Belajar Tentang Keju Dengan Real California Milk

Hello korang!

Siapa kat sini peminat Keju atau orang panggil Cheese dalam English? Antara keju yang popular didalam pasaran sekarang adalah California Cheese yang terkenal dengan kualiti, konsistensi, keselamatan, harga dan memberikan pelbagai pilihan untuk korang guna dalam masakan.

Saya dijemput untuk ke Cheese Mania Showcase: A Feast for the Senses yang telah berlangsung di Double Tree Hotel The Intermark Kuala Lumpur pada 17 Julai 2024 yang lepas. Acara ini telah dianjurkan oleh Real California Milk.

Pameran Cheese Mania bukan sahaja meraikan kepelbagaian dan perisa keju Real California Milk tetapi juga menekankan kepentingannya dalam gaya hidup yang seimbang. Dalam showcase ni, kami diajar macam mana nak gunakan pelbagai jenis keju untuk pelbagai jenis hidangan.



Kami diperkenal dengan dengan pelbagai jenis keju jenama dibawah Real California Milk seperti Food for Friends, Fiscalini, Sierra Nevada, Point Reyes untuk kepelbagaian rasa dan boleh digunakan didalam pelbagai masakan.

Keju Real California Milk juga baru-baru ini telah memenangi sebanyak 31 anugerah pada American Cheese Society Meeting, menunjukkan kualiti keju Real California Milk yang memang tinggi, banyak jenis dengan rasa yang sedap.



Kami bertuah sebab pada showcase ini, kami dihidangkan dengan menu dari Chef Barbara, seorang chef tang terbang dari California, yang sudi menghidangkan 5-menu makanan berasaskan keju untuk peserta pasa hari tu. 

Semua menu yang dihidangkan pada hari itu menggunakan pelbagai jenis keju Real California Milk untuk menunjukkan yang keju mereka yang perlbagai jenis dan boleh digunakan didalam pelbagai jenis masakan untuk dinikmati.

Menu yang dihidangkan adalah:
⭐ Arancini Crab Fried Rice with Spicy Mango Sauce, 
⭐ Everything But The Bagel Cheesy Potato Blintz with Fresh Herb Salad, 
⭐ The Original California X Rendang Lasagne,
⭐ Petite Wedge Salad with Blue Cheese.

Tak sangka yang banyak jenis keju boleh digunakan, sebab selalunya saya familiar dengan cheddar dan mozzarella je, tapi rupanya ada banyak lagi jenis keju yang lebih sesuai digunakan didalam pelbagai jenis masakan.



Kemudian, sudah tiba masanya untuk tetamu menyelami beberapa keju yang lazat semasa sesi merasa khusus. Mereka diberi peluang untuk menikmati enam jenis keju yang berbeza: Cheddar Sharp, Monterey Jack, Creamy Jalapeno Jack, Smokehouse Jack, Truffle Toma dan Blue Cheese. 

Kami dapat peluang untuk merasa kepelbagaikan rasa keju Real California Milk. Masa event haritu, kami focus untuk rasa 6 jenis keju yang sesuai digunakan didalam pelbagai masakan seperti: 
🧀 Cheddar Sharp,
🧀 Monterey Jack,
🧀 Creamy Jalapeno Jack,
🧀 Smokehouse Jack,
🧀 Truffle Toma,
🧀 Blue Cheese. 

Rasa dan kualiti setiap varieti keju ini memang berbeza. Ada yang rasa kelat, masin, texture yang creamy so memang boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan dengan kualiti keju yang bagus.




Keju California diperbuat daripada susu berkualiti tinggi yang merupakan hasil daripada keadaan cuaca yang baik, diet yang baik (lembu yang diberi makan bijirin), air yang baik dan senaman yang baik. California ialah negeri pengeluar tenusu teratas di Amerika Syarikat. 

Kilang tenusu menjalani pemeriksaan USDA yang ketat untuk memastikan ia mematuhi peraturan kerajaan yang ketat dengan standard keselamatan makanan yang tinggi. Sebab itulah Real California Milk punya keju berkualiti tinggi.


Untuk maklumat lanjut,
www.realcaliforniamilk.com


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS