Bagi Makan Hyena di Langkawi Nature Park

Hai dan salam sejahtera korang!

Saya ni memang jenis yang suka dengan aktiviti nature kalau melawat ke mana-mana pun. Masa mula research tentang Langkawi, terbaca juga ramai yang suggest untuk melawat ke Langkawi Nature Park yang mula dibuka kepada public pada Disember 2023 yang lepas.

Apa yang menarik di Langkawi Nature Park, adalah selain daripada flora dan fauna yang ada disini, korang juga berpeluang untuk melihat banyak haiwan liar seperti Hyena (Dubuk), lebih daripada 12 spesis burung di Bird Aviary dan banyak lagi haiwan yang akan dibuka kepada orang awam.



Harga tiket masuk ke Langkawi Nature Park:

Dewasa: RM28.00 | Kanak-kanak: RM20.00
Annual Pass: RM120.00 (Valid selama 12 bulan)
Sewa basikal: RM20.00/ 15 minit
Pek makanan: RM5.00 | RM10.00 (Feeding hyena)

Menariknya trip kami kalini, kami sengaja naik bot dari Kilim Karst Geoforest Park ke Jeti Mangrove Boardwalk untuk merasa pengalaman berjalan didalam hutan paya bakau. 

Perjalanan naik bot menyelusuri Sungai Kilim memang sangat tenang dan chill je, siap jumpa sekeluarga monyet yang berenang merentas sungai, ada jumpa dengan spesis beruk, burung helang dan banyak lagi hidupan liar.





Apabila tiba di Jeti Mangrove Boardwalk, kami berjalan kaki untuk meneroka hutan simpan bakau seluas 35 ekar. Ada bahagian untuk laluan berjalan kaki sejauk 800 meter (kira-kira 991 anak tangga). Dapat banyak juga info tentang ekosistem paya bakau.

Masuk dalam ni, kalau korang ada pandangan yang tajam, korang boleh nampak pelbagai jenis fauna di dalam hutan bakau, termasuk burung belatuk, burung rajawali, layang-layang, helang laut, burung hantu, burung enggang, monyet daun, monyet, ular daun, ular beludak, ketam, udang galah, lobster lumpur dan banyak lagi.




Lepas dah jenjalan di Mangrove Broadwalk, kami terus singgah ke Bird Aviary untuk bermesra dengan pelbagai jenis burung yang sangat jinak! Rasanya kalau korang berani pegang burung, memang boleh je pegang burung kat sini. Haha.

Selain burung, antara haiwan yang ada didalam Bird Aviary adalah arnab dan merak. Wei! Saya dapat lihat sendiri macam mana merak tu kembangkan ekor dia, memang amazing! Tahu tak, dalam Langkawi Nature Park ni sahaja ada dalam 44 jenis haiwan dan 22 daripadanya merupakan spesis yang terlindung.

Langkawi Nature Park sebenarnya belum lagi 100% beroperasi, tapi dah 70% kawasannya sudah dibuka kepada orang awam untuk datang melawat. Dengar kata nanti akan ada banyak lagi tarikan dan haiwan yang akan dibawa untuk korang disini tau.




Pengalaman yang paling unik sekali adalah pengalaman bagi makan Hyena (Dubuk) di Langkawi Nature Park. Siapa sangka kat Malaysia, dan Langkawi ni ada juga orang bawakan Hyena separa liar untuk dijaga dan ditontonken kepada orang ramai.

Kat sini, korang siap berpeluang untuk bagi hyena ni makan lagi, dengan pek makanan hyena serendah RM10.00 sahaja. Memang sangat unik pengalaman ni, kalau datang ke Langkawi make sure korang melawat ke Langkawi Nature Park.


Kat Langkawi Nature Park pun ada kafe yang menghidangkan makanan barat dan antara yang paling popular disini adalah Scarborough Fish & Chips. Rupanya, ni merupakan cawangan mereka yang ke-3 yang memang terkenal dengan menu makanan.

Kiranya okay la, lepas dah berjalan dan beraktiviti kat sini, boleh terus makan di kafe di Langkawi Nature Park bersama dengan orang yang korang datang sambil berehat-rehat dengan suasana yang chill.


Waktu operasi: Setiap hari (12.00pm - 6.00pm)

Langkawi Nature Park
Jalan Ayer Hangat, Kuala Kisap Forest Reserve, 07000 Langkawi, Kedah.
Contact: 012-9049200

Website: www.naturepark.my
Instagram: www.instagram.com/langkawinaturepark
Facebook: www.facebook.com/LGKnaturepark

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Langkawi & Pulau Tuba yang berlangsung pada 1-6 Mac 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan team KembaRojak. 

QTT Group Plt
Contact: +60174079734 / +60193036008 (Call/Whatsapp)
Email: qttgroup.management@gmail.com

Untuk korang yang berminat dengan pakej Nature-Based Travelers 2MY, korang boleh terus contact syarikat ejen pelancongan QTT Group Plt dan pakai kod [Zayani: QTTNBT-03] untuk tanya deorang tentang pakej yang ada di Langkawi.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS