Trip Langkawi: Food Review Dangau Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masa trip saya ke Langkawi haritu, kami jumpa dengan sebuah restoran yang unik dan menghidangkan makanan selera kampung yang sedap dan  harga yang berpatutan. Paling suka sekali adalah, korang boleh makan dengan vibe suasana makan dikelilingi sawah padi, Dangau Langkawi.

Terletak di tepi sawah padi, Dangau Langkawi, kedai makan yang baru beroperasi sejak dari tahun 2022 ini menghidangkan menu masakan asli Melayu yang sedap dan feeling healing makan dengan view sunset dan angin sepoi-sepoi.




Dangau Langkawi dapat namanya yang bermaksud pondok Melayu tradisional zaman dulu-dulu yang ada disawah padi. Kira klasik habislah sebab pelanggan yang datang boleh merasa pengalaman kembali ke zaman dahulu makan di dangau. 

Sejarahnya, Dangau Langkawi yang dimiliki oleh Encik Zaidi Hassan, atau lebih selesa dikenali sebagai CikDi, restoran itu bermula sebaga tapak untuk rumahnya. Namun, minat CikDi untuk berkongsi rasa warisannya telah memberikannya idea untuk membuka kedai makan dengan menu masakan Melayu asli.

Restoran ni dulu buka sampai malam, tapi lepas ada masalah dengan serangga seperti nyamuk walaupun dah cuba banteras dengan ubat nyamuk, masih lagi sukar untuk buat tetamu selesa, biasalah kat sawah memang ada banyak serangga kan.




Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam restoran ini, terus rasa vibe lain daripada yang lain sebab bukan sahaja makanan yang lazat, tetapi juga suasana yang sangat best. Lokasinya pun mudah diakses sebab terletak di belakang Makam Mahsuri je.

Satu lagi point yang menarik kat sini, masa hari kami datang tu, semua staff dia pakai pakaian tradisional. Jadi memang terasa vibe makan dalam kampung, didangau macam zaman dulu-dulu. Sebuah pengalaman yang menarik untuk korang cuba. 



Antara menu makanan yang korang patut cuba kalau ke Dangau Langkawi:

⭐ Ikan Bakar Dua Benua (Buttermilk + Sambal): Korang memang wajib cuba ikan bakar yang dihidangkan dengan dua sos/sambal yang sedap iaitu gabungan sambal pedas dan sos buttermilk berkrim, special untuk korang yang jenis nak try rasa dua jenis rasa.

⭐ Gulai Ikan: Orang kata datang utara tak sah kalau tak cuba gulai, makanya cubalah gulai ikan di Dangau Langkawi sebab sedap, lengkap dengan rempah ratus dan tekstur, dimasak dengan sempurna.

⭐ Udang Sambal Petai: Ramai yang suka makan udang sambal petai kena datang dan cuba, memang tak kedekut udang dan petai langsung. Pedas pun just nice juga. 

⭐ Masak Lemak Siput Retak Seribu: Hidangan ini sedap juga sebab kuah masak lemak dengan gabungan siput lala yang fresh, jadi kuah tu manis dan pedas je. Satu hidangan yang sesuai juga dirasa kalau korang datang ke Dangau Langkawi. 

⭐ Sotong Goreng Kunyit



Kat sini, semua port adalah merupakan port cantik untuk bergambar. Cuba lah pergi kat mana pun, Dangau Langkawi ni memang kawasan dia dah cantik, dan sesuai untuk korang spam gambar untuk buat stock upload di social media. Haha.

Memang kalau saya melawat Langkawi, saya akan datang makan di Dangau Langkawi lagi sebab makanan yang sedap, selain daripada merasa pengalaman vibe kampung tu. Susah nak dapat kalau kat Kuala Lumpur kan.



Waktu operasi Dangau Langkawi:
Waktu operasi: 12.30pm - 7.30pm (Selasa - Tutup)
*Dangau Langkawi tidak beroperasi sepanjang bulan Ramadan 2024

Dangau Langkawi
 Lot 70, Mukim, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah.
Contact: 012-4318149

Instagram: www.instagram.com/dangau_langkawi
Facebook: www.facebook.com/dangaulangkawi

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Langkawi & Pulau Tuba yang berlangsung pada 1-6 Mac 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan team KembaRojak. 

QTT Group Plt
Contact: +60174079734 / +60193036008 (Call/Whatsapp)
Email: qttgroup.management@gmail.com

Untuk korang yang berminat dengan pakej Nature-Based Travelers 2MY, korang boleh terus contact syarikat ejen pelancongan QTT Group Plt dan pakai kod [Zayani: QTTNBT-03] untuk tanya deorang tentang pakej yang ada di Langkawi dan Pulau Tuba.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS