vivo Malaysia Lancarkan vivo V29 5G Bersama Anna Jobling

Hai dan Salam Sejahtera korang,

vivo kini telah memperkanalkan telefon pintar terbaru, vivo V29 5G secara rasmi di Malaysia. Telefon pintar didatangkan di dalam dua warna iaitu: Starry Purple dan Noble Black sekaligus telah memperkenalkan Aura Light 2.0 yang akan membawa vivo dalam industri fotografi telefon pintar.

vivo V29 5G yang didatangkan didalam model 3D curved design, dengan ketebalan 7.46mm, lebar 2.4mm dan berat 186g yang hadir dengan dua pilihan warna yang cantik ini membawakan design yang lebih aesthetic dan inovatif yang mampu menarik perhatian orang.

Ana Jobling X vivo V29 5G


Antara ciri yang ada pada skrin telefon pintar vivo V29 5G kalini termasuklah:
✅ 120Hz 1.5k Amoled Display;
✅ Professional-Grade Eye Protection;
✅ 1300nits Peak Brightness;
✅ HDR Certification;
✅ 452PPI Ultra-Light Pixel Density (SGS Low Blue Light Ex);
✅ 1.07 Billion Colors (SGS Low Flicker);
✅ 2160Hz High Frequency PWM (SGS Low Motion Blur).




Apa yang special didalam Vivo V29 5G  adalah telefon ini membawakan cahaya Aura Light terbesar didalam siri vivo V yang memastikan pencahayaan dari semua sudut 360 darjah. Didatangkan dengan peningkatan 9 kali ganda dalam pengambilan cahaya, diameter Aura Light 2.0 haa mengembang kepada 15.6 mm. 

Pembesaran ini bukan sahaja meningkatkan daya tarikan visual tetapi juga memberikan pencahayaan, mengurangkan bayang-bayang muka dan kawasan gelap melalui pencahayaan sekata dari pelbagai sudut.

Selain itu, terdapat peningkatan sebanyak 36% dalam kecerahan berbanding dulu, yang menghasilkan gambar yang lebih jelas dan terang dengan butiran objek yang diambil. Jadinya, Vivo V29 5G akan menjadi sebuah telefon pintar yang cantik nak bergambar walaupun dikawasan kurang cahaya.



Aura Light 2.0 Dinaik Taraf di vivo V29 5G

vivo V29 5G memperkenalkan Aura Light 2.0 yang dipertingkatkan, dengan ciri pilihan lampu warm dan cool yang boleh diubah mengukut kesesuaian. Ciri ini menggunakan bantuan AI untuk mengesan keadaan pencahayaan sekeliling dan memperhalusi ton wajah subjek secara automatik untuk memastikan kulit mereka kelihatan semula jadi dan sempurna, walaupun pencahayaan berubah.

Korang boleh tengok sendiri contoh gambar dibawah yang diambil menggunakan kamera telefon pintar vivo V29 5G yang diambil pada lokasi yang kurang cahaya. Aura Light 2.0 memang sangat membantu untuk dapatkan hasil gambar yang lawa.



Korang kini boleh dapatkan telefon pintar vivo V29 5G sekarang secara online di laman web rasmi vivo Malaysia atau beli di agen vivo yang sah diseluruh Malaysia

Harga vivo V29 5G
⭐ RM1,899 (256GB)
⭐ RM2,099 (512 GB)



vivo Malaysia
Website: www.vivo.com/my
Facebook: www.facebook.com/vivoMalaysia


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS