Monday, March 12, 2018

Bawa Mama Scaling & Polish Gigi di Klinik Pergigian Dentessence

Hai dan Assalamualaikum korang,

Dah lama nak tulis pasal klinik gigi. Baru sekarang ada kesempatan. Haritu ada orang tanya saya, kat mana saya bawa mama pergi buat gigi, jadi saya jawab dengan entry kalini okay.

Masa zaman sekolah dulu, mama lah orang yang paling pentingkan penjagaan gigi dan mulut kami adik beradik. Dalam sebulan mesti akan ada perjumpaan dengan doktor gigi. Kadang-kadang pergi untuk buat semakan gigi je pun.

Bila dah dewasa ni, rasa bersyukur sangat sebab mama macam tu masa kecik. Rasa bangga tau bila doktor gigi cakap mulut dan gigi saya bersih dan sihat. Jadi untuk membalas sedikit jaga mama, saya bawa dia pergi klinik gigi pulak.


Lepas survey, jumpa Klinik Pergigian Dentessence di Kota Damansara. Tak adalah jauh mana dengan rumah. Lagi pun dengar banyak positif feedback daripada pesakit lepas dan harga pun not  bad. Lepas buat temu janji, saya pun bawa mama ke sana.

Setakat ini,  Klinik Pergigian Dentessence hanya ada di satu cawangan saja. Orang sekitar kawasan sini mesti macam pernah dengar nama klinik gigi ni sebab doktor kat sini selalu buat tour di sekolah dan tawarkan servis check-up percuma.


Sebenarnya, mama dah beberapa kali juga mengadu kat saya pasal gigi dia. Ye lah, bila kita meningkat dewasa ke tua, masalah gigi tu dah macam biasa. Cuma saya tak ada masa nak temankan dia pergi klinik gigi. 

Pernah dia cakap teringin nak scaling dan polishing sebab paling last dia buat tahun lepas. Lama juga tu. Itu yang kalini, saya book kan untuk mama cuba scaling dan polish gigi di Klinik Dentessence. Kalau ok, boleh cuba crown gigi pulak.


Sampai je di Klinik Pergigian Dentessence, kami berdua disambut mesra oleh misi gigi kat situ. Memang deorang dah tahu kami datang atas temu janji. Lepas tu, kami diberikan borang, kena isi sendiri. Borang tu tanya pasal kesihatan kita, dan kesihatan gigi dan mulut kita.


Kat sini, yang datang teman tu boleh tunggu kat luar atau kat dalam bilik rawatan. Tak strict sangat rules dia sebab korang boleh tengok macam mana proses tu berlaku. Kalau tunggu kat luar, boleh baca majalah dan duduk kat sofa selesa sikit. 

Sesuai sangat kalau datang dengan anak kecil. Anak kecil bukannya boleh nak tinggal sorang-sorang kat luar. Mak yang nak buat gigi nanti pun boleh risau tak senang duduk.

 


Step 1: Konsultasi

Doktor yang attend kami adalah Doktor Ahbirami. Friendly sangat. Serious kalau masa zaman kecik dulu ada doktor sebaik macam ni, dengan rela hati saya pergi klinik gigi. Dr Abhi sangat berpengetahuan dan tak lokek ilmu.

Suka dengan prinsip beliau, yang nak mendidik pesakit dan masyarakat dalam penjagaan dan kesihatan mulut dan gigi. Best borak dengan Dr Abhi, mama pula jenis yang banyak tanya, semua dia tanya lah kalau gitu.


Step 2: Scaling

Scaling gigi penting juga untuk menjaga kebersihan mulut terutama korang yang jenis pelahap makan semua benda. Seseorang disarankan untuk scaling gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Scaling gigi ni dia akan buang kerak karang gigi korang.

Tak tahu karang gigi tu macam mana? Ala yang ada kat celah-celah gigi yang rupa dia macam taik gigi, tapi bukan dan dia keras. Kalau gosok gigi pun tak boleh hilang. Kena buat scaling baru hilang.


Mama bagitahu saya, dia selalu rasa ngilu kalau buat scaling kat klinik gigi lain, tapi kat sini Dr. Ahbi gentle gila sampai dia tak rasa ngilu pun. Phew, punyalah pro doktor ni sampai ngilu pun tak rasa. Good news ni mama suka :)

Proses scaling tak lama pun, lagi pun gigi mama takde lah teruk mana. Dalam masa 15- 20 minit dah siap. Kalau korang yang tak pernah scaling tu maybe makan masa 30 minit macam tu. Dan jangan risau, memang tak sakit.

Lepas buat scaling tu, sure rasa pelik sebab feeling dia rasa macam gigi kosong. Hembus nafas pun ada bunyi angin kat celah gigi sebab karang gigi dah takde. Haha




Step 3: Polishing

Polish ni fungsi dia untuk mencerahkan kembali warna gigi dengan cara menghilangkan kesan warna makanan pada gigi. Contohnya macam kesan kopi, teh dan rokok. Ala, kan selalu macam ada kesan garisan kuning tu, yang tu lah nak hilangkan.

Tapi kalau jenis gigi yang kotor teruk tu, selalu doktor akan sarankan korang untuk baut bleaching je. Macam kes mama, polish dah memadai. Memang selalu memana klinik gigi yang buat scaling akan sekali pakej dengan polish. Polish 5 minit macam tu.



Sebabkan mama ada gigi yang sensitif, jadi Doktor Abhi sarankan mama untuk pakai antara ubat gigi kat bawah ni. Memang dah terbukti berdasarkan personal review doktor sendiri. So far, semua jenama ni okay. Korang boleh cuba jugak kalau ada masalah yang sama.


Overall memang mama puas hati dengan servis daripada Dr Ahbi dan staff di Klinik Pergigian Dentessence. Bila mama happy, lega lah hati saya. Lepas ni dah tak payah nak cari klink lain sebab sini dah best.

Best bila dapat doktor yang boleh berborak sambil mengajar kita tentang penjagaan gigi. Lama dah saya pun tak datang klinik gigi, sampaikan sekarang macam-macam trend aksesori gigi pun ada. Korang tahu tak sekarang trend orang letak batu berlian kristal kat gigi? Haha.

Total harga: 
Konsultasi: RM50-70
Scaling & Polishing: RM150-250

Waktu operasi:
Isnin- Jumaat: 9AM- 6PM
Sabtu: 9AM- 4PM
(Tutup pada Ahad dan Cuti Umum)




Klinik Pergigian Dentessence
 No. 43-2, Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway, Kota Damansara, 
Petaling Jaya, Selangor, 47810
Contact: 03-61407567

Facebook: www.facebook.com/dentaldentessence
Instagram: www.instagram.com/dentessence_dc


Till then,

17 comments:

  1. Rasa macam lama juga tak ke klinik gigi.. Nampak gayanya kena ke klinik gigi ni... Patut lah dah rasa tak selesa je dalam mulut ni..

    ReplyDelete
  2. lamanya tak pi klinik gigi. dulu masa kecik mak selalu jugak bawak pi klinik gigi pastu dapat sticker haha bangga je tunjuk kat kawan kawan. bila dah besar takrasa pulak nakpi klinik gigi hihi. sebelum puasa ni nak kena pi polish gigi la. sebaik sha kat kedah je, kalau tak dah lama pi klinik ni hihi

    ReplyDelete
  3. Seriously takut dengan doktor gigi. Bukan apa, tak tahan dengan ngilu bila buat treatment tu. Tu je yang takut, hehe tapi memang selalu juga check doctor, dalam 6-8 bulan sekali. Okay lah kan daripada takde? ehehe

    ReplyDelete
  4. rasa mcm nak buat treatment tpi xde masa..haha done follow

    ReplyDelete
  5. dah lama terining nak cuba dan nak rasa pergi buat scaling dan polish nest boleh la masuk list jugak untuk ke sini. abam kumpul duit dulu la :)

    ReplyDelete
  6. Dr ahbirami mmg sangat friendly n x lokek dgn senyuman. Pernah dptkan servis scaling di sini. Best dan x sakit. Recommended !

    ReplyDelete
  7. Seronok buat rawatan gigi kat sini. Dr best. nanti next appointment nak datang lagi. Kalau gigi cantik senyuman menawan dah bagi impression baik pada orang lain.

    ReplyDelete
  8. Dah lama x scaling...asal scaling ja ngiluuu..tpi kan suka gila feeling lpas scaling tu...suka la lidah2 ni duk gesel2 kt gigi..smpai udara pun boleh lalu celah2 gigi tu..kikiki

    ReplyDelete
  9. Lama jugak tak buat scalling dan polish gigi ni. Agaknya mahu sejam kot huhu. Ehh takkan la seteruk tu kan. Harga dia not bad. Bolehlah cuba nanti. Btw, ingatkan mak nurul tu kakak. Mak nurul nampak mudala.

    ReplyDelete
  10. Last scaling dan polish masa preggy. Nanti nak buat lagilah walaupun ada rasa ngilu2 sikit

    ReplyDelete
  11. Airah dah lama tak pergi klinik check gigi hahaha last masa sekolah dulu kott
    Affordable jugak klinik ni nanti boleh la cuba

    ReplyDelete
  12. Saya pun dah kena scaling gigi ni rasanya..dah lebih 6 bulan kot since scaling yg lepas. Lepas buat rasa best sebab rasa bersih je gigi. Saya pergi klinik kerajaan je, kena bayaran rm2 tak silap :D

    ReplyDelete
  13. Murah juga scalling gigi tu. Dah lama tak scaling gigi. Takut lah rasa bunyi nyaring-nyaring tu hehehe

    ReplyDelete
  14. Is good go for dental check up six months once to ensure our teeth and gum healthy. No matter is scaling, polishing or filling.

    ReplyDelete
  15. Good! I also emphasis a lot about dental health, to be honest i scared going to dentist also but no choice have to go twice a year for check up.

    ReplyDelete
  16. Selama ni takut ngn dentist.. Baca ni yakin utk pergi tu ada!

    ReplyDelete
  17. emi selalu tangguh nak jumpa doc gigi sebab takut doc gigi sbnrnya. dari dulu. ntah la payah nk hilangkan takut yg satu ni.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^