Monday, May 21, 2018

Tawaran Berbuka Puasa Paling Berbaloi Dari Ancasa Hotel KL

Hai dan Assalamualaikum korang,

Antara lokasi berbuka yang menjadi pilihan saya pada setiap tahun adalah di Ancasa Hotel & Resorts Kuala Lumpur. Bukan sahaja mereka menawarkan banyak menu masakan kampung, malah lokasi dan harga yang ditawarkan pun sangat murah.

Bufet Ramadhan pada tahun 2018 diambil dengan konsep "Kampong Boy" sempena dengan kedatangan Piala Dunia yang akan datang pada bulan Jun nanti, selain masih mengekalkan hidangan menu masakan asli Melayu.

Buffet Ramadhan di aya pada setiap tahun adalah di Ancasa Hotel & Resorts Kuala Lumpur akan berlangsung pada 17 Mei hungga 13 Jun 2018.




Menariknya seperti tahun-tahun yang lepas, pada tahun ini pelanggan yang datang berbuka disini juga turut akan dimeriahkan dengan persembahan Ghazal. Best kumpulan ni, sebab deorang akan buat persembahan lagu Tradisional dan lagu moden.

Dekorasi pada tahun ini akan membawa korang menyelami demam World Cup 2018 dan masih lagi mengekalkan konsep gerai dan "live cooking". Barulah rasa sedap dapat makan makanan yang bari digoreng seperti pisang goreng, apple goreng dan apam balik.


Lebih daripada 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan pada tahun ini hasil tangan chef disini. Lauk hidangan menu masakan di sini yang paling suami dan saya suka. Banyak menu makanan rare yang akan korang jumpa kat sini. 

Rugi kalau tak merasa semua lauk sebab semua sedap-sedap. Sayur pun banyak. Berbaloi dengan harga. Ada juga menu yang baru tahun ini diperkenalkan seperti: Rendang Ayam Pucuk Maman, Udang Rangup Iman Madina dan Sotong Sumbat Sos Pedas.



Antara menu yang saya suka pada tahun ini adalah: Ikan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan Sup Ayam. Sup Ayam ni antara yang paling sedap saya pernah makan di Kuala Lumpur. Deorang siap ada sediakan roti untuk cicah dengan sup.

Selalu saya akan ambil nasi penuh dalam mangkuk dan kuah sup banjir. Memang layan.



Antara menu lain yang korang kena cuba adalah seperti steamboat dia. Nak makan steamboat ni yang paling penting kuah dan sos dia kena sedap, itu key dia. Dan Ancasa Hotel & Spa memang takkan mengecewakan korang. Sos dia ala-ala yong tau fu gitu.

Kat sini kena tunggu lama sikit sebab barisan panjang dan nak tunggu makanan tu rebus dulu. Tapi bila dapat makan lepas tunggu tu memang berbaloi sebab sedap.



Kalau taknak pakai sos tu, boleh ambil seafood kegemaran korang dan minta chef masakkan didalam kuah kari ni. Best bila dapat makan masakan yang dimasak khas untuk kita. Kat mana lagi nak minta kari udang atau kari fishball kan?


Tak lengkap rasanya kalau hidangan buffet makanan asli Melayu tapi takda sambal dan ulam-ulaman. Makanya, kat sini segala jenis ulan pun ada. Tinggal nak pilih dan makan saja. Yums!



Kambing Golek Bakar memang akan always menjadi makan kegemaran saya kalau kat mana-mana buffet dan Ancasa memang tak mengecewakan saya. Tak semua tempat yang buat kambing ini sedap ya, ada yang kering sangat, ada yang berbau dan macam-macam.

Suka kombinasi pilihan sos bersama dengan kambing ini. Saya tetap dengan tradisional, kambing bakar dengan sos blackpepper. And of course, dengan nasi special sebelah kambing ni. Tak sangka sedap sam[ai tambah 2 kali saya makan.



Lemang lembut dan serunding ayam dia sedap!


Boleh tahan banyak juga pilihan pencuci mulut kat sini. Daripada kuih-muih Tradisional dan moden, kek, biskut, sampai kepada buah-buahan semua ada. Buah yang susah dapat, maggis pun ada wei, seriously.

Untuk yang tertanya-tanya, ya ada juga pilihan bubur untuk korang yang suka bubur tu. Ada bubur kacang merah, bubur chacha dan bubur lambuk.




Harga buffet:
Dewasa RM68, Kanak-kanak RM40.

Ancasa Hotel & Spa
Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50050 Kuala Lumpur.
Contact: 03-20266060 (Ext. 7703)


Till then,

19 comments:

  1. I like the World Cup concept that use. Food also looks so tempting. While enjoy the Ramadhan Buffet and listen to the performance. Happy Fasting to you too.

    ReplyDelete
  2. Berbaloi juga harga buffet RM68 tu. Wahh! Sedapnya rebung masak lemak cili padi. Terliur weyy!

    ReplyDelete
  3. Pagi2 akak tengok semua hidangan kat Ancasa ni buat akak terliur la zayani..semua nampak sedap sangat tu ha...especially sup tu..terus rasa buka puasa hari ni nak cari sup..kalau sempat..jangan macam ari tu sampai rumah dah azan dah..

    ReplyDelete
  4. Kumpulan ghazal? Klasik je rasa ye. Harga buffet menarik sebab tak lebih daripada RM100. Seleksi makanan banyak. Berbaloi kot.

    ReplyDelete
  5. wow.. makanan ala kampung ni mmg jadi pilhan time berbuka.. x leh tahan tgk gmbr2 ni tengah bulan pose ni.. ahhahaha.. klu gi pekan boleh try sini ni

    ReplyDelete
  6. Aduhai, terliur tengok time puasa di siang hari gini. Murah la harga buffet di Ancasa KL ni. Pilihan pulak banyak. Nampak seafood pun fresh. syok yer kalau dapat pergi berbuka di sini jugak.

    ReplyDelete
  7. Favorite ena tu rendang ayam pucuk maman dengan kambing golek bakar. Mesti rambang mata kan nak makan yang mane..hrga untuk dewasa ok not bad rm68. Tp kalau ntk kanak2 tu rasa mcm kurang berbaloi pulak sebab budak xmkan banyak. 😂

    ReplyDelete
  8. fuuhh epic nya makanan kat sini. tambah lak background dia macam tu rambang terus nak makan apa. hahaha anyway tak pernah cuba lagi kat sini. teringin juga nak makan di ancasa

    ReplyDelete
  9. Kita pening kejap sbb byk sgt cawangan ancasa ni.. Hahaha.. Kejap melaka kejap kl.. Huhu.. Makanan2 dia nmpk menarik.. Ada lauk kg, seafood, dessert dan pelbagai aneka juadah yg ada.. Pehh kambing golek tu.. Lmbt abislah.. Huhu.. Harga dia not bad murah lah! Bkn sng nk jumpa hrga buffet murah kan?

    ReplyDelete
  10. Suka tengok banyak makanan kampung kat sini. Susah nak cari harga buffet bawah RM 100 sekarang ni . Hidangan Dan menu juga banyak Dan pelbagai.

    ReplyDelete
  11. Wow harga boleh tahan menarik dan murah berpadanan dengan makanan yang ada kat sini memang best tengok semua menyelerakan. Ingat kampung boy ini tema yang kartun tu hehehehe...

    ReplyDelete
  12. It's always nice having these buffets at Ancasa Hotel. They have a great range and the food tastes really good

    ReplyDelete
  13. Bonde pernah berpeluang berbuka di Ancasa Port Dickson yang dekat Kuala Lumpir tak pernah cuba lagi, tapi makanan dia yang pelbagai tetap ketengahkan masakan Kampung suka sangat. Hadoiii terlior dibuatnya

    ReplyDelete
  14. Harga kat Ancasa Hotel & Spa ni memang berbaloi dengan hidangan yang di sediakan. Banyak dan yang penting sedap. Insaallah kalau ada rezeki nak jugak berbuka di sana bersama-sama kawan-kawan dan keluarga

    ReplyDelete
  15. Ancasa Hotel ni sampai hari ni ruby belum berkesempatan nak berbuka di sini. Busy benor. Sebab akak cari bufet RM 70 ke bawah. RM 68 ni just nice lah. Lokasi dekat dengan rumah. Makanan nampak sedap. InsyaAllah nanti nak cuba. Tak berapa gemar Bazaar Ramadan. Mahal lebih kurang makan bufet tapi juadah tak meriah dan belum tentu sedap. Better makan bufet Ramadan. Confirm sedap. Hehe

    ReplyDelete
  16. Tak sempat nak merasa bahagian seafood dia haritu sebab dah kenyang sangat, haha. Variety sangat makanan kat situ. Harga pun berbaloi bagi emi. Sesuai nak bawak family makan2.

    ReplyDelete
  17. okay baru berpeluang menikmati jaudah berbuka di ancasa KL semalam. mmg tak dapat dinafikan hidangannya sangat terbaik. Terdapat pelbagai pilihan dan harga mampu milik.

    ReplyDelete
  18. Wowww 120 jenis makanan ada. Melilau mata nak makan yg mana satu kan.harga rm68 pun memang wowww sangay. Berbaloi wakk dengan makanan banyak gitu

    ReplyDelete
  19. Wah serius! all these buffet dishes only at that price, its so worth it. I spotted many dishes that i love too.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^