Pelancaran Trailer OST Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Pada 12 Disember 2023 yang lepas, bertempat di Malakat Mall, Cyberjaya telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Trailer Rasmi, OST Filem dan Merchandise Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.

Majlis ini dihadiri oleh para pelakon Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah seperti Fattah Amin, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ali Karimi yang juga turut dihadiri oleh Pengarah Filem, Team dari Studio Kembara, para media, bloggers dan juga para peminat.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dijangka akan mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula dari 11 Januari 2024. Malam Gala Filem ini bakal berlangsung pada 2 Januari 2024.


Pihak Studio Kembara dengan besar hatinya akan membawakan Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah sesuai dengan konsep hiburan yang dibawa oleh Studio Kembara iaitu "Hiburan Bermanfaat".

Mereka percaya filem ini ada mutu yang tersendiri dan bukan itu sahaja ia juga membawa mesej-mesej yang bermanfaat, bagus, yang menyuntik semangat cinta tanah air serta inspirasi yang diperlukan pada waktu ini.

Memperkenalkan tagline baru Studio Kembara iaitu "Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga".




Excited nak tunggu Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ni keluar di panggung. Filem ini sebenarnya merupakan prekuel kepada Mat Kilau 2 dan kesinambungan Mat Kilau. Jadi kebanyakan pelakon didalam filem ini memang ada pada Filem Mat Kilau.

Boleh juga nampak ramai pelakon baru dan karakter baru yang ada didalam filem ini.


Bergambar bersama dengan Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ali Karimi.

Trailer Rasmi Filem PENDEKAR AWANG: Darah Indera Gajah

Treler PENDEKAR AWANG ini memberikan gambaran menarik ke dalam visual dan naratif yang menanti penonton. Dari adegan aksi yang mendebarkan emosi penonton. Treler ini memaparkan sebahagian kecil elemen-elemen pelbagai dalam filem ini. Treler ini boleh ditonton secara eksklusif di kesemua media sosial Studio Kembara selepas pelancaran dibuat.


OST Filem PENDEKAR AWANG: Darah Indera Gajah

OST filem PENDEKAR AWANG yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir membawa perasaan dan kandungan atmosfer filem kehidupan melalui sebuah lagu yang penuh dengan maksud tersirat selari dengan konten filem PENDEKAR AWANG.

Merchandise Eksklusif Filem PENDEKAR AWANG: Darah Indera Gajah

Dapatkan merchandise rasmi PENDEKAR AWANG dengan kerjasama strategik bersama Kumpulan Malakat. Korang boleh dapatkan koleksi tshirt, tote bag, landyard dan buku nota yang direka khas untuk filem ini. 

Merchandise boleh dibeli secara dalam talian melalui platform [malakat.com]. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan merchandise secara preorder.








Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS