Wednesday, March 28, 2018

8 Port Makan Paling Sedap di Perak

Selamat sejahtera dan hai korang,

Selalu kan, kalau saya balik kampung ke Perak, kadang-kadang pening kepala nak makan kat mana. Khas untuk korang yang food hunter, saya listkan post best untuk makan tengah hari, minum petang dan makan malam di sekitar Perak.

Happy food hunting!

Bergambar di banggunan di Disney Avenue, Kampar, Perak.


MAKAN TENGAH HARI DI SEKITAR PERAK

1. Nasi Bambu Sungai Klah
Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak.
Waktu operasi: 10.30AM- 6PM

Restoran Nasi Bambu Sungai Klah pernah viral pada suatu masa dulu. Restoran ini yang terletak di tepi jalan, selepas korang exit tol Sungkai. Memang lepas keluar je tol, akan nampak satu kedai makan tepi jalan, memang besar.

Perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh ahli keluarga mereka sendiri. Antara menu hot yang korang perlu rasa kalau datang ke sini adalah:

1. Nasi bambu buluh RM 2.10 
2. Nasi panggang RM 2.10
3. Ayam kampung bunian RM 7.10- RM 12.70
4. Ayam kampung goreng sabut RM 7.10- RM 12.70
5. Daging salai masak lemak buluh perindu RM 10.60
6. Kerang kuah special RM 10.60
7. Kerabu bunga betik/ pegaga RM 4.20
8. Gulai kawah kambing batang pisang RM 8.50
9. Aneka ikan bakar (kembung/ talapia/ siakap/ keli/ bawal/ cencaru/ kerapu)


Apa yang membuatkan Nasi Bambu di sini lain daripada yang lain adalah sebab mereka gunakan daun jenis kalatia yang akan membuatkan nasi putih berbau harum dan boleh menaikkan selera makan kita. Bau dia tak macam bau daun pisang atau daun pandan tau.

Untuk ayam pula, menariknya, mereka kebanyakan menggunakan ayam kampung. Daging salai dia pula disalai selama 16 jam! Sebab tu daging dia kalau korang rasa memang sedap dan lembut.



2. Big Bowl Ramen
No. 26, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: 9AM-6PM 

Kalau singgah di kawasan Ipoh, selepas penat bermain di  Funtasy House Trick Art, boleh jalan kaki saja untuk sampai ke Big Bowl Ramen. Pernah juga popular tahun lepas, sebab seperti nama dia, mereka menghidangkan ramen di dalam mangkuk besar.

Untuk orang beragama Islam, jangan takut kalau tak Halal sebab restoran Big Bowl Ramen di Ipoh sememangnya sudah ada pengesahan sijil Halal dari Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia. Tak percaya? Boleh pergi tengok sendiri.



Antara menu sedap yang saya dah cuba dan sarankan kat korang yang peling kepala nak cuba menu yang mana adalah (Assam laksam paling sedap sampai kami makan siap berebut. Licin mangkuk):

1. Curry ramen
2. Japanese miso ramen
3. Signature assam laksam ramen
4. Japanese udon ramen

Harga berbeza mengikut porsi yang kita tempah. Portion untuk 2 orang adalah RM35.90, 3 orang RM45.90, 4 orang RM55.90, 5 orang RM65.90 dan 6 orang adalah RM75.90. Macam mana portion yang korang ambil, memang isi dia banyak sangat. Kembung perut makan.



3. Restoran Refarm Leisure
Lot 6059, Jalam Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak.
Waktu operasi: 11AM-3PM, 6PM-10PM

Refarm Leisure ni tempat dia lebih kurang macam taman tema dalam hijau gitu. Selalunya orang datang sini untuk menikmati kehijauan yang ada disekitar sini sebab tiket masuk pun takde mahal sangat, bawa budak sure deorang suka.

Tapi lepas penat berjalan tu, boleh lah singgah menikmati hidangan makanan asli kaum Cina yang dimasak menggunakan sayuran organik dan ikan yang segar dari kolam ternakan deorang. Ikan semua kat sini deorang jamin segar dan organik sebab bela sendiri.


Saya pun memang jenis suka dengan masakan Cina, masuk sini tengok menu macam nak je order semua, tapi sabarkan aje hati tu. Haha. Nah antara makanan yang korang patut cuba kalau datang sini:

1. Salted egg mantis prawn
2. Fried talapia fish with bantong sauce
3. Steamed river catfish with soy sauce
4. Fried chicken with curry powder
5. Basil leaf with egg soup



MINUM PETANG DI SEKITAR PERAK


1. Air Kepal Beauty and The Beast Cafe
Disney Avenue, Bandar Agacia, Kampar, Perak.

Disebabkan sekarang viral sangat pasal ais kepal, makanya saya sampai ke Perak mencari air kepal paling sedap dan paling rare. Alamg-alang dah berada dan bergambar disekitar Disney Avenue ni, maka kami singgah minum petang di kafe ini.

Khasnya, mereka bukan hanya menghidangkan air kepal Milo yang dok viral tu, malah ada juga air kepal buah-buahan yang lain. Lagi best, ais kepal kat sini memang hancur habis ais dia, nak hisap minum ais tu layan je.


Alang-alang dah sampai sini, rugi tak berjalan dan bergambar kat sekitar kawasan ni. Warna banggunan lelawa dan feeling Disney habis, dengan lagu Disney, dan kedai yang ada nama dari filem Disney.



2. Mee Udang Mak Jah
Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Waktu operasi: 12PM- 10PM


Pengalaman saya makan mee udang disini rasa dia memang tak sama dengan selalu yang saya makan. Mee Udang Mak Jah kuah dia lebih cair, tak pekat macam selalu. Dalam kuah tu, memang boleh rasa kemanisan sup rebusan udang dan saya rasa itu yang buatkan dia rasa sedap.

1. Mee udang biasa RM9.54
2. Mee udang special RM13.78
3. Kue teow/ bihun/ nasi goreng udang biasa RM9.54
4. Kue teow/ bihun/ nasi goreng udang special RM13.78
5. Udang goreng tepung RM14.84



MAKAN MALAM DI SEKITAR PERAK
 
1. Goreng- Goreng Cafe
27, Jln Meru Utama A1, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 12PM- 12AM



Menariknya Kafe Goreng-Goreng adalah konsep dia. Menggunakan konsep vintage, dengan dekorasi yang simple memang menarik perhatian saya bila masuk je dalam kafe ni. Lagi best, walaupun kafe ni nampak eksklusif dan mahal, harga dia not bad tau.

Lagi best, kalau korang datang semasa waktu makan malam, korang juga akan disajikan dengan persembahan busker nyanyian lagu-lagu. Boleh request juga nak dengar lagu apa. Bawak awek dating pun best jugak ni.



Menghidangkan masakan makanan fusion, kat bawah antara makanan sedap yang saya dah cuba. Paling penting korang kena cuba semua desserts dia. Sedap wei!

1. Bihun Singapura RM15.90
2. Nasi goreng Cina RM15.90
3. Spageti Aglio Olio RM25.90
4. Chicken grill RM18.90
5. Sosej (10pcs) RM7.90




2. Miker Food
Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: 5.30PM- 12.30AM

Restoran yang dimiliki oleh sekumpulan kawan baik ini telah dibuka pada 31 Ogos 2016. Menariknya konsep restoran ini adalah mereka menghidangkan pelbagai juadah menu daripada menu masakan Melayu, Thai, masakan barat dan Itali.

Restoran ini juga menghidangkan sarapan pagi dan makan tengah hari, tapi mereka lebih popular dengan kesedapan makanan malam yang dihidangkan di sebelah Padang Ipoh.


Antara menu yang menjadi pujaan hati saya sampai dah balik Kuala Lumpur pun saya teringat adalah Tomyam Nyor yang dimasak menggunakan air kelapa dan dihidangkan didalam buah kelapa. Nyor tu dalam bahasa Utara bermaksud kelapa.

1. Tomyam Nyor RM12.00
2. Buttermilk chicken RM5.30
3. Mix grill special RM28.50
4. Pizza crazee meat RM16.00 (S)/ RM30.00 (L)
5. Fried chicken chop RM13.50




3. Station FMS Taiping @ Selera Taiping
Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak.
Waktu operasi: 11AM- 1AM

Stesen F.M.S telah diwujudkan pada tahun 2013 sebagai pusat menjual juadah hidangan makanan yang terkenal di Taiping. Pusat ini direka dengan konsep gerabak keretapi kolonial sempena stesen keretapi yang pertama di Tanah Melayu yang terletak di Taiping.

Kiranya tempat ni lebih kurang macam medan selera yang menjual pelbagai jenis makanan daripada makanan ringan, berat, sampai lah kepada kudapan dan pencuci mulut. Memang next time datang ke Taman Tasik Taiping, saya akan lepak kat sini. Harga pun not bad.



Ada banyak kedai di Stesen F.M.S. Yang paling menarik perhatian saya adalah kedai yang menghidangkan makanan barat dan desserts. Sebabkan saya seorang yang tak makan makanan berat pada waktu malam, tempat ini menjadu pilihan utama.

Tapi, yang paling penting sekali adalah, servis makanan deorang dan rasa makanan tu sedap.



Entry ini diterbitkan sempena dengan Perak WonderFood FAM Trip pada 6-9 Mac yang ditaja oleh Gaya Travel dengan kerjasama Tourism Perak.

Till then,

18 comments:

  1. mertua ciktom orang perak..tak tahu pulak banyak giler port makan sedap kat perak..nanti balik boleh la bawak husband pergi lepak sana...ciktom tertarik dengan goreng2 cafe..

    ReplyDelete
  2. Fuhh sedap-sedap betul nampak semua makanan tuu! Menariknyaaa! Especially bila tengok pulak diakhiri dengan dessert2 yang kecur liur dibuatnya, lagilah excited tengok hahah. Great sharing! Nanti kalau pergi Perak bolehlah try semua ni hehee 😁

    ReplyDelete
  3. Nak rasa Tomyam Nyor tu! Special tu! mesti sedap. Air meleleh dah ni...

    ReplyDelete
  4. Uiiii menjejes air liur tau baca entry ni haha! Saya ni nama je duk Perak tapi dalam 8 port ni sempat pergi satu je yang Mee Udang Mak Jah tu,hehe. Tapi takpe lepas ni insyaAllah boleh jjcm bila financial dah stabil sikit :D

    ReplyDelete
  5. Okayyyy airah memang asal perak tapi pernah pergi Miker tu je hahahahha apeni malu je
    Balik perak nanti nak pergi yang lain2 tu

    ReplyDelete
  6. Amboi...sedapnya tgk menu dia semua, best dpt makan yg sedap2

    ReplyDelete
  7. Ok another destination kalo balik Perak nnt.. kat Ipoh mmg banyak tempat makan sedap kan..kena pusing lama2 baru puas..

    ReplyDelete
  8. Wow banyaknya tempat makan menarik kat Perak ni tak tahu pun kita kalau datang sana makan ker food court jer hehehehe nanti boleh cuba paling sedap tengok makanan kat Nasi Bambu Sungai Klah hehehe

    ReplyDelete
  9. ya ampun semua tempat ni menarik..ais kepal milo antara yang mengancam. mengugat betul perasaan. seronok dapat menikmati makanan enak2 kat negeri orang :-)

    ReplyDelete
  10. Oh my... Do much of delicious food there and now where I can get those foods for my Malay friends as well.. love it baby...

    ReplyDelete
  11. Aduhai kita orang perak tak terjah lagi tempat ni. Malunya kita. Padahal tempat yang awak mention tu bukan jauh mana pun dengan rumah haha.. Ok la lepasni bolehlah JJCM ke tempat yang awak suggest ni. Thanks tau

    ReplyDelete
  12. Banyaknya tempat makan memarik di Perak. Kalau pergi Perak nanti boleh cuba cari danmakan makan di tempat yang zayani rekemen ni

    ReplyDelete
  13. Kalau datang ke negeri Perak. Pasti tidak akan kebuluran. Restoran teman kat sini semua sedap-sedap. Kat gerai, food court atau restoran pasti best. Menu lain dr yang lain pun ada. Kadang kedai melayu jual mee sup bebola ikan awal pg pun ada. Makanan di Perak memang syok. Selamat datang ke negeri teman. Hehe

    ReplyDelete
  14. Mommy g perak boleh buka blog nurul. Hehe sedapnya la hai tengok makanan. Lapar jadinya

    ReplyDelete
  15. sedap-sedap makan semua. hehe gambar-gambar cantik. so far mostly tenpat dah pernah p. So tau ah memang sedap-sedap makanan kat sana. menarik juga jejalan cari makan ni. hehe

    ReplyDelete
  16. Nasi Bambu Sungai Klah tak dapat dinafikan, dah beberapa kali pergi makan dekat sini... Berbaloi-baloi asalkan bukan mai time ramai orang...

    Tempat lain, belum terai lagi

    ReplyDelete
  17. Terliur sekehap bila baca entry ini. I paling suka Nasi Bambu Sungai Klah sebab nasi dia special and lauk pauk semua sangat menyelerakan. I love spicy and malay food. Yang lain pun sedap sedap belaka.

    ReplyDelete
  18. Entri ini sangat membantu jika ke Perak. Pernah makan Nasi Bambu Sg Klah je. Tempat lain, soon. Hihi. Teringin nak pergi Kampar. Bangunan sana cantik kan.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^