Beli Set Kain Kafan Edisi Dato' Kazim Elias Untuk Rumah

Assalamualaikum korang,

Pernah satu kali tu, perbualan diantara saya dah mama saya, yang dipesan untuk simpan satu kain batik dan kain kafan panjang di rumah untuk pada masa yang diperlukan. Masa tu, memang tak fikir banyak ingat macam tak serious, tapi sebenarnya penting kena prepare untuk masa akan datang.

Nak cari barangan keperluan untuk jenazah bukan mudah, satu sebab kita tak familiar dengan apa barang yang diperlukan, kedua, kita tak tahu nak beli dimana dan tak rasa kepentingan nak beli dan simpan. Dulu saya ingatkan barang ni orang masjid yang sediakan, rupanya kita yang kena sediakan sendiri.

Sebab itu masa Majlis Pelancaran Set Kain Kafan Edisi Dato' Kazim Elias: Satu Rumah Satu Keperluan terus membuka minda saya tentang kepentingan untuk kita sebagai umat Islam untuk simpan sekurang-kurangnya satu set kain kafan untuk memudahkan urusan pada masa akan datang.



Terinspirasi dengan kesusahan selasa musim pandemik Covid-19 dan betapa payahnya untuk sediakan persediaan ke alam barzakh, KAF Digital Media, mula mendapat inspirasi untuk memperluaskan produk jualannya.

Syarikat KAF Digital Media telah ditubuhkan pada tahun 2023 oleh 3 anak jati Malaysia, Khairul Manaf, Anas Rahman dan Fawzan Ismail dan Set Kain Kafan Edisi Dato' Kazim Elias merupakan produk mereka yang pertama didalam misi dakwah ini.




Membawa tagline "Satu Rumah, Satu Keperluan", KAF Digital Media komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah.

Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato Mohammad Kazim Elias

Set ini boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan perempuan dan didatangkan dengan 22 jenis barang termasuklah:
⭐ Jubah/ Gamis,
Telekung, 
⭐ Sabun Bidara Mandian,
Kain Kafan - 3 Helai x 2.5m,
⭐ Kain Sarung/ Kemban - 1.5m, 
Serbuk Kapur Barus,
⭐ Serbuk Cendana,
⭐ Air Mawar,
⭐ Sarung Tangan Kain - 2 helai,
⭐ Tali Pengikat,
⭐ Kapas - Gulung,
⭐ Topeng Muka,’
⭐ Putik Kapas,
⭐ Plastik Sampah,
⭐ Minyak Attar,
⭐ Apron,
⭐ Sarung Tangan Getah,
⭐ Celak.


Telekung untuk muslimat

Sebanyak 1,5000 Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato Mohammad Kazim Elias akan dikeluarkan untuk edisi kalini yang menampilkan pendakwah bebas, Dato Kazim Elias sebagai jurucakap.

Harga Set Kain Kafan Edisi Dato' Kazim Elias
RM249.00

Beli secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS