Malaysia Influential Educator (MIE) Award 2023 Mengiktiraf Pendidik

Hello dan Selamat Sejahtera pembaca,

Pada 30 September 2023 yang lepas, bertempat di Hotel Marriot Putrajaya, telah berlangsungnya acara anugerah pengiktirafan Malaysia Influential Educator (MIE) 2023, edisi ke-5.

Malaysia Influential Educators (MIE) merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada pendidik cemerlang yang telah mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan pendidikan dengan menunjukkan ketajaman dan bakat mereka.

MIE merupakan sebuah badan dibawah Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan pada edisi kali ini, seramai 123 pendidik dari Malaysia, termasuklah 5 orang dari Singapura, Pakistan, Ukraine, dan Indonesia dari pelbagai bidang telah diberikan pengiktirafan.

Malaysia Influential Educator (MIE) Award 2023 Mengiktiraf Pendidik

Malaysia Influential Educator (MIE) Award 2023 Mengiktiraf Pendidik

Anugerah ini diwujudkan khas untuk memupuk semangat pendidik untuk mengatasi halangan budaya, geografi, dan bahasa, dan juga memberi peluang kepada individu untuk mengenal pasti potensi mereka dan meningkatkan kehidupan mereka.

Dalam dunia kerjaya, mentor memainkan peranan yang amat penting yang bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi juga bertindak sebagai panduan dan kompas dalam keriaya seseorang pelajar tak kira sanada dalam sektor korporat, perubatan, kejuruteraan atau bidang profesional yang lain.

Korang boleh tengok biografi peserta pendidik yang berkelayakan yang telah dinominasi di dalam "Biografi Pendidik Berpengaruh Malaysia 2022/2023", yang dijangkakan akan diterbitkan menjelang akhir tahun ini.


Majlis yang telah berlangsung gilang gemilang ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Heizrul Bin Ali, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia, YB Tuan Noraffendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia & Merangkap Penasihat Kehormat MTPN.

Tetamu VIP lain yang turut menyerikan majlis pengiktirafan ini termasuklah Dato' Paduka Dr. Kevy KV Yeo (Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara), YBRS. Dr. Toni Ting Yee Ping (Vice Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara), Ms. Tiffany Tan Tian Yee, Nickson Lim (Presiden MIE ), Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Putrajaya, YBRS. Dato Gavin Voon Shih Chin (Yang Di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Selangor), YBRS. Abdul Malik Bin Jamaran (Exco Perunding Kewangan Pengguna Majlis Tindakan Pengguna Negara).

Ms. Tiffany Tan Tian Yee, Presiden Malaysia Influential Educator (MIE)

Ms. Tiffany Tan Tian Yee, Presiden MIE didalam ucapannya berkata:

Penubuhan MIE bertujuan untuk menghargai individu cemerlang dalam bidang pendidikan yang telah mencapai pencapaian yang luar biasa. Dalam perjalanan pendidikan mereka, mereka telah menunjukkan kecekapan, kebijaksanaan, dan bakat, serta memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang pendidikan masing-masing. 

Mereka juga mengamalkan prinsip-prinsip amalan terbaik. Oleh itu, mereka akan dipilih sebagai teladan dan contoh terbaik dalam industri ini, dan akan diberi penghargaan yang setimpal. Mentor adalah seperti suara harapan. 

Keprihatinan mereka bukan sahaja berhenti pada pembangunan kerjaya sahaia, tetapi turut meliputi kesihatan mental, kepuasan kerjaya dan sokongan emosi pelaiar. Mentor membantu pelaiar mengatasi halangan dan kesukaran kerjaya, serta menggalakkan pelajar menghadapi tekanan kerjaya secara positif. 



Kaedah saringan pengiktirafan adalah berdasarkan merit, bukan jumlah undian yang diterima. Proses kerja MIE adalah untuk memastikan setiap penilaian calon adalah berdasarkan kecemerlangan prestasi mereka dalam industri, kualiti produk dan dedikasi mereka terhadap perkhidmatan. 

Untuk menjadi pemenang pula, perlu ada bukti kepakaran dan kemahiran yang luas, dedikasi kepada perkhidmatan pelanggan, dan komitmen yang berterusan terhadap kecemerlangan dan inovasi.

Harapan saya semoga dengan anugerah pengiktirafan  Malaysia Influential Educator (MIE)  akan menggalakkan pendidik untuk bersungguh-sungguh dalam bidang masing-masing dan tumpukan bakat dan minat untuk pendidikan untuk melahirkan generasi yang lebih berjaya.

Malaysia Influential Educator (MIE) Award 2023 Mengiktiraf Pendidik

Tentang Malaysia Influential Educator (MIE):
Website: mieducators.org
Contact: 012-3191159 (Ms Ruth)


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS