Pahang Part 2: Taman Negara Pahang

Hai dan Assalamualaikum korang,

Pertama kali saya ke Taman Negara Pahang semestinya saya ambil pakej penginapan dan aktiviti semua daripada Han Rainforest Resort yang merupakan resort terbesar di Taman Negara. Paling penting mereka ni trusted.

Taman Negara Pahang terletak dalam 3-4 jam dari Kuala Lumpur dan telah dibuka pada tahun 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Taman Negara yang berkeluasan 4,343 km² ditukar namanya selepas kemerdekaan.

Banyak aktiviti lasak, menarik dan unik yang ada disini sehingga mampu menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Peminat alam semula jadi, wajib datang sini.


HAN Rainforest Resort Taman Negara

Kedatangan rombongan kami ke Han Rainforest Resort disambut dengan blackout :D. Walaupun blackout ni jarang sangat berlaku disini, tapi dapat jugalah saya merasa makan malam di Taman Negara dengan bertemankan cahaya lilin. Romantik sangat.

Jumlah bilik yang ada di Han Rainforest Resort adalah sebanyak 130 bilik. Ada beberapa jenis bilik yang korang boleh pilih berdasarkan bajet yang korang ada. Ada bilik dengan penghawa dingin, dengan kipas dan ada juga yang sekali dengan sarapan pagi.



Bilik Standard RM180/ semalam (dengan sarapan pagi)
Bilik Superior RM250/ semalam (dengan sarapan pagi)

Bilik standard ok juga sebab kemudahan asas ada. Ada tuala, penghawa dingin dan sabun mandi. Seterika pun ada, tapi diletakkan di kawasan luar bilik untuk kegunaan umum. Kongsi-kongsi. Okay la tu ada juga.

Bilik ni memang tiada televisyen sebab mereka nak galakkan kita untuk buat aktiviti luar.

Jangan risau sebab disini ada kafe Seri Kencana Kafe yang menghidangkan banyak makanan sedap-sedap. Boleh saja order makanan secara ala-carte atau ambil set makanan yang mereka sediakan. Harga dalam RM20-RM35 untuk satu set.



Sekitar HAN Rainforest Resort

Jangan lupa untuk ambil gambar di batu kepala ikan alam semula jadi yang ada di sini. Kalau tengok, memang betul-betul rupa dia macam kepala ikan. Semuanya hasil daripada air sungai dan hujan disini. Semula jadi tau.

Resort ni memang besar, sebab tu ada banyak port dan lokasi untuk bergambar. Korang cari je celah mana semua cantik-cantik. Memang hilang strees dengan kehijauan pokok dan suasana malam kat sini dengan bunyi serangga malam.




Untuk pengetahuan korang, kebanyakan aktiviti di Taman Negaramemang terlibat dengan menyeberangi sungai. Seronoknya di Han Rainforest Resort, mereka dan siapkan kenderaan untuk ke jeti dan bot untuk ke seberang sungai. Kalau tak kena bayar RM1.00.

Adventure habis bila naik pick up truck ramai-ramai kat belakang sambil driver bawak laju. Nasib baik tad ada sesiapa yang tercampak keluar. Haha


 

Night Jungle Walk

Disebabkan malam tu free selepas makan makan, maka kami menganbil keputusan untuk teruskan dengan aktiviti yang saya tak pernah terfikir nak buat, iaitu night jungle walk.

Night jungle walk merupakan satu aktiviti dimana kita akan dibawa untuk berjalan dan meneroka hutan Taman Negara pada waktu malam. Seronoknya sebab malam-malam kita dapat lihat banyak haiwan dan serangga yang aktif pada waktu malam.

Ada 2 laluan untuk night walk, satu kita akan dibawa ke pelantar untuk tengok haiwan pemangsa malam. Kalau bernasib baik, dapat la jumpa haiwan pemangsa seperti harimau, gajah dan banyak lagi dan lagi satu adalah platform berjalan.

Burung, labah-labah, cengkerik, kupu-kupu

Nasib kami bertambah baik lagi sebab dapat tengok kala jengking dan cara dia mencari mangsa. Kala jengking memang tak dapat nampak dengan mata kasar kalau pada waktu malam, sebab tu ranger pakai cahaya lampu UV untuk lihat.

Pertama kali lah nampak kala jengking atas tanah tu. Kalau kena kepit tu, menangis seminggu sakitnya. Phew.


Bukit Teresek

Bukit Teresek terletak di dalam Taman Negara yang setinggi 334 meter dari aras laut. Ramai kaki hiking akan naik ke atas bukit untuk teroka apa yang menarik kat sini. Rewards dia, kalau sampai kat sana, ada dua tempat melihan, arah Sungai Tembeling dan Gunung Tahan.

Selalunya orang naik kesini sebab nak jalan di Canopy Walkway, yang merupakan laluan utama ke Canopy Walk yang popular di Taman Negara. Memang jauh betul dan banyak anak tangga. Saya naik pun semput sangat.

Tips: Jangan lupa bawak air sebab atas sana sure korang akan kebulur nak air sebab haus sangat.




Canopy Walkway
Waktu operasi: 10AM-4PM (Setiap hari)

Canopy Walkway ni memang antara tarikan utama di Taman Negara. Ini kerana laluan titian gantung ini merupakan laluan capony walkway yang terpanjang di dalam dunia dengan laluan sejauh 530 meter. Jambatan gantung ini dibina pada ketinggian 40 meter dari tanah.

Untuk ke Canopy Walk, korang perlu hiking dari bawah. Dalam 20-45 minit juga, tergantung kepada kepenatan korang hiking naik tangga. Tapi jujur cakap memang penat. Dah sampai atas tu, nak naik kena bayar harga tiket. Murah je tiket dia.



Saya boleh cakap laluan di Canopy Walkway ni agak mencabar. Selain daripada kita berjalan untuk naik kepada ketinggian 30m-50m, masa nak habis tu, korang kena turun tangga kecil ni. Mana pernah orang buat canopy walk siap ada tangga tergantung macam ni.

Satu perkara yang mencabar saya rasa. Tapi berbaloi sangat sebab dari atas ni, memang tinggi dah dapat lihat flora dan fauna hutan di Taman Negara.


Rapid Shooting

Kalau datang ke Taman Negara Pahang, aktiviti wajib cuba adalah Rapid Shooting. Kalau translate Melayu macam kena main tembak-temba kan? Tapi bukan, ini merupakan satu aktiviti bot sungai yang ada disini.

Teknik dia, korang akan naik bot special untuk aktiviti ni. Lepas naik, dia akan bagi korang enjoy suasana dan permandangan sungai dulu. Tapi bila sampai di port dan kawasan yang sesuai, mereka akan sengetkan bot untuk basahkan korang dengan air sungai.

Rapid Shooting juga sekali dengan ala-ala perlawanan antar bot yang nak basahkan ahli pada bot lain. Ni lagi best sebab kalau ada bot lain kat sebelah, mereka akan usaha habis untuk basahkan kita dengan teknik yang tertentu.




Kalau buat Rapid Shooting mesti akan basah habis punya. Tengok lah tempat duduk saya selepas habis membuat aktiviti ni. Walaupun aktiviti ni lasak, sebenarnya korang kena duduk diam je dalam bot tu. Jadi kalau nak bawa anak-anak pun tiada masalah saya rasa.

Sebab dah basah, jangan lupa bawa baju salin. Lupa nak cakap, air sungai dengan bot yang laju memang akan sejuk sangat. Kalau tak sihat, baik tak payah buat ya.


Kampung Orang Asli

Melawat ke Kampung Orang Asli pun satu pengalaman yang menarik sebab dapat tengok rumah mereka, cara hidup dan cara mereka menjalani kehidupan tanpa alat elektronik macam orang bandar.

Suku kaum yang masih lagi tinggal di Taman Negara adalah suku kaun Batek dan Semokberi. Suku kaum ini rupa dia lebih kepada kulit yang gelak, rambut kerinting dan cakap pun lemah lembut je walaupun lelaki.

Suku kaum ni peik sikit cara hidup mereka sebab mereka masih lagi hidup dengan cara nomad. Selalunya kalau ada kes kematian atau bad luck, maka mereka akan pindah supaya tak dikacau oleh roh yang mati tu.



Menarik tengok cara mereka hidup dengan sumber alam. Mereka akan dapatkan sumber makanan seperti buah-buahan, sayuran dan banyak lagi daripada hutan. Dan mereka juga diberikan keizinan untuk memburu di kawasan Taman Negara.

Saya juga belajar macam mana cara mereka memburu dengan menggunakan alat tradisional seperti sumpit dan macam mana mereka buat alatan dari mula sampai habis.

Bahan membuat peluru sumpit.



Harga aktiviti yang di sediakan oleh Han Rainforest Resort:
Night jungle walk: RM30.00 (8.20PM)
Canopy walkway & jungle trekking: RM40.00 (9.15AM)
Kampung Orang Asli & Rapid Shooting: RM80.00 (2.30PM)


HAN Rainforest Resort Taman Negara
Taman Negara, Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang.
Contact: 09-266 7888


Baca juga tentang: Pahang Part 1: Kuantan, Pahang.


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS