Assalamualaikum dan Salam sejahtera korang.
Kalau anda peminat produk penjagaan kulit tempatan, especially yang memang jaga ingredients dan keberkesanan, ini berita yang patut masuk wishlist skincare lovers! Jenama Dr. Anne Skincare baru-baru ini melancarkan ibu pejabat baharu mereka di Kajang, dan majlis pelancaran tu bukan biasa-biasa.
Bukan setakat bangunan 3 tingkat yang gah, tapi jenama ni juga dianugerahkan rekod Malaysia Book of Records! Nak tahu kenapa? Jom scroll sampai habis – kita senaraikan semua highlights yang buat jenama ni memang wajar dapat perhatian.
Sebelum ini saya pernah cover tentang [Pemenang Program SAY ASPIRE Edisi Ke-5] - Boleh tekan link untuk baca artikel tentang Program SAY ASPIRE Edisi Ke-5 yang telah dimenangi oleh DASC International Sdn Bhd (Dr Anne Skincare).
Bangunan Baru, Semangat Baru – HQ Baharu di Kajang
Terletak di Taman Kajang Utama, Selangor, bangunan baru Dr. Anne Skincare bukan sekadar tempat kerja – tapi pusat inovasi kecantikan. HQ ni mampu menempatkan hingga 100 orang staf, lengkap dengan kemudahan moden. Lebih menarik, ini jadi simbol pertumbuhan luar biasa jenama yang bermula dari sebuah makmal kecil je.
Sebenarnya sebelum ini, office deorang kawasan sini juga, tapi bila dah makin besar dan mendapat demand yang tinggi, maka Dr. Anne Skincare perlu berpindah ke lokasi yang lebih besar, dan juga kini menawarkan perkhidmatan baru.
📍 Alamat: No-1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor
Cerita Disebalik Jenama – Dari Ekzema ke Empayar Skincare
Pengasas jenama ini, Dr. Nurhidayah Roslan (Dr. Anne), bukan calang-calang orang. Berkelulusan Bioteknologi dan Sains Kesihatan, beliau sendiri pernah mengalami ekzema teruk, dan daripada pengalaman tu lahirnya inspirasi untuk cipta produk yang selamat, berkesan dan beretika.
“Saya tak pernah bayang saya akan tinggalkan dunia makmal. Tapi ekzema jadi turning point untuk saya bantu lebih ramai orang.” – kata Dr. Anne.
Jenama Dr. Anne Skincare pun bukan jenama baru dalam pasaran sebab dah 9tahun di pasaran Malaysia. Jenama ini juga terkenal di Singapura, Brunei dan Turki sebab utama produk mereka adalah memfocuskan untuk membantu memperbaiki kulit.
Advanced Metabiotic Micro Essence – Rekod Malaysia Book of Records!
Yes, korang tak salah baca. Produk best-seller Dr. Anne Skincare, Advanced Metabiotic Micro Essence, kini diiktiraf sebagai Produk Penjagaan Kulit Tempatan Pertama Yang Menggunakan Metabiotik di Malaysia!
Metabiotik ni apa? Ringkasnya, ia versi lebih advance daripada probiotik – bagus untuk kesihatan kulit, especially yang sensitif dan breakout-prone.
![]() |
Dari kiri bersama dengan Dr. Nurhidayah Roslan (Dr. Anne) & DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. |
Hadirnya Raja Muda Selangor – Sokongan Penuh Kepada Usahawan Wanita
Majlis pelancaran ini turut diserikan oleh kehadiran DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang beri sokongan terhadap usaha memperkasa wanita dalam bidang kecantikan. Sebuah pengiktirafan besar buat Dr. Anne dan seluruh team beliau!
Kehadiran DYTM Raja Muda Selangor menandakan sokongan Program SAY ASPIRE yang dibawah naungan baginda juga sokongan kepada usahawan Selangor.
Senarai Produk Dr. Anne Skincare:
🌸 Soothing Cleansing Milk
🌸 Soothing Gentle Cleanser
🌸 Calming Micellar H2O
🌸 Hyaluronic Acid Hydrating Essence
🌸 Advanced Skin Repair Serum
🌸 Night Treatment Skin Pudding
🌸 Daily UV Defense Sunscreen
🌸 Advanced Metabiotic Micro Essence
🌸 10% Argireline Serum with NAD+
Aktiviti Menarik Semasa Pelancaran – Ada Diskaun, AI, dan Freebies!
Majlis pelancaran turut disertai pelbagai aktiviti seperti:
⭐ Diskaun hingga 50%;
⭐ Produk percuma untuk dicuba;
⭐ Analisis kulit menggunakan teknologi AI;
⭐ Program kitar semula botol lama untuk ganjaran produk baru.
Menariknya di HQ Dr. Anne Skincare di Kajang ini sebeb pelanggan boleh datang untuk beli, cuba produk atau nak buat skin analysis bersama dengan beauty consultant kat sini. Ada skin analysis powered by AI untuk bantu selesaikan masalah skin korang.
Dalam dunia skincare yang penuh dengan janji manis, Dr. Anne Skincare tampil sebagai jenama yang berteraskan sains, keikhlasan dan pengalaman sebenar. Dari makmal kecil ke pentas antarabangsa, kisah Dr. Anne bukan saja inspirasi buat usahawan wanita – tapi juga tanda bahawa produk tempatan mampu cipta impak besar.
Kalau korang belum cuba produk Dr. Anne Skincare, maybe it’s time to give your skin some local love.
Dr Anne Skincare Malaysia HQ
1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama,
43000 Kajang, Selangor.
Website: www.dranneskincare.com
Instagram: www.instagram.com/dranneskincare.hq
Facebook: www.facebook.com/dranneskincare
Zayani Zulkiffli.
0 Comments