Friday, November 9, 2018

Pahang Part 1: Kuantan

Hai dan Assalamualaikum korang.

Hello Kuantan. Pertama kali datang ke Kuantan untuk buat aktiviti dekat dengan alamsemula jadi. Habis trip ni rasa dekat la diri dengan alam dan tenang sebab dapat jumpa kehijauan, ketenangan dan haiwan yang comel-comel juga info yang baru.

Trip saya ke Kuantan ini sangat sesuai untuk seisi keluarga sebab aktiviti yang saya tulis dibawah ni, semua golongan daripada kanak-kanak sehingga yang dewasa, mak dan ayah mesti suka. Banyak aktiviti interaksi dan harga pun murah je.


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang.
Contact: 013-908 8207

Satu-satunya pusat konservasi gajah di Malaysia adalah di Lanchang. Pusat konservasi ini telah diwujudkan sejak dari tahun 1989 dan dijaga oleh Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau dibawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara.

Dan sekarang Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dijadikan sebagai satu pusat tumpuan pelancong dan sekolah-sekolah untuk tujuan pembelajaran dan kesedaran tentang gajah.

Kebanyakan gajah disini merupakan gajah yang sesat, tiada tempat tinggl atau tiada kumpulan dan sebab itu mereka bawa gajah ini kesini supaya dapat berikan perlindungan kepada gajah dan manusia dan tempat tinggal yang sesuai



Menariknya di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, tiada bayaran masuk yang dikenakan kepada pelawat. Apa yang korang boleh dapat daripada lawatan ini adalah tengok gajah, belajar tentang gajah, mini-wayang tentang gajah dan aktiviti bersama gajah.

Antara aktiviti bersama gajah yang terkenal disini adalah aktiviti memandikan anak gajah dan aktiviti bagi gajah makan. Seronok tau walaupun takut sikit. Tapi jangan risau sebab semua aktiviti dipantau oleh pakar yang bertauliah.


Waktu perarakan gajah: 10.45AM-11.30AM & 2.00PM-3.30PM
Waktu makan gajah: 2PM

 Bayaran Masuk: Percuma

Waktu operasi:
Isnin-Ahad: 10AM-4.30PM


Deerland Park Lanchang
Lanchang, Pahang, 28500, Lanchang, Pahang.
Contact: 09-279 7249

Deerland Park Lanchang merupakan taman rusa persendirian yang telah diushakan menjadi soo mini untuk peminat haiwan datang kesini yang telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan dibuka kepada orang awam pada tahu 2004.

Tujuan mereka adalah park ini ada sebagai sumbangan kepada program pendidikan kesedaran dan kecintaan terhadap alam semula jadi. Berbaloi datang sini sebab korang dapat berinteraksi dengan haiwan tu tanpa cas extra.

Ada sesi bagi makan rusa pun mereka berikan makanan untuk korang bagi sendiri tanpa keluarkan duit lagi. Yang bukan budak macam saya pun suka, kalau bawa anak mesti lagi suka.




Selain daripada tarikan utama seperti rusa ini, korang juga boleh jumpa macam-macam binatang kecil di Deerland. Dah nama pun mini-zoo kan tadi. Berbaloi tau dengan harga tiket yang murah korang dapat berinteraksi dengan banyak haiwan.

Antara haiwan lain yang ada adalah, ular sawa, kucing hutan, ayam hutan, racoon, merak, landak, itik dan unggas. Ada juga bahagian haiwan reptilia disini. Boleh jumpa biawak, pelbagai jenis ular, tuatara dan macam-macam lagi.


 Bayaran Masuk: RM7.00 (Dewasa), RM4.00 (Kanak-kanak)

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 10.30AM-4PM
Sabtu, Ahad & Cuti umum: 10.30AM-5PM 


Makan Tengah Hari

Kami diberikan pengalaman yang sangat menarik sebab dapat peluang untuk makan tengah hari menu unik dan menu survival hutan seperti ikan bakar, buah-buahan dan nasi bakar daun pisang yang dibakar didalam buluh.

Antara menu menarik tu adalah ikan talapia bakar, ikan patin bakar yang dimakan dengan kuah ikan bakar home made. Sedap betul makan ikan bakar dalam hutan. Feeling macam camping betul.



Muzium Sungai Lembing
Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang.
Contact: 09-5411480

Muzium Sungai Lembing diwijudkan oleh kerajaan negeri untuk menyebarkan maklumat dan mempamerkan tentang sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di kawasan Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia.

Boleh tahan besar juga muzium ni. Ada banyak bahagian kat sini. Ada bahagian sejarah, pameran info, pameran peralatan melombong dan alatan serta banyak lagi.

Tapi satu je nak pesan, kalau kanak-kanak, orang tua, ibu mengandung atau yang sakit kaki tu, baik sewa trem untuk naik kesini. Sebab nak panjat bukit dari kaunter tiket kesini boleh tahan tinggi walaupun dekat je.



Bayaran Masuk: RM2.00 (Dewasa), RM1.00 (Kanak-kanak/ Warga emas)
Waktu operasi: 
Isnin-Ahad: 9AM-6PM


Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing
Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang.
Contact: 09-541 2738

Sepanjang duduk di Malaysia, baru saya tahu di Pahang ada sebuah lombong bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing. Lombong ni sebelah je dengan muzium tadi, kalau datang ke Muzium Sungai Lembing wajib singgah ke lombong ni sekali.

Seperti info yang ada di muzium, Sungai Lembing pada tahun 1920-1950 dulu terkenal dengan pengeluaran bijih timah. Sungai Lembing itu sendiri merupakan kawasan galian bijih timah yang terbesar di dunia pada masa tu.



Lombong yang berusia hampir 98 tahun ini kini digunakan untuk tujuan pendidikan dan pelancongan. Korang dapat merasa dan melihat sendiri macam mana rupanya 60 meter pertama dari pintu. Dapat rasa kelembapan, sejuk dan panas macam mana di dalam tu.

Untuk pengetahuan korang, kedalaman lombong ini memang panjang, sepanjang 1400 kaki hingga ke 2300 kaki iaitu dalam 700 meter dalamnya. Bayangkan dulu orang nak bekerja panas dia macam mana untuk bekerja.


Alat dan bahan letupan yang digunakan untuk meletupkan laluan melombong.

Bayaran Masuk: RM15.00 (Dewasa), RM7.50 (Kanak-kanak/ Warga emas)

Waktu operasi: 
Isnin-Ahad: 9AM-6PM


River Safari Kelip- Kelip
Hafiz's Cherating Activities, 7/1156, KG, Budaya Cherating,
26080 Kuantan, Pahang.
Contact: 017-9154263

Kali terakhir saya pegi tengok kelip-kelip adalah lebih kurang 6-7 tahun lepas. Itu pun masa tu dah tak banyak. Kalau tanya zaman sekarang kat mana lagi ada kawasan yang banyak kelip-kelip, saya akan sarankan korang untuk ke River Safari Kelip- Kelip.

River Safari Kelip- Kelip menawarkan pengunjung untuk merasai pengalaman melihat sendiri kelip-kelip jenis Pteroptyx Bearnii atau jenis kelip-kelip yang mengeluarkan cahaya secara tidak sama. 

Saya difahamkan yang di Malaysia, hanya di Hafiz's Kelip-kelip sahaja yang ada jenis kelip-kelip macam ni. Kalau tempat lain semua jenisyang mengeluarkan cahaya dengan serentak.

 

Satu pengalaman unik disini sebab dapat lihat banyak kelip-kelip. Tak sangka ada banyak lagi kelip-kelip ni di Malaysia. Puas mata tengok cahaya mereka yang banyak. Sebelum gerak tu, En Hafiz ada bagi taklimat tentang kelip-kelip. Jadi masa dalam bot tu dah tahu apa yang nak dilihat.

Lagi menarik, sebabkan En Hafiz ada buat kajian tentang cara nak berkomunikasi dengan kelip-kelip disini, maka beliau dapat memanggil kelip-kelip itu untuk datang ke pengunjung di atas bot. Best wei bila kelip-kelip datang dekat, duduk atas tangan.

Bayaran Masuk: RM35.00 (Dewasa), RM25 (Kanak-kanak)

Waktu operasi: 
Trip 1: 7.30PM, Trip 2: 8.40PM


De Rhu Beach Resort
Pantai Balok, 26080 Balok, Pahang.
Contact: 09-557 9000

Antara hotel yang korang boleh menginap kalau di kawasan Kuantan adalah De Rhu Resort. Hotel ni mudah je nak cari sebab memang berada di tengah bandar. Kalau korang mencari hotel yang best dan bertaraf 3-4 bintang yang murah, ini pilihan korang.

Apa yang paling saya suka tentang hotel ini adalah, selain daripada kemudahan fasiliti yang lengkap seperti ada kolam renang, gimnasium dan dekat dengan pantai, setiap tempahan bilik didatangkan dengan baucar sarapan pagi untuk 2 orang.

Harga bilik di De Rhu Beach Resort, Kuantan bermula dari RM150.00/ satu malam.

 

 
Zenith Hotel Kuantan
Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang.
Contact: 09-5659595

Hotel yang saya menginap pasa hari saya di Kuantan adalah  Zenith Hotel. Lokasi hotel ni memang sangat strategik sebab hanya berhadapan dengan pusat membeli belah East Coast Mall. Sebelah hotel pula ada pusat konvension. Sesuai untuk event korporat.

Hotel 5 bintang ni memang lengkap dengan semua kemudahan yang korang nak. Ada bilik gimnasium, kolam renang infinity, bilik kanak-kanak, bilik yoga, bilik permainan, spa dan sauna. Nak cari makan pun mudah sebab hotel ada menyediakan cafe ditingkat bawah.



Setelah dapat kad untuk bilik, maka saya pun explore apa yang menarik didalam bilik. Memang mewah, siap ada tub mandi dalam bilik air. Lepas berendam, malam tu tidur memang nyenyak betul sebab bantal dia lembutnya alahai. Dengan cahaya malap-malap romantik lagi.

Kiranya semua kemudahan asas dalam bilik ada. Seterika dan papan seterika, pengering rambut, set mandi, sikat, berus gigi dan ubat gigi, pencukur, set jahitan, set teh/kopi, tuala, semua adalah. Datang sini sehelai sepinggang pun takpe.



Bangun pagi je, dapat lihat permandangan dari bilik yang menghadap ke bukit ape-tah. Tapi lawa bukit tu sebab walaupun pukul 8pagi, masih lagi ditutupi oleh kabus tebal. Cantik sebab kehijauan permandangan ni boleh rilekskan mata.

Harga bilik di Zenith Hotel Kuantan bermula dari RM380++



Terima kasih kepada pihak Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) kerana menjemput saya untuk sertai program MITA Tourism Productivity Day & Showcasing Pahang Tourism Products di bawah projek Tourism Productivity Nexus.

Baca juga tentang: Pahang Part 2: Taman Negara Pahang.


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^