Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Kuala Lumpur

Assalamualaikum korang,

Pada Bufet Ramadan tahun ini, Hotel Royal Kuala Lumpur telah mengumumkan tema bufet Ramadan mereka, "Citarasa Klasik" - Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Kuala Lumpur yang korang boleh dapatkan di Restoran Makan-Makan, Level M, Hotel Royal Kuala Lumpur.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, hidangan bufet Ramadan pada tahun ini juga disediakan oleh chef eksekutif, Mohd Hafif Mohd Saleh dan briged dapurnya menyediakan hidangan istimewa untuk tetamu yang bakal membuka puasa disini dalam Bufet Ramadan tahun ini.

Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Kuala Lumpur
Makan-Makan Restaurant, Level M.
Tarikh: 13 Mac - 4 April 2024
Waktu operasi: 6.30pm - 10.00pm

Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Kuala Lumpur


Banyak pilihan makanan yang ada dan akan dihidangkan kepada pelanggan bermula dari 13 Mac sehingga 4 April 2024, pada jam 6.30pm sehingga 10.00pm. Makanlah sampai puas sebab makanan always akan refill oleh pasukan chef.

Menampilkan pilihan hidangan tradisional yang sangat digemari oleh seluruh rakyat Malaysia, Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Kuala Lumpur menghidangkan pelbagai menu special mereka, termasuk Nasi Biryani, Kambing Kuzi dan Asam Laksa yang juga merupakan pilihan popular. 





Seleksi Mee Panas dan Goreng Gorengan juga merupakan salah satu gerai tarikan ramai seperti tahun sebelum-sebelum ini. Ada lebih daripada 100 hidangan yang disajikan dalam Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Kuala Lumpur. 

Antara menu masakan lauk yang korang kena cuba pada bufet berbuka pada tahun ini adalah: Ekor Sapi Masak Asam Pedas, Masak Lemak Ayam dengan Rebung dan Patin Masak Tempoyak. Selain hidangan bufet, mereka juga akan menyediakan persembahan artis jemputan khas untuk berhibur semasa tetamu berbuka puasa.






Seleksi pilihan pencuci mulut, kuih-muih tradisi dan juga manisan seperti ais krim dan ABC turut akan dihidangkan didalam Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Kuala Lumpur yang bertemakan Citarasa Klasik pada tahun ini.

Peminat kerabu pun mesti suka sebab ada banyak pilihan kerabu yang ada seperti: Kerabu Mangga Muda, Kerabu Daging dan Kerabu Ayam. Bagi penggemar pencuci mulut, nikmati pelbagai jenis Agar-Agar seperti Cendol Agar-Agar, Agar-Agar Santan, Tapai Pulut, Tapai Ubi dan banyak lagi pilihan lain.




Harga Buffet Ramadan 2024 Hotel Royal Kuala Lumpur:
Dewasa: RM 108.00nett | Warga Emas, Kanak-kanak: RM58.00nett
*Promo: Beli 10, Percuma 1 (Maksima percuma 3 pax)

Promosi Early Bird Restoran Makan-Makan, Hotel Royal Kuala Lumpur:
Tarikh: 1 Februari - 5 Mac 2024 
Harga: RM88.00nett/ dewasa

Berbuka puasa bersama Kelly Azman dan Ani Mayuni di Hotel Royal Kuala Lumpur

Hotel Royal Kuala Lumpur
Jalan Walter Grenier, 55100 Kuala Lumpur.
Contact: 03-21486888 extensions 2855 / 2858.
Email: info@hotelroyalki.com 

Website: www.hotelroyalkl.com
Facebook: www.facebook.com/hotelroyalkualalumpur
Instagram: www.instagram.com/hotelroyalkl


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS