Seri Jelajah Festival Raya 2024 Choii & Bulan Bintang

Hai dan salam sejahtera korang,

Pada 14 Mac 2024 yang lepas, saya telah menyaksikan majlis Pelancaran Jersi Choii x Baju Melayu Bulan Bintang dan Siri Jelajah Festival Raya Choii x Bulan Bintang 2024 yang telah dianjurkan oleh Specta Event Sdn Bhd bertempat di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur.

Jersi Choii dan baju melayu Bulan Bintang merupakan dua jenama yang paling di Malaysia dan kini telah bergabung untuk kali pertama dalam sejarah sempena Hari Raya 2024 dengan kolaborasi baju Jersi dan baju melayu gabungan Choii X Bulan Bintang untuk edisi raya 2024. 


Mereka akan menawarkan promoi jualan 4 item combo dengan harga RM289 dan korang boleh dapatkan promosi ini di lokasi jelajah Raya yang dianjurkan oleh Specta Event. 

Gabungan ini akan megadakan Seri Jelajah Festival Raya 2024 di tiga lokasi di Malaysia:
⭐ 21-24 Mac 2024 di Perkarangan Parking A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur,  
⭐ 28-31 Mac 2024 di Raia Hotel dan Convention Center Alor Setar Kedah. 



Menurut Pengarah Urusan Choii, Encik Fariz Asri, beliau teruja untuk  mengeluarkan produk terbaru hasil gabungan bersama Bulan Bintang dan berharap supaya kerjasama ini dapat diterima oleh ramai orang terutamanya penggemar Jersi di Malaysia. 


Festival Raya Choii X Bulan Bintang ini juga akan menampilkan barisan Selebriti dan Influencer popular di Malaysia termasuklah Ella,  Shaheizy Sam, Syatillah Melvin, Faris Asri, Erma Fatimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembung, Fauzi Nawawi,  Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Saha dan ramai lagi. Festival Raya ini akan di host oleh pengacara festival negara Kelly Azman. 

Choii
Instagram: www.instagram.com/choiiofficial_
 
Bulan Bintang
Instagram: www.instagram.com/bulanbintanghq

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS