. Vitamin A adalah penting untuk penglihatan malam yang baik, manakala vitamin C membantu melindungi mata daripada kerosakan oksidatif dan perkembangan penyakit mata yang berkaitan dengan usia.

✨ Menyihatkan Kulit - Antioksidan dalam blueberry juga boleh memberikan manfaat untuk kulit sebab boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari dan penuaan awal. 


Blueberry Wonder Workshop - Oregon Washington Blueberries

Blueberry Rosemary Grilled Chicken Poke Bowl

Haritu masa sesi sharing, influencer Iman Azman pun share yang family dia punya pilihan snek yang sihat adalah blueberry sebab nutritional value dan blueberry boleh letak dalam banyak air atau makanan. 

Bukan sahaja Iman Azman share resepi dan cara dia makan buah blueberry, tapi ada juga sesi demo masakan daripada Chef Zie Zie, yang buat demo masakan Blueberry Rosemary Grilled Chicken Poke Bowl. Tak sangka buah beri pun boleh guna dalam poke bowl.

Selain itu, kami juga dapat peluang untuk belajar dan hasilkan 2 resepi dengan tunjuk ajar daripada Chef Zie Zie. Tak adalah susah sangat nak buat Blueberry Cream Cheese Mini Tarts dan Air Blueberry Colada.


Blueberry Cream Cheese Mini Tarts

Blueberry Cream Cheese Mini Tarts

Terima kasih Chef Zie Zie sebab ajar kami macam mana nak buat 3 resepi baru. Bukan senang ada chef nak ajar depan-depan, yang paling bestnya, hasil masakan pun jadi sedap dan resepi pun mudah dan cepat je nak buat.


Blueberry Colada

Macam mana? Dah tahu banyak manfaat dan kebaikan Buah Blurberry ni, yang kaya dengan antioksidan dan kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan, daripada menguatkan sistem imun kepada menyokong kesihatan jantung. 

Blueberry juga bebas kolesterol dan natrium dengan Potassium dan Vitamin C yang tinggi, menjadikannya salah satu pilihan utama makanan sihat yang bersih untuk penggemar kesihatan.

Makan blueberry secara berkala boleh menyokong kesihatan sebab kandungan nutrisi yang baik. Jangan lupa untuk tambah dalam/ dengan makanan lain dalam resipi korang untuk variasi dan nutrisi yang lebih baik.

Banyak cara macam mana untuk kita nak enjoy makan buah blueberry ni. Korang boleh je makan begitu sahaja atau tambah ke dalam pelbagai hidangan seperti yogurt, oatmeal, smoothie, atau makan sebagai snek yang sihat.

Blueberry Wonder Workshop - Oregon Washington Blueberries

Wonders of Blueberries at the Blueberry Wonder Workshop

Korang boleh dapatkan Oregon Washington Blueberries di kebanyakan pasaraya dan kedai runcit diseluruh Malaysia untuk cuba resepi yang ada di laman web mereka: [www.oregonblueberry.com]


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS