Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Tanggal 17 Desember 2023, saya telah menyaksikan termaterainya MOU Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig PGDM UMF.
United Man Family Global Venture (UMF) ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang telah ditubuhkan pada 31 Mac 2023. Di bawah UMF, mereka terdiri daripada rakan niaga utama seperti Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM), Yayasan Kartika Sri Tun Ghafar Baba, Komuniti Program Subsidi Pembangunan Malaysia (KPSPM), dan Cendol.Asia
Misi mereka dalam era digital ini adalah untuk mengoptimumkan kendalian proses perniagaan dan penggunaan di mana melalui ME Point ia membuka peluang yang menarik di dalam set digital dengan menerokai pelbagai potensi ME Point digunakan secara bijak dan menguntungkan.
UMF komited untuk menyediakan sumber yang diperlukan, peluang untuk pertumbuhan, dan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran penggunaan digital berterusan.
Pada majlis penandatangani ini telah berlangsungnya persetujuan diantara syarikat-syarikat:
1. United Man Family Global Venture Sdn Bhd (UMF)
2. Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM)
3. Yayasan Kartika Sri Tun Ghafar Baba
4. Komuniti Program Subsidi Pembangunan Malaysia (KPSPM)
5. McCaine Sdn Bhd
6. MStore - Venue Sponsor.
dalam pengumuman pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig.
Antara wakil syarikat yang hadir pada sesi persefahaman adalah (Dari kiri - Imej diatas):
Puan Anita Binti Sapari - Komuniti Program Subsidi Pembangunan Malaysia (KPSPM), Toh Puan D Heryati Abdul Rahim - Yayasan Kartika Sri Tun Ghafar Baba, Encik Mohamad Yusof bin Khamis - United Man Family Global Venture Sdn Bhd (UMF), Datin Seri Harnie Mohamed - Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM), Mr Chin Chun Jye - McCaine Sdn Bhd
Intipati MOU Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig PGDM UMF:
⭐ Memorandum Persefahaman diantara PGDM dan UMF:
Sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani diantara PGDM dan UMF untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan ekonomi gig sekaligus meningkatkan sinergi antara kedua-dua entiti dalam mewujudkan peluang dan memberikan faedah kepada masyarakat.
⭐ Pelancaran Kad Gig PGDM:
Pelancaran Kad Gig PGDM yang bertujuan untuk memudahkan peserta ekonomi gig dalam mengakses pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kewangan. Kad ini akan mencerminkan inovasi dalam menyokong pertumbuhan sektor ekonomi gig yang diwujudkan hasil dari MOU ini.
⭐ Penerimaan Cek Mockup Geran Pendidikan bernilai RM60 Juta daripada KPSPM:
PGDM dengan kerjasana UMF telah menerima cek mock-up berjumlah 60 juta dari KPSPM sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan memberikan peluang pendidikan yang lebih luas.
⭐ Pelancaran Studio Tiktok UMF/ McCaine/ PGDM:
Kolaborasi diantara UMF, McCaine, PGDM bersama dengan rakan strategic MStore untuk melancarkan Studio TikTok bertujuan untuk memanfaatkan platform ini sebagai alat pemasaran digital yang inovatif dan kreatif.
⭐ Pelancaran Platform Ecommerce Cendol dan MStore:
PGDM bersama UMF telah memperkenalkan platform e-commerce, iaitu Cendol dan MStore, sebagai langkah untuk ke pasaran digital dan memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga tempatan untuk mempromosikan produk mereka.
⭐ Program Loyalti dan Reward Untuk Ahli PGDM:
Program loyalty dan reward UMF dibentuk sebagai Me Point untuk memberikan ganjaran kepada masyarakat yang aktif serta berkesan dalam aktiviti penggunaan harian dan sosial yang positif.
⭐ Program Melahirkan Usahawan Sosial
PGDM bersama UMF memberi tumpuan kepada melahirkan usahawan sosial melalui program yang memberi peluang perniagaan dengan keuntungan lumayan dan selamat.
⭐ MOA Diantara PGDM dan UMF dengan Arena of Sport
Penandatanganan MOA diantara PGDM dan UMF dengan Arena of Sport untuk pembangunan bersama aplikasi permainan Virtual Reality. UMF dan PGDM berkolaborasi dalam merancang dan melaksanakan projek kompleks Esport bernilai 50 juta RM dan permainan Virtual Reality di tapak seluas 3.7 ekar di Kajang.
Terdapat juga Akademi Latihan dan Kemahiran dengan sijil profesional dalam pemasaran produk melalui AI dengan bantuan geran 60 juta dari KPSPM, Aplikasi Khidmat E Dobi pertama di Malaysia, dan program sukan bertaraf antarabangsa.
Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig UMF adalah satu langkah progresif dalam menghadapi cabaran dan peluang dalam ekonomi gig yang pesat berkembang.
Program ini memberikan harapan untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat melalui inovasi dan kolaborasi antara UMF, PGDM, dan pelbagai pemegang kepentingan. Pelbagai inisiatif yang dilancarkan menandakan komitmen mereka untuk membentuk masa depan yang lebih baik dalam era digital ini.
Zayani Zulkiffli.
0 Comments