5 Tarikan Menarik di Melaka: Short Trip 2H1M

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Kali ini saya nak bawa korang ke 5 Tarikan Menarik di Melaka dan lokasi yang wajib korang singgah kalau datang ke Melaka. Tarikan menarik di Melaka yang ada dibawah merupakan lokasi yang jarang orang jumpa sebab merupakan tempat unik di Melaka.

Trip kali ini memang sangat santai dan simple. Trip 2hari 1malam ini sesuai sangat kalau nak pergi masa cuti hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Semua aktiviti dan tarikan yang saya list di bawah pun memang buka pada hujung minggu dan sangat mesra poket.
 
Bandaraya Melaka terkenal dengan sejarah awal Melaka, diikuti oleh sejarah Kesultanan Melayu semasa Abad ke-15, seterusnya penjajahan oleh Portugis dan Belanda. Bandaraya Melaka juga telah diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.
 

Sejarah Bandaraya Melaka
 
Bercerita tentang Melaka yang sangat terkenal dengan keunikan sejarahnya, mengikut riwayat Sejarah Melayu, dimulakan oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja Palembang kurun ke-14 yang melarikan diri dari musuh Jawa.
 
Pada mulanya, baginda melarikan diri ke Temasik (Singapura) dan telah menjadi raja disana. Tak lama lepas tu, Temasik dijajah oleh Siam dan Parameswara telah dihalau dan baginda lari bersama dengan pengikutnya ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat berselindung.

Lepas dah menjelajah banyak tempat, akhirnya baginda sampai ke Sungai Bertam. Kat sinilah baginda nampak seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing memburu baginda dan kancil tu tendang salah seekor anjing tu sampai jatuh ke dalam sungai.

Sebab terkejut dengan keberanian kancil tu, maka dengan serta merta, lahirkan negeri Melaka yang dinamakan sempena dengan nama pokok yang baginda menjadi tempat berteduh Parameswara pada tahun 1396. 
 
Sayangnya kegemilangan Kesultanan Melaka hanya memerintah negeri Melaka selama 110 tahun sehingga dijajah oleh Portugis pada tahun 1511. Lepas Portugis, Belanda pula datang menjajah.
 
 

 
 
Melaka Duck Tour
Kiub Transpod A1, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Contact: 016-662 7999 


Selalunya kalau datang ke Melaka, kalau korang jenis yang suka lepak disekitar Bandar Hilir, yang dekat area Dataran Pahlawan dan Menara Taming Sari tu, korang mesti pernah nampak kereta ala kapal kuning yang jalan atas jalan ni.
 
Satu pengalaman yang unik juga bila dapat naik Melaka Duck Tour yang menggunakan kapal vessel jenis "dua alam" ni sebab sebuah kapal ini mampu berjalan di atas darat dan juga belajar masuk ke dalam air laut.  

Melaka Duck Tour akan bawa korang berjalan-jalan disekitar laluannya di Jalan Merdeka sampailah ke Marina Melaka dan masuk ke Selat Melaka untuk tengok permandangan Melaka dari sudut pandangan yang berbeza.
 
 


 
 
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Exit Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Contact: 06-234 9989


Taman Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park yang terletak di Melaka, Malaysia mempamerkan reka bentuk seni bina rumah yang ada didalam 13 buah negeri di Malaysia dan juga seni bina rekaan rumah di 9 negara ASEAN. 
 
Kalau tak ada kesempatan nak teroka seluruh Malaysia, ataupun belum ada kesempatan untuk mengembara ke negara ASEAN yang lain, boleh la datang ambil mood disini dulu sebab rumah-rumah yang dipamerkan memang size besar dan bestnya boleh masuk ke dalam.
 
Taman Mini Malaysia dibuka pada 17 Julai 1986 dan Taman Mini ASEAN yang dibuka pada pada 3 September 1991 ini bukan sahaja memaparkan seni bina yang menarik dan unik, malah rumah-rumah ini turut dihiasi dengan barang lama dan antik tradisional.
 

 
 
Selain daripada dapat tambah ilmu dan pengetahuan mengenai reka bentuk dan senibina rumah serta tradisi orang Malaysia dan ASEAN, kat sini juga ada banyak akviti menarik yang korang boleh main. Korang juga boleh bermain dengan pelbagai permainan tradisional yang disediakan.
 
Kami berkesempatan untuk ambil peluang makan beradap didalam dulang seperti orang dulu-dulu bila makan ramai-ramai. Memang lain macam feel dia bila makan dalam dulang macam ni. Teringat dulu masa saya kecil, kalau kenduri selalunya makanan dihidangkan didalam dulang macam ni.


 
 
Lama dah saya tak datang melawat Melaka. Lepas habis belajar di Melaka dalam tahun 2015 macam tu, adalah dalam 2-3 kali saya dan suami datng berjalan ke Melaka. Sebab itu trip ke Melaka kami kali ini sangat lain daripada yang selalu kami buat.

Trip ke Melaka kali ni lebih santai dan memang niat nak rehatkan minda. Lagipun jarak Melaka dari Kuala Lumpur pun dekat, jadi sangat sesuai kalau korang nak datang untuk short vacation ke Melaka. Sebenarnya banyak lagi aktiviti best yang korang boleh buat.
 


 
 
Makan Avenue (Kampung Hulu)
No 26, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka.
 
Macam tah sah pula kalau ke Melaka tapi tak makan di kawasan perkampungan Melayu di Kampung Hulu. Lokasi Makan Avenue ni best sebab betul-betul sebelah Sungai Melaka. Antara menu yang wajib korang cuba kat sini adalah:

🍨 Cendol Kampung Hulu: 
Menu yang mesti korang cuba semestinya cendol. Kat sini memang ada banyak jenis cendol yang korang boleh pilih. Kami order cendol durian, cendol pulut dan cendol biasa.

🍜 Arang Cafe: 
Ramen telur ikan singgang. Satu menu baru menarik yang ada disini. Sedap dan pedas, sesuai untuk mereka yang suka ramen Korea yang pedas dengan touch Melayu sebab ada telur ikan singgang. Rasa macam asam pedas sikit.

 


 
 
Portuguese Square Restaurant 
(Restaurant No. 7- Pescados Fishermans)
Jalan Daranjo, Perkampungan Portugis, 75050 Melaka. 

Kat Melaka sebenarnya banyak juga keturunan Portugis yang masih lagi tinggal di sini. Oleh sebab itu ada perkampungan Portugis kat Melaka. Untuk mereka yang nak merasa menu makanan yang lain daripada menu makanan Melaka, boleh lah cuba menu masakan Portugis.
 
Rarenya, masakan Portugis Melaka ini memang lain daripada makanan Portugis di negara asal mereka sebab masakan telah diubah mengikut selera orang Melaka. Pendapat saya, menu yang dihidangkan lebih kurang macam kedai masakan tomyum.
 
 

Harga makanan kat sini notbad, kalau korang biasa makan di restoran yang menghidangkan makanan Cina, lebih kurang macam tu la harga. Restoran ni sesuai makan ramai-ramai sebab portion makanan hidangan dia banyak, unless korang makan banyak macam suami saya XD

Antara menu makanan signature yang kami cuba adalah:
 
🥢 Cheese Chinese Style Meehon ★★★★★
🥢 Nyonya Nenas Steam Fish ★★★★☆
🥢 Cincalok Petai Prawn ★★★☆☆
🥢 Mee Goreng ★★★★☆
🥢 Portuguese Baked Fish: Ikan pari ★★★★☆
🥢 Seafood Hot Pot: White tomyam, udang, kerang, sotong, lala, siput buluh ★★★★★
🥢 Salted Egg Crab ★★★★★
🥢 Kangkung Belacan ★★★★☆
 


 
 
Casugria Boutique Residence
117, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka.
Contact: 012-326 6089 (Sam).


Casugria atau nama penuhnya dalam bahasa Portugis, 'Casa Sesugadu Alegria' membawa maksud Rumah Kepuasan dan Kegembiraan (House of Contentment and Happiness) ini telah dibina pada tahun 1810 dan pernah didiami oleh orang kenamaan dari Belanda.
 
Saya suka dengan kehijauan dan dekorasi ala-ala kampung di sekitar kawasan Casugria Boutique Residence yang membuatkan saya rasa sangat peaceful dan tenang walaupun lokasinya berada di tengah-tengah bandar Melaka.
 
 

 
Memandangkan masa ni dah berapa hari travel, selalunya kulit muka saya akan mula lah nak buat hal. Nasib baik sebelum trip haritu Kak Teh daripada Br Beau ada bagi Pure Natural Skin Oil ni untuk cuba pakai. Packaging dia pun cute je nak bawa travel.

Saya memang pakai setiap malam sebelum tidur untuk kekalkan kelembapan kulit. Best la juga, soft, tak terlalu berminyak dan paling best bau pun wangi. Korang boleh la cuba. Buat makeup base untuk kulit kering pun best.
 
 

Dr Beau Malaysia
Facebook: www.facebook.com/drbeaumalaysia
Instagram: www.instagram.com/drbeau_official
 
 
Travelogue ini ditaja oleh Dr Beau Malaysia dengan kerjasama bersama Borak TV Production (#TravelogueMalaysia) dan Tourism Melaka.

______________________________________________

Jemput baca trip Melaka saya yang lain:-
🌸 Casugria Boutique Residence: nurulzayani.com/review-casugria-boutique-residence-melaka
🌸 Melaka Duck Tour: nurulzayani.com/review-naik-melaka-duck-tour-best
🌸 Mini Malaysia & Asean Cultural Park: nurulzayani.com/mini-malaysia-asean-melaka



 
 
Till then,
 

20 comments:

  1. Best gila pengalaman kt Melaka aritu. Jom repeat!

    ReplyDelete
  2. Melaka ni memang port wajib kalau sis tak nak berjalan jauh-jauh. Cendol Kampung Hulu tu kawan sis punya. Wow melaka dah ada duck tour. Sis pernah merasa kat Singapore tapi yang ni sis belum try lagi.

    ReplyDelete
  3. I have yet to try the duck boat tour as I am a Melakan myself. Still there are places that I have yet to visit such as the lodging that you have stayed in. It looks classic and comfortable.

    ReplyDelete
  4. Wow........meriah nyer baca post nie. Melaka memang tempat yg menarik utk dilawati. I pun suka travel to Melaka. Glad that you enjoyed your vacation hun.

    ReplyDelete
  5. Jealousnya tgk entry ni, holiday dekat Melaka.. hari tu dah booked hotel smua dah nak ke melaka tiba2 PKP 2.0 berlaku... huhuh teringin nak pergi makan asam pedas dekat sana

    ReplyDelete
  6. Wah.. dah start jalan-jalan eh. Bestnya tak sabar nak rentas negeri. Saya teringin nak jalan-jalan ke Melaka sebab makanannya sedap2

    ReplyDelete
  7. bestnya jalan-jalan kat melaka, dah lama tak pergi sana. makanan pun sedap-sedap belaka :)

    ReplyDelete
  8. Allah bestnya tengok bandar melaka. Rindunya nak jalan ke sana. Banyak aktiviti boleh buat di melaka. Macam best pulak tengok zayani naik duck tour tu.

    ReplyDelete
  9. Saya dah beberapa kali juga la pergi Melaka, tapi tak pernah lagi pergi taman mini Malaysia atau ASEAN tu. Duck tour pun belum. Biasa jalan2 cari makan kat jonker street tu je.

    ReplyDelete
  10. melaka ni tak jemu kan. short vacation memang best sangat. duck tour belum try nanti boleh pi

    ReplyDelete
  11. Kita org melaka tapi ada tempat2 yg kak belum pg next time blhlah pegi bila dah blh rentas negeri

    ReplyDelete
  12. syok yer baca travelog melaka ni. berkali-kali dah ke melaka tapi tak pernah try macam2 lagi. nak ajak anak2 naik duck tour tu. cam best jer

    ReplyDelete
  13. Rindunye kat Melaka. Bilalah boleh rentas negeri jalan2 cari makan

    ReplyDelete
  14. Rindunye kat Melaka. Bilalah boleh rentas negeri jalan2 cari makan

    ReplyDelete
  15. Rindunya Melaka... tapi belum pernah lagi cuba Duck Tour ni, menarik pulak, nanti nak try jugalaaa.. Sekarang musim panas, memang eloklah guna Beau tu, untuk kekalkan kelambapan kulit kann..

    ReplyDelete
  16. Lamanya tak jejak Melaka. Lebih setahun dah nie, dengan PKP bagai kan. And makanan memang melimpah ruah kat Melaka nie. Now dah tambah list dah lokasi makan hahahaha

    ReplyDelete
  17. Lamanya x pergi Melaka. Rindu giler jejalan kat bandar ni. Makanan dia heaven betoll

    ReplyDelete
  18. OMGeeee! dah berkali-kali pergi Melaka dan rasa macam dah explore semuanya but baca balik list yang sis share ni, goodness, i tak pernah try all of them ya..! bookmark siap2 and save location dalam Google Map terus.. next time boleh travel ke Melaka, nak try tempat2 and attractions ni la..

    ReplyDelete
  19. Melaka ada banyak tempat menarik. Lima yang Zayani dan suami buat ni pun dah memadai. Akak mungkin 3 aje pergi buat. Hehehehe. Sebab anak-anak takmo berjalan sangat. Ibu ayah suka berjalan. Tunggu besar sikit. Kami pula kena tinggal belakang. Hahahaha b

    ReplyDelete
  20. Kena simpan entry ni sebab banyak tempat menaik belum pernah sampai dan try....lokasi penginapan dan tempat makan tu menguja sangat. Adoii cepatlah tamat PKPB untuk Selangor

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^