Ada Apa di Weng Valley Baling Kedah

Hai dan salam sejahtera korang,

Sebenarnya banyak ladang kelapa sawit di kawasan Baling, Kedah dan antaranya ialah Weng Valley yang terletak di Kampung Weng Dalam di Baling. Weng Valley mula dibuka kepada orang awam sejak dari Mei 2023 dan mula mendapat kunjungan orang ramai sejak itu.

Weng Valley diusahakan oleh penduduk kampung setempat dengan niat untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan income penduduk kampung dengan aktiviti dan fasiliti dengan tema dalam kampung. Specialnya Weng Valley sebab terletak didalam ladang kelapa sawit.

Kawasan Weng Valley yang seluas 55 hektar ini dijadikan kawasan rekreasi dan pengunjung dapat buat pelbagai aktiviti dan riadah bersama dengan keluarga dan rakan-rakan seperti mandi kolam renang, berlayak, ATV keliling kampung dan mencuba makan makanan lauk kampung.




KOLAM RENANG DI WENG VALLEY
Waktu operasi: Setiap hari (10.00am - 7.00pm)
Harga tiket: RM5.00/ Dewasa, RM3.00/ Kanak-kanak

Mandi di kolam renang di Weng Valley adalah yang paling ramai orang buat disini sebabnya dekat sekitar Baling, di Weng Valley sahaja da kolam renang besar yang cantik untuk kanak-kanak dan dewasa boleh mandi bersama. Siap ada  gelongsor lagi untuk bebudak.

Memang selalunya waktu petang, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, akan ramai orang datang kesini untuk bermandi-manda kat kolam renang. Korang juga digalakkan bawa bekal makanan sendiri sebab kat sini ada jual koperasi makanan biasa je.



Fasiliti lengkap kat kawasan ni. Ada parkir, kolam renang, surau, bilik mandi, tandas dan kafe untuk korang beli minuman dan makanan ringan.

Orang Kampung Weng Valley memang ramah-ramah belaka dan sangat gembira apabila menerima rombongan kami untuk melawat disini. Bertuah kami sebab dapat merasa banyak kuih-muih tradisi yang unik yang ada disini. Kalau korang dalam secara berkumpulan, korang boleh juga request tau.

Antara kuih yang saya dapat tengok cara membuatnya secara live dan rasa adalah:
🌸 Semelit - Pakai daun semelit.
🌸 Cucur Jawa,
🌸 Peknga,
🌸 Bingka Sawit - dibuat menggunakan buah kelapa sawit!
🌸 Roti Puri.



Makan Semelit di Weng Valley Baling Kedah

Makan Peknga dan Roti Puri di Weng Valley Baling Kedah

Bingka Sawit di Weng Valley Baling Kedah

Orang kampung Weng Valley sini sangat rajin dan ramai yang pandai masak. Kami bertuah sekali lagi sebab dihidangkan dengan lauk-pauk masakan tangan orang Weng Valley sendiri, Gulai Daging Batang Pisang selain daripada beberapa menu yang lain.

Elok pula makan selepas penat buat aktiviti memang layan habis. Siap ada yang menambah, bila teringat balik terus rasa lapar nak melawat semula Weng Valley.

Gulai Daging Batang Pisang di  Weng Valley Baling Kedah


Menariknya di Weng Valley, ada juga kebun tanaman timun yang diusakahan oleh anak tempatan. Korang bayangkan eh, kebuh ni luas, lepas tu hanya ada 2 orang sahaja yang menjaga kebun ni. Sehari, deorang akan kutip lebih kurang 500kg timun untuk dijual dikawasan pekan.

LADANG LEBAH KELULUT WENG VALLEY
Waktu operasi: Setiap hari (10.00am - 7.00pm)
Harga tiket: RM1.00/pax (Promosi pembukaan)

Ladang Lebah Kelulut Weng Valley ni baru sahaja dibuka kepada orang awam untuk tengok dan belajar macam mana lebah kelulut ini membiak. Ikut pengalaman saya, rasa madu lebah kelulut memang lain daripada tempat lain sebab itu tergantung kepada apa yang lebah tu makan.

Madu Kelulut di Ladang Lebah Kelulut Weng Valley rasanya tak masam sangat macam kebanyakan madu lebah kelulut yang pernah saya rasa. Rasa madu kat sini, kurang asid which is sangat sedap nak buat air. Ingat lagi mereka ada hidangkan air madu kelulut lepas habis visit haritu.



Orang awam yang nak melawat Ladang Lebah Kelulut Weng Valley boleh dapat banyak ilmu dan belajar cara lebah kelulut membiak. Bukan itu sahaja, korang juga boleh merasa sendiri pengalaman sedut madu kelulut terus daripada sarang dia.

Korang jangan takut tau, sebab lebah kelulut memang takkan sengat korang, sebab itulah dalam english lebah kelulut ini dipanggil “stingless bee” sebab memang tak sengat. Lagipun saiz dia lebih kecil daripada lebah biasa tu.

Walaupun saya dah banyak kali melawat ladang lebah kelulut, tapi ini pertama kali saya tengok telur lebah bersama dengan lebah permaisuri ni. Makcik dan pakcik yang jaga ladang ini sangat informative dan ramah! Saya tanya semua dapat dijawab.

Gambar bawah kanan: Rupa honeycomb - Rasa masam macam Vitamin C


AKTIVITI ATV DI WENG VALLEY
Waktu operasi: Setiap hari (10.00am - 7.00pm)
Harga tiket: RM15.00/ 15minit pusing kampung, RM20.00/ 20minit extreme.

Salah satu aktiviti yang korang kena cuba buat adalah naik ATV atau keretapi mini pusing keliling Weng Valley. Best pengalaman ni sebab semua orang boleh naik dan korang akan dibawa keliling Weng Valley. Ada juga tempat yang korang dibawa untuk lihat.

Antara tarikan lokasi di Weng Valley adalah:
🌸 Rumah Pertama di Weng Valley,
🌸 Ladang Timun Weng Valley
🌸 Kawasan Berkayak, 
🌸 Lihat rumah kampung Weng Valley,
🌸 dan banyak lagi.




BERKAYAK DI TASIK WENG VALLEY
Waktu operasi: Setiap hari (10.00am - 7.00pm)
Harga tiket: RM10.00/ Kayak double, RM5.00/ Kayak single

Lama dah saya tak berkayak. Suka dengan scenery dan vibe kat sini. Saya pula memang jenis yang suka berkayak sebab selain daripada dapat menikmati suasana berkayak, feeling dia best tau. Penat, tapi healing gitu. Kalini pula berkayak dekat dalam tasik, selalunya dalam kawasan terbuka. 

Saya cuba jenis kayak yang single dan double. Bagus juga deorang pakai jenis kayak yang susah nak terbalik sebab air tasik atau paya kan tak mengalir, jadi tak bersih sangat. Korang kayak siap dapat tarik lumut-lumut sekali, tapi itu yang rare. Hehe


Overall kami memang enjoy dengan trip sehari kami di Weng Valley. Tak sangka banyak benda baru saya belajar dan tengok masa trip kalini selain daripada dapat bergembira bersama dengan kawan-kawan. Cuma haritu panas, maka jadi lesu, tapi lepas dapat air kelapa terus ada mood balik. Haha


Sebenarnya, di Kampung Weng Dalam juga ada beberapa campsite yang baru dan lama menapak. Kawasan camping site ini memang popular dalam kalangan masyarakat setempat sebab lokasi dan fasiliti yang ada memang nice.

SEBARAU PARK CAMPSITE
VW24+GF Weng Dalam, Kampung Bukit Ketil, 09100 Baling, Kedah.
Waktu operasi: Setiap hari (8.00am - 6.30pm)
Contact: 011-64881464/ 013-4614205 (Encik Shukri)

Sebarau Park Campsite yang terletak di dalam Weng Dalam Baling, Kedah merupakan pilihan yang sesuai untuk korang yang suka berkhemah dan camping bermalam di sini. Kawasan camping luas ini terletak didalam kawasan dusun buah tau.

Baca lagi disini: LINK


TERATAK SIMPUL D'WENG DALAM CAMPSITE
RWX6+8G, Weng Dalam, Kampung Bukit Ketil, 09100 Baling, Kedah.
Waktu operasi: Setiap hari (9.30am - 6.00pm)
Contact: 013-5138487/ 019-5603465

Teratak Simpul D'Weng Dalam yang terletak didalam Kg Weng Dalam, Mukim Siong, Baling menawarkan kawasan untuk aktiviti perkhemahan, perkelahan dan sewaan pondok selain daripada menawarkan perkhidmatan sewaan kawasan untuk korang bercamping disini. 

Baca lagi disini: LINK


Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling yang berlangsung pada 13-17 Januari 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan team KembaRojak. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh yang menjayakan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS