HUAWEI Lancar 4 Produk Terbaru Tahun Ini

Hi korang!

Masuk tahun baru 2024 macam-macam teknologi yang makin baru yang kita boleh jumpa dalam pasaran. Baru-baru ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan 3 produk terbaru mereka, bersama dengan pelancaran semula Jam HUAWEI WATCH GT 4 41mm Light Gold yang dah upgrade.

3 Gajet terbaru yang boleh didapati di HUAWEI Mobile Malaysia adalah

👩‍💻 HUAWEI MatePad Pro 13.2” - Thinnest and Lightest Large Screen Tablet In the Industry.
💻 HUAWEI MateBook D 16 - Large screen with lightweight features.
🦻 HUAWEI FreeClip - Stylish and comfortable Open-Ear Earbuds.

Pelancaran 4 gajet ini sesuai dengan tagline terkini mereka, 'Creation of Beauty', khas untuk pengguna yang berjiwa kreatif dan dapat meningkatkan produktiviti yang mampu melaksanakan pelbagai tugas pejabat dan kreatif.



HUAWEI Matepad Pro 13.2"
- Tablet Skrin Besar Paling Nipis dan Paling Ringan Dalam Industri

Spesifikasi HUAWEI MatePad Pro 13.2":
  • 2 pilihan warna – Hitam Keemasan (Golden Black) dan Hijau (Green). 
  • Skrin OLED fleksibel tablet yang luas, dengan tebal 5.5 mm dan berat 580 g;
  • Skrin tablet 13.2";
  • Dikelilingi oleh bezel 3.4 mm untuk menghasilkan nisbah 94% screen-to-body ratio;
  • Dilengkapi dengan Paparan HUAWEI X-True™ dan sistem HUAWEI SOUND™;
  • Kapasiti bateri 10100 mAh;
  • Teknologi SuperCharge HUAWEI berwayar 88W memastikan pengecasan pantas dengan mencapai 85% dalam masa 40 minit.
  • Berfungsi dengan NearLink, HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3). 

HUAWEI MatePad Pro 13.2"

HUAWEI MatePad Pro 13.2"


💰 Harga HUAWEI MatePad Pro 13.2":

Harga preorder bermula dari RM 4,599 di semua HUAWEI Experience Stores, Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Utama HUAWEI di Lazada.

Pelanggan akan berhak untuk hadiah percuma bernilai sehingga RM 3,145 apabila permintaan pra-pesanan dibuat dari 9 Januari 2024 hingga 25 Januari 2024.


Harga HUAWEI MatePad Pro 13.2"

HUAWEI MateBook D 16
- Menggabungkan prestasi berkuasa dengan ciri skrin besar tetapi ringan.

Spesifikasi HUAWEI MateBook D 16:
  • PaparanFullView 16-inci yang luas;
  • Bezel 4.6mm  ultra-narrow di sebelah kiri dan kanan;
  • 90% screen-to-body ratio;
  • Pemproses siri H Intel® Core™ i9 Generasi ke-13;
  • Dilengkapi dengan SuperHub yang boleh connect ke Peranti Super HUAWEI yang lain;
  • Dilengkapi dengan Antena HUAWEI Metaline jarak ultra-jauh (270 meter);
  • Bateri 70Wh. 

HUAWEI MateBook D 16"

HUAWEI MateBook D 16"

💰 Harga HUAWEI MateBook D 16":

Harga bermula daripada RM 2,899 di semua HUAWEI Experience Store, Laman Web Rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada.

Pelanggan akan berhak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM 2,144 atas permintaan pra-pesanan dibuat pada HUAWEI MateBook D 16 Intel® Core™ i5 Processor mulai hari ini hingga 18 Januari 2024; dan HUAWEI MateBook D 16 Intel® Core™ i9 Processor mulai hari ini hingga 2 Februari 2024.

Harga HUAWEI MateBook D 16"

HUAWEI FreeClip
- Fon Telinga Terbuka yang paling bergaya dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Earphone dan sarung HUAWEI FreeClip yang ikonik dan dengan konsep yang pertama didalam pasaran yang mengembangkan kemungkinan reka bentuk dalam siri audio. Bentuk HUAWEI FreeClip menggabungkan gaya, keselesaan dan teknologi audio, menjanjikan pengalaman audio transformatif untuk pengguna pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Spesifikasi HUAWEI FreeClip:
  • 2 warna yang cantik - Hitam (Black) dan Ungu (Purple),
  • Konsep seperti anting-anting dan fon telinga;
  • HUAWEI FreeClip yang direka dengan 3 elemen: Comfort Bean, Acoustic Ball dan C-bridge;
  • Reka bentuk yang fleksibel dan tahan lama;
  • Dilengkapi dengan ultra-hearing Dual Driver dengan unit gegelung penggerak litar magnet dwi kepekaan tinggi;
  • Jangka hayat bateri yang sehingga 36 jam;
  • Menawarkan 8 jam play back muzik dan 5 jam masa bercakap dengan ciri pengecasan pantas;
  • Cas 10 minit untuk 3 jam play back muzik, dan cas 40 minit kepada kapasiti penuh. 

HUAWEI FreeClip

HUAWEI FreeClip

Harga HUAWEI FreeClip:

HUAWEI FreeClip boleh didapati di seluruh negara pada harga RM 899 di Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee dan Kedai Utama HUAWEI di Lazada. 

Pelanggan akan dapat menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 367 termasuk HUAWEI Band 8, Pakej Penjagaan Sunshine Outdoors dan Waranti Penjagaan Kehilangan 1 Tahun.

Harga HUAWEI FreeClip

HUAWEI WATCH GT 4 41mm Light Gold
Jam pintar yang dinaik taraf serba baharu,

Huawei telah memperluaskan rangkaian HUAWEI WATCH GT 4 41mm siri dengan tambahan baharu HUAWEI WATCH GT 4 41mm Light Gold; mengukuhkan lagi komitmen Huawei terhadap fesyen ke hadapan dengan produk inovatif. 

Kalini, dengan kerjasama  bersama TNG Digital, pengguna Harga HUAWEI WATCH GT 4 41mm Light Gold boleh gunakan jam pintar ini untuk pembayaran e-wallet TNG semasa pembayaran.

Harga HUAWEI WATCH GT 4 41mm Light Gold:

Harga bermula dari RM 1,299, WATCH GT 4 boleh didapati untuk pra-pesanan bermula hari ini hingga 1 Februari 2024. Pelanggan boleh dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM516, termasuk HUAWEI FreeBuds SE, HUAWEI EasyFit Fluoroelastomer Strap dan 1+1 tahun jaminan lanjutan.

HUAWEI WATCH GT 4 41mm Light Gold


Huawei Mobile Malaysia
Website: consumer.huawei.com/my
Facebook: www.facebook.com/HuaweimobileMY
Instagram: www.instagram.com/huaweimobilemy

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS