Travelog Iran: Main Salji di Tochal Ski Resort, Tehran

Hello dan Assalamualaikum korang,

Travelog terakhir Trip Persia Iran 9 hari 7 malam pada musim bunga April 2019 lepas. Satu pengalaman yang saya takkan dapat lupakan sebab banyak yang saya explore dan pengetahuan baru yang saya dapat.

Antara pengalaman yang saya takkan lupa adalah, pengalaman pertama kali saya jumpa, pijak dan bermain SALJI. Salji dan angin real tau, bukan palsu macam kat Snow World.

Waktu terbaik untuk berkunjung ke Tehran adalah pada dalam bulan Mac hingga Mei. Masa ni cuaca dan suhu nyaman. Sejuk tapi tak terlalu sejuk, kira just nice la untuk korang yang tak beberapa tahan sejuk tu.

Alhamdullilah rezeki saya, walaupun pada April 2019 adalah musim bunga/ spring, tapi salji masih banyak kat atas Gunung Tochal. Ramai yang main atas untuk bermain salji dan ber-ski. Ada juga orang yang nak lebih lasak siap hiking naik gunung salji tu. Phew, tabik! 



Tochal Ski Resort, Gunung Tochal, Tehran

Tochal Ski Resort yang popular di Tehran, Iran terletak di Gunung Tochal/ Tochal Mountain. Dari mana-mana part di Tehran, memang boleh nampak gunung ni dengan snowcap atas dia. Tehran pun sejuk daripada tempat lain. Dalam 14-22 Degree Celcius pada musim bunga April lepas.

Dari Tehran nak ke stesen kereta kabel Tochal mengambil masa dalam 30-45 minit. Itu kalau jalan raya tak sesak. Tapi Tehran macam Kuala Lumpur juga, selalu sesak di lebuh raya. Maka perjalanan kami haritu memakan masa dalam 1 jam 30 minit.



Sampai di Tochal Sports & Recreational Complex, beli tiket. Of course tour guide yang settlekan semua, hanya perlu tambah RM80 sebab trip ini tak termasuk dalam pakej yang kami ambil.

Dapat kad. Kad ni kena simpan sebab korang kena pakai kad untuk naik dan turun. Macam touch n go, tapi kena pulangkan balik masa turun nanti. Nah kat bawah saya ada sertakan rujukan untuk tiket, dalam bahasa Iranian. Saya tak faham, nombor je faham. Haha







Masa ni, orang tak ramai sangat pun, jadi kejap je beratur, dah sampai turn untuk naik cable car.  Kecil je gondola dia, yang boleh muat sehingga 4-6 orang dewasa. 

Dari bawah nak naik ke atas, ada beberapa stesen, tengok yang mana korang beli. Perjalanan kami akan sampai di stesen puncak, stesen ke 6. Untuk sampai ke puncak kawasan ski yang penuh dengan salji, kena naik atas sejauh 7KM.

Masa naik tu, ternampak kumpulan pendaki extreme yang sedang mendaki gunung. 7KM dengan sejuk, tak boleh bayangkan macam mana orang boleh hiking naik. Awesome betul. Dalam gondola yang takde aircond pun dah terasa sejuk.





Sampai je di stesen 3 atau 4, dalam 1900 meter tinggi, kena tukar gondola. Masa ni saya dah menjerit dalam hati sebab dah mula nampak dan pijak salji.

Dah start sejuk gila. Suhu jatuh pada sekurang-kurangnya 10 degree celcius. Cakap pasal sejuk, saya memang tak prepare langsung pakaian yang sesuai untuk naik atas ni. Pakai sport shoe, 1 hoodie dan sweater. Itu pun nasib baik tour guide paksa saya bawa juga sweater tu.

Nasib baik aunty-aunty trip ni best, macam family bagi saya pinjam deorang punya sarung tangan dan hotpack untuk panaskan tangan. Tangan je yang paling sejuk sampai rasa nak beku. Terima kasih aunty sebab pinjamkan saya :)


Lepas 30 minit naik dari stesen pertama tadi, maka kami pun sampai di stesen puncak dengan ketinggan 3850 meter dari paras laut.

Dibina pada 1975, Tochal Ski Resort merupakan sebahagian daripada kompleks pelbagai aktiviti. Banyak aktiviti yang korang boleh buat di sini selain melayan perasaan berbaring di atau salji seperti: ski, snowboarding, hiking, summer sledge, zipline, malah boleh menginap di sini.

Dah lepas pose ambil gambar, dah sejuk, kami pun terus nak ke resort dia. Tochal Ski Resort merupakan ski resort yang bertaraf 5 bintang dan merupakan antara lokasi terbaik untuk aktiviti salji terutamanya ski di dunia.



Dari stesen kereta kabel tadi nak ke banggunan utama Tochal Ski Resort boleh naik chairlift ke atas. Skylift ni yang selalu orang pakai untuk naik ke kawasan salji yang lebih tinggi untuk berski dan main sledge. Nampak best je tengok deorang ber-ski.

Kalau korang berminat, mereka juga ada buat perkhidmatan sewa baju sejuk, dan alatan bermain salji. Jadi tak payah risau kalau korang teringin nak buat tapi takda equipment dia. Tapi saya tak buat pun, sebab takut noob dan pakaian saya memang tak sesuai. One day, InshaAllah.






Bila dah atas gunung, bukan macam di bandar yang ada banyak banggunan. Ada 2-3 ketul je banggunan kecil atas ni. Dalam putih salji tu, senang nampak banggunan tu sebab bumbung merah. Bagus juga buat macam ni, mudah orang nampak.

Dah sampai kat rumah panas dia, kami pun masuk nak panaskan diri. Lain betul dalam ni, saya ingatkan 5 bintang macam mewah, tapi dalam tu mewah la untuk standard ski resort rupanya. Paling penting, dalam ni panas sebab ada heater.

 

 

Kami tak sempat nak singgah makan di restoran di resort hotel dia sebab nak kejar flight balik Malaysia petang tu, mana kami alas perut dengan nasi butter, kebab dan sup yang ada di sini. Nasi dan kebab macam biasa, sedap, tapi sup dia tak sedap.

Tapi ramai je aunty dan uncle yang suka dengan sup ni. Sup bau macam kari campur dalca, dan macam-macam isi kat dalam dia. Ada kacang dal, sayur dan rempah. Bagi saya, pelik rasanya. Masa orang lain berehat panaskan badan, saya keluar nak bergambar kejap.


Bila duduk lama dalam keadaan sejuk tanpa pakaian yang sesuai, baru saya faham macam mana orang boleh mati sebab Hypothermia. Antara simptom Hyporthermia adalah apabila suhu badan bawah dari 35°C.

Saya sendiri dah rasa simptom awal hypothermia, badan menggigil, kulit sejuk dan pucat, kurang koordinasi dalam pergerakan, nafas tak stabil, penat, mata berpinar-pinar dan sakit kepala. Lepas tu, tahulah saya dah kena masuk dalam untuk panaskan badan balik.

Demi nak cari port bergambar lawa, berjalan didalam salji yang tebal tanpa kasut yang sesuai, bila pijak je, kaki termasuk dalam salji sampai paras lutut. Sejuk, tapi worth it. Tak banyak sangat ambil gambar sebab nak kena letak tripod atas snow.




Lepas Zohor macam tu, kami kena rush balik sebab tetiba cuaca makin sejuk. Staff sana cakap ada angin sejuk tengah datang. Kalau turun lambat lagi, nanti deorang kena hentikan perkhidmatan gondola sebab cuaca tak elok.

Menggigil sejuk kami masa naik skylift untuk ke stesen kereta kabel. Tapi paling amazing sekali adalah, masa ni ada salji tengah turun! Rezeki kami lagi merasa salji turun. Cantiknya snowflake. Snowflake ni memang bentuk salji yang asal macam dalam movie Elsa tu.

Dulu masa adik study kat UK, dia pernah cakap salji memang bentuk real snowflake, kali ni saya tengok dengan mata sendiri. Walaupun kecik, tapi boleh nampak dengan mata kasar bentuk dia tu. Ciptaan Allah, setiap bentuk snowflake semua tak sama.


Masa ni dah tak nampak apa sebab angin sejuk dah datang, kami basically berada didalam awan. Itu yang sejuk sangat sampai salji turun.

Masa turun dengan gondola, saya duduk di arah lain pula. Masa ni baru perasan, sebab kami berada tinggi di atas Gunung Tochal, dari sini boleh nampak permandangan di seluruh Tehran. Dalam gondola sahaja ada banyak view cantik, dengan salji yang sedang cair.


Terima kasih banyak-banyak kepada agensi pelancongan Heritage One Stop Travel atas trip  awesome yang penuh dengan pengalaman dan informasi baru ni. Korang berminat nak ke Iran? Check out Facebook mereka untuk promosi terkini trip ke Iran.

Mereka ada buat banyak promosi dan trip percutian ke Iran dengan pakej VIP tapi harga murah. Trip Persia Iran 9 hari 7 malam pada 15-23 April 2019 lepas hanya RM4599 + Tippings 20 Euro

Trip saya disediakan oleh:
Heritage One Stop Travel
Facebook: www.facebook.com/HOSTravel


Entry lain berkaitan Travelog saya ke Iran:
1. Travelog Iran: Pengalaman ke Negara Parsi, Iran
2. Travelog Iran: Teroka Sejarah Iran di Shiraz
3. Travelog Iran: Yazd & Esfahan
4. Travelog Iran: Apa Nak Buat Dalam 1 Hari di Tehran


Wth love,

Post a Comment

2 Comments

Nur Asyiqin said…
banyak tempat awak melancong.. best ny tengok..hehe
Illya LeYa said…
Bestnya dapat pegang, pijak dan main salji. One day, LeYa will go there too... Doakan ye.. InsyaAllah

FOLLOWERS