Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Signature KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat kali pertamanya, Hotel Royal Signature yang terletak di Bukit Bintang bakal mempersembahkan Buffet Ramadan 2024 Hotel Royal Signature dengan tema "Sajian Titian Desa", yang bakal menghidangkan pelbagai menu santapan tradisional Malaysia.

Buffet Sajian Titian Desa pada tahun ini akan menghidangkan lebih daripada 200 jenis juadah yang terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa yang hidangannya berinspirasikan desa daripada zaman kanak-kanak.

Suasana dimeriahkan lagi dengan aksi memasak secara langsung dengan yang dikendalikan oleh eksekutif chef, Chef Tony Tang bersama-sama pasukan kulinari beliau yang intipati 

Buffet Ramadan 2024 Hotel Royal Signature:
Tarikh: 12 Mac - 6 April 2024
Waktu operasi: 7.00pm - 9.30pm




Hidangan utama yang menjadi tarikan ramai adalah Kambing Golek yang mendapat sentuhan gaya masakan barat oleh Chef Tang yang berinovatif dalam mencetuskan resepi baharu daripada menu tradisional hidangan tersebut. 




Kari Kepala Ikan Istimewa Kedah juga merupakan antara hidangan yang mendapat sambutan ramai sebagai hidangan yang memberikan sentuhan klasik dalam bufet makan malam ini. 

Terdapat juga pelbagai tawaran menu lain yang menarik termasuk Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate



Para penggemar makanan laut juga tidak ketinggalan untuk turut menikmati pelbagai pilihan menu kegemaran mereka. Makanan laut segar Seafood on Ice, Ikan Siakap Bakar dan Sambal Petai Udang Karang merupakan antara hidangan yang disediakan khas. 




Bufet makan malam Sajian Titian Desa dilengkapi dengan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisi Malaysia, seperti Ais Kacang, aneka kuih-muih Melayu, chocolate fountain yang mengiurkan, dan juga beberapa pilihan lagi untuk menjamu para penggemar manisan.




Hidangan yang ditampilkan dalam bufet makan malam Sajian Titian Desa ini adalah bercirikan resepi yang telah diturunkan dari generasi ke generasi sejak zaman tok nenek kita yang dahulunya mereka memasak secara tradisi sebelum terciptanya perkakas dapur yang canggih seperti sekarang.





Sambil menjamu selera dan berbuka puasa dengan bufet makan malam Sajian Titian Desa, tetamu juga dapat menikmati hiburan secara langsung pada setiap hari sebab akan dimeriahkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. 

Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa.


Korang tahu tak, antara aktiviti CSR sempena dengan bulan Ramadan ini, Hotel Royal Signature mengumumkan bahawa setiap satu penjualan Bufet Ramadan 2024: Hotel Royal Signature, sebanyak RM1.00 akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah.

Harga Buffet Ramadan 2024 Hotel Royal Signature:
Dewasa: RM 178.00nett | Warga Emas: RM 128.00nett | Kanak-kanak: RM98.00nett
*Diskaun 20% untuk pemegang kad RHB
*Promo: Beli 10, Percuma 1

Promosi Early Bird Restoran Asian Pot, Hotel Royal Signature:
Tarikh: 1 Februari - 1 Mac 2024
Harga: RM128.00nett/ dewasa



Restoran Asian Pot, Hotel Royal Signature
17, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Contact: +60168095188 (Call/ WhatsApp)
Email: reservation@hotelroyalsignature.com
Hotel: hotelroyalsignature.com


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS