Uji Kemampuan Otak di Museum of Illusions, KL

Hai dan salam sejahtera korang,

Baru-baru ini saya sempat ke Museum of Illusion yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kalau korang ada nampak saya upload gambar rare dan menarik dalam Instagram atau Facebook saya tempoh hari, itu semua gambar dari Museum of Illusion.

Konsep muzium ini diilhamkan dari Zagreb, Croatia yang menyimpan lebih daripada 70 pameran yang terdiri daripada bilik yang menguji minda, ilusi optikal, dan bilik permainan  dan teka-teki. Sangat sesuai untuk semua golongan umur.

Museum of Illusions memiliki koleksi pameran hologram, stereogram dan ilusi optik yang terbesar di Asia. Bangga kan di Malaysia dah ada muzium pameran untuk orang awam ni.


Lagi best, selain dapat menguji minda dan mata, korang juga dapat bermain dengan ilusi dan juga mengambil gambar dan upload ke social media korang. Macam gambar kat bawah ni, bukan edit ya, tapi hanya dengan ilusi dapat jadikan saya kecil di kerusi tu.

Amazing kan? Ilusi ini sebenarnya hanya diwujudkan dengan konsep Hukum Persepsi dengan cara bermain dengan fungsi objek dan nisbah saiz.


Ilusi Muller-Iyer

Kalau korang tengok gambar kat bawah, nampak macam garisan melintang tu macam tak sama kan? Padahal panjang dia sama je sebenarnya. Otak kita dan tafsirkan gambar tu dalam 3D. Disebabkan garis sebelah kiri tu lebih jauh, itu sebab dia nampak lebih panjang. 


Ilusi Hollow Face (Ilusi Muka Cengkung)

Kalau korang tengok ilusi ni di Museum of Illusions, korang akan nampak ilusi optik yang mana persepsi muka cekung nampak seperti muka cembung yang biasa. Maksudnya, sebenarnya ilusi tu rupa dia kedalam, tapo mata kita tafsirkan nampak macam keluar.

Nak tahu macam mana ilusi ni terjadi? Sebenarnya, bila kita tengok sesuatu, automatik mata kita akan proses sebuah muka tu sebagai "cembung" atau dalam 3D. Sebab tu kalau kat sana, bila korang bergerak, korang akan nampak muka tu macam ikut korang.




Kaleidoscope

Masa kecik-kecik dulu teringat saya suka main dengan kaleidoscope yang kecik dan macam teropong tu. Unik dan simple je ilusi dia. Sebabkan kaleidoscope ini selalunya dalam bentuk silinder, dengan adanya cermin dan cahaya, maka terpantul lah imej tu berulang kali.

Kalau pandai pilih imej permulaan tu, maka terjadilah hasil kaleidoscope yang lelawa.


Kat mana lagi korang boleh acah-acah memasak orang. Kalau korang geram dengan someone, bawak je datang sini, amik gambar maca ni. Berangan masak orang tu pun jadilah kan. Hot juga ilusi ni, selalu saya nampak tapi baru sekarang tahu macam mana ilusi ini terjadi.

Nak tahu macam mana boleh dapat gambar macam ni? Jemputlah datang ke Museum of Illusions. Banyak lagi ilusi bergambar yang lelawa dan memukau mata.


Bilik Warna

Bilik ni bermain ilusi dengan ruang kosong, warna, cahaya dan objek. Dengan menggunakan warna utama: Merah, Hijau dan Biru, dengan ilusi tu maka wujudlah warna sekunder seperti: Magenta, Kuning dan Cyan.

Bayang-bayang sinar cahaya yang lurus ke hadapan akan membentuk beberapa cahaya dalam warna yang menarik tadi. Unik tau sebab dapat menguji minda korang dalam gabungan cahaya. Nak ambil gambar upload kat IG pun lawa jugak.



Paling saya suka dengan bilik dimensi cermin macam kat bawah ni. Dalam ruang bilik ini ada cermin yang diletakkan di beberapa sudut. Jadi dengan bermain dengan warna dan cahaya lampu kat siling, maka dapatlah ilusi ruang macam ni.

Memang cantik tau, ada macam-macam warna. Paling saya suka dengan warna hijau dna kuning sebab nampak macam tengah lepak tepi laut sambil tengok bintang diangkasa.



Smart Playroom - Uji Kemampuan Otak

Kalau yang jenis suka menguji kemampuan otak tu, boleh bermain dengan banyak permainan minda disini. Korang tahukan mainan puzzle teka-teki macam ni memanh terbukti boleh melayih otot otak korang supaya berfungsi secara maksima.

Antara jenis puzzle yang ada disini adalah puzzle kayu, permainan minda dan permainan dilema. Main mainan macam ni bukan saja dapat melatih minda kita, tapi kalau gagal nak selesaikan tu, sampai boleh pecah kepala. Haha




Sebelum balik, jangan lupa jenguk ke Smart Shop yang menjual pelbagai permainan ilusi dan puzzle. Nak menguji minda masa kat rumah boleh la beli yang ni. Selain tu, ada juga cenderahati seperti T-shirt, alat tulis, buku nota dan banyak lagi.


Harga tiket masuk ke Museum of Illusions:
RM35 (Dewasa), RM25 (Kanak-kanak)

Waktu operasi:
Setiap hari jam 9AM-11PM.

Museum of Illusions
Tingkat 1 & 2, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Contact: 03-21102654
Website: www.museumofillusions.my


With love,

Post a Comment

18 Comments

Hanny Abdullh said…
Berpusing otak dibuatnya dlm tu..dok pikiq cam ne lah jadi cam ni..cam na lah jadi cam tu...tapi seronok..hahaha. Rasa cam nak gi lagi tpi bawak aeysha lah..hr tu dia tk ikut, so dia jeles..hehehe
Rini Ismail said…
Uniknya muzium ni, nak pergi tapi tak tau bila. Jauh sangat pulak. Kan best kalau buat di Terengganu satu :P
Ezna Khalili said…
Menariknya muzium ni. Cantik kalau masuk instagram ni. Hehe. Tak pernah pulak pergi muzium macam ni. Mencabar minda juga untuk buat kita berfikir kenapa jadi macam tu macam ni.....bagus kalau dapat pergi dengan anak ni.
Tengkubutang said…
adoi.. lama-lama tengok jadi pening pulak kepala TB .. huhuhu.. Tapi yang part kepala Yani dalam pinggan tu kelakar laaa.. hahahaha.. pandai pose ye yani! hahaha
Nina Mirza said…
Bangga ada nya museum ni kat Malaysia. Menarik ni bawak anak² ke sini. Ambik gambar reaksi anak² tentu lagi menarik gambar. Tak sangka dekat jer kat Bukit Bintang. Nanti nak pegi laaaa
Comelnya tengok gambar2 kat dlm ni hehehhe. Bestla tempat ni, macam aksi kita blh rakamkan di sini. Tarikan utk org dtg kl
Mama Hakim said…
Masukmuzium ilusi memang sah keluar pening kepala. Tak dapat bezakan antara benar dan khayalan. Mesti anak anak suka kalau datang sini kan
Huda Halid said…
Wah best yer nak pergi. Tak sabar nak jmpa zayani amik tiket menang giveaway hari tu. InshaAllah bulan depan huda dtg KL lagi, bawa anak2 dtg sini
5 Little Angels said…
I like how you and Ellie act. Looks like a real one. Will bring my children over to try it out.
Alia Farhan said…
Macam2 muzium dah ada sekarang ni kan..kat penang ni pun banyak gak muzium2 yg ada..sesuai la utk tarikan pelancong kan
JMR said…
Perghh bijak gila Malaysia ada muzium macam ni..Barulah otak rakyat lebih cerdas heheh..nak kena ke sana hujung minggu ni nanti.
Betty's Journey said…
I so excited taking nice pictures at the museum Illusions. I believe the readers will enjoy as much as I do. worth to visit the museum illusion.
Em said…
I visited Museum of Illusion by myself and did not find it as exciting as I would going in a group. I am not very intelligent person when it comes to puzzles. Haha! By the way, the vortex tunnel was very scary!!
Bestnya dapat menguji minda...banyak trick dorang tu errr..
Mawardi yunus said…
Dah kesini. Memang menarik, cuma banyak tarikan yg dah ada dah saya jmpa kt beberapa tmpt di langkawi melaka dan penang. Btw memang best
Sharon Lee said…
Waa so many nice things to do and enjoy there! Certainly there's some of the illusion that really interesting and making me confuse.
Ruby said…
Akak memang mencari tempat camni yang ada di Kuala Lumpur. Sebab akak tak sempat la nak travel. Anak-anak teringin pergi sini. InsyaAllah next time.
gaeguri said…
Pusing tengok gambarnya.. Wajib berkunjung ke museum ini kalau KL nihh

Salam dari indonesia 😁

FOLLOWERS