Wednesday, May 23, 2018

Pilih Kismis California Sebagai Snek & Dalam Masakan

 Hai korang,

Siapa peminat kismis kat sini? Kismis sebenarnya merupakan makanan snek yang sihat untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Saya terutamanya memang peminat kismis dari California Raisins. Kismis California ini dikeringkan dibawah matahari di California.

Siapa sangka, buah kering yang sekecil kismis ini mempunyai banyak kelebihan yang unik. Selain daripada boleh dijadikan snek, kismis ini juga sesuai dijadikan bahan didalam menu masakan kita. Antara menu yang selalu saya buat adalah Yogurt Kismis California.


Kismis California sangat sesuai untuk dijadikan juadah ketika bersahur dan berbuka puasa kerana bukan sahaja sedia untuk dimakan, malah sedap dan sihat. Sebab packaging dia yang kecil, kismis ini sesuai diletakkan didalam beg dan mudah dibawa kemana saja.

Teringat saya tahun lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Perak, sebab kesesakan lalu lintas, maka suami dan saya tak sempat nak berbuka di kedai. Nasib baik memang dah standby California Raisins dalam beg.


Pada majlis pelancaran "Puas-Puas Puasa" di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur tempoh hari, pihak California Raisins telah melancarkan beberapa idea resepi yang mudah menggunakan kismis California untuk hidangan semasa berbuka dan bersahur.

Bayangkan, resepi ni pun digunakan oleh personaliti TV yang juga merupakan seorang ibu, Nur Affizza Azmi yang membuat demo masakan menggunakan kismis California. Tengok dia masak 3 menu ini, mudah je rupanya.

3 menu masakan menggunakan California Raisins adalah:
1. Donut Manis & Masam Kismis California,
2. Smoothies Puas Puas Kismis California,
3. Tom Yum Ayam Kismis California.


Donut Manis & Masam Kismis California

Smoothies Puas Puas Kismis California

Tom Yum Ayam Kismis California

Antara kelebihan Kismis California termasuk:

- Asli dan semula jadi,
- Manis semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan,
- Tidak mengandungi lemak dan kolesterol,
- Sumber asli kalium (penting untuk fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf),
- Sumber serat dan nutrient,
- Mengandungi fitnutrient yang menyekat pertumbukan bakteria dalam mulut.



Sempat juga blogger yang hadir diberikan cabaran untuk membuat dekorasi cupcake dengan menggunakan bahan yang diberikan termasuklah Kismis California. Bukan mudah nak jadi kreatif  dengan masa yang singkat dan bahan yang limited.

Ada banyak dekorasi yang lelawa dan menarik. Ramai rupanya blogger yang kreatif belaka. Tapi hanya 3 pemenang sahaja yang dipilih berdasarkan yang paling unik dan kena dengan tema California Raisins. Congrats korang!

Pemenang tempat 1: Rachael dari www.foodilifecious.com

Tempat ke 2: Miera dari livelifelah.com

Tempat ke 3: Mar dari www.puterymemory.com


Love,

19 comments:

  1. Sedapnya kismis Ligo dan Sunmaid tu. Dulu selalu makan time sekolah rendah. Nanti nak cari la, boleh buat smoothies kan.

    ReplyDelete
  2. Hehe akak memang suka sangat makan kismis. California Raisin ni memang dah lama jadi pilihan hati sebab manis dia ialah manis semulajadi, tak macam sesetengah kismis lain yang rasa manis gula

    ReplyDelete
  3. California Raisins is my favourite snack. No so sweet and natural. Is a good for energy booster especially during Fasting month.

    ReplyDelete
  4. Wah rezeki Rachel betul..tahniah buat smeua pemenang, Kismis Sun Maid tu memang sedap dan selalu jadi pilihan. Memang betul kismis ni kurang manis dan sedap..selalu beli jadi stok kat rumah untuk kudapan..ni nak beli lagi la..nak buat kuih raya minggu depan

    ReplyDelete
  5. Wah.. berbakat juga ya blogger-blogger yang menang tu! Cantik betul! Tapi bercakap bab kismis ni, dulu zaman sekolah rendah lagi selalu makan kismis Ligo ni. Sekarang dah selalu makan Sunmaid tu. Sedap... Memang tahu ada juga kismis diguna dalam masakan cuma kalau saya nak buat tu memang tak reti lah. haha

    ReplyDelete
  6. wah yani pergi juga ke. patutnya khai pergi juga tapi ada hal lain. suka gak makan kismis ni especially kalau dalam nasi. setengah org tak suka kan hahahah

    ReplyDelete
  7. saya memang suka kismis ni.. banyak khasiat dan banyak boleh pelbagaikan dalam masakan

    ReplyDelete
  8. suka juga kismis ni...mmg kalo nk buat dessert bole guna utk bahan dlm resepi kn...menarik nmpknye dekorasi cupcake yg menggunakan kismis tu..tahniah utk pemenang

    ReplyDelete
  9. Memang suka makan kismis california raisin ni sebab rasanya yang sedap. Apa lah rasa tom yam ayam kismis tu yer. Nampak masam sedap je ☺

    ReplyDelete
  10. Wah tahniah kepada pemenang. Semua blogger hebat ni. Lia pun suka kismis jenama ni dn memang favorite food .Suka kunyah makanan sihat.

    ReplyDelete
  11. bagus kismis ni sangat membantu perkembangan otak. paling best rasanya pun sedap, dan boleh jadikan kudapan selain sebagai ramuan dalam kek

    ReplyDelete
  12. Rugi betul tak dapat join hari tu, kalau tak boleh cuba bertanding, mana tahu menang..hahaha. Apa2 pun tahniah buat pemenang.
    Kismis memang fav sis, tapi la ni dah jarang beli n makan

    ReplyDelete
  13. wahhh !! siap ada pertandingan hias cupcakes lagi yer. menarik betul ! anyway, personaliti tv yg buat demo masakan tu tak pernah dgr pon namanya. dari rancangan apa yer ? hihi

    ReplyDelete
  14. Kalau wawaktu kecil2 dulu kismis ni adalah makanan masa nak exam hahhah. Katanya Kagus untuk minda

    ReplyDelete
  15. Banyak nya recipe yang enak dengan kismis california, memang creative cooking ni.. looks delicious and very nice..

    ReplyDelete
  16. Tak sangka dengan kismis pun boleh boleh buat makanan yang kalerful begini. Biasa anggap kismis ni macam snek ringan. Khasiat yang bagus untuk minda.

    ReplyDelete
  17. My kids and I love california raisins, we always add them into our breakfast and they make a great snack for kids too.

    ReplyDelete
  18. ciktom memang suka makan kismis california yg bekas kolor merah tu dari study sampai la skang. rasa manisnya original bukan campur gula. comel2 cupcake

    ReplyDelete
  19. Best kismis ni. Lagi menarik bila buat macam macam ni. Variasi.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^