Travelog Iran: Apa Nak Buat Dalam 1 Hari di Tehran

 Assalamualaikum korang,

Salah satu soalan hot yang saya dapat sepanjang penulisan saya tentang negara Iran adalah: "Iran selamat tak?". Semua negara tak terkecuali dengan soalan keselamatan. Alhamdullilah semasa saya disana, tiada apa-apa yang berlaku, malah saya suka dan enjoy dengan trip Iran ni.

"Tak bahaya ke Iran?". Ada la beberapa khabar angin yang saya dengar sebelum saya kesana, dan buat pula seminggu sebelum saya pergi ada kes banjir besar. Rupanya banjir tu kat satu kawasan sahaja, cuma media antarabangsa yang besarkan kes tu.

Sebab itu, jangan percaya sangat dengan apa yang kita baca di internet, sebab ada yang betul dan ada juga yang salah. Soal keselamatan pun penting juga, jadi jangan lupa dapatkan info dari saluran yang betul. Boleh hubungi kedutaan untuk kepastian.

Ok, jom sambung pasal trip saya ke Iran masa musim bunga haritu. Lepas dah habis teroka kawasan daeran di sebelah Selatan Iran, saya pun sampai di pusat negara Iran, Tehran.


Sebelum sampai ke Tehran dan semasa dalam perjalanan dari Yazd & Esfahan ke Tehran tempoh hari di Iran, kami singgah di bandar kecil, Kashan untuk cari Iranian Golab atau dalam bahasa English, Rosewater. Bukan air sirap ya.


Kashan: Iranian Golab (Rosewater)

Kashan merupakan port untuk korang yang nak dapatkan Iranian Golab (Air bunga ros) yang terbaik dan murah. Penuh dengan kedai yang jual air bunga ros kat sini. Masuk je memana, harga lebih kurang sama cuma jenis je yang lain sikit.

Warna air ni putih clear macam air biasa. Cuma ada bau bunga ros tu. Rupanya kuat juga bau bunga ros ni. Turun je bas dah boleh bau wangi bunga ros, sampai pening kepala saya. Haha. Nak dapatkan madu pun boleh beli kat sini.

Tahu tak korang, kebanyakan masakan di Iran ada campuran air bunga ros terutamanya nasi. Air bunga ros kaya dengan anti-oksidan yang bagus untuk kesihatan dan Vitamins A, C, E dan B. serta mampu mengurangkan stress dan meningkatkan mood.



Bab Makanan di Iran

Antara soalan paling hot yang saya dapat sepanjang penulisan saya tentang negara Iran adalah:  "Makanan tu kalau orang syiah buat, Halal ke?". Sebenarnya, bila korang dah datang ke Iran, dan belajar tentang Syiah, senang sangat nak tahu seseorang itu bentul Islam atau Syiah.

Lagi satu, kat sini inshaAllah tiada masalah nak mencari makanan Halal. Lagipun memang majoriti penduduk kat sini Islam.

Di mana-mana lokasi kat Iran semua ada kebab (cebisan ayam atau daging yang dimasak). Dah datang Iran, wajib lah makan kebab, nasi butter saffron dan pelbagai jenis roti keping yang mereka ada. Serious sedap. Lain betul dengan yang ada kat Malaysia.



 

WAJIB korang cuba adalah minum air teh special Iran yang diperbuat daripada daun teh atau bunga dan dicampur dengan gula batu (Option). Orang Iran ada cara nak menikmati air teh. Samada minum sahaja, atau minum bersama dengan buah kurma. Unik!

Alhamdullilah so far trip saya dengan Heritage One Stop Travel (HOSTravel) tak ada masalah nak jumpa makanan Halal. Trip ni banyak makan, tak sempat nak lapar dah diberi makanan. Tambah pulak saya jenis yang suka cari street food dan snek dari kedai, lagila tak sempat lapar.



Alahai, kalau susah sangat nak jumpa makanan Halal atau korang tak yakin makanan tu Halal, kat sini merata-rata ada jual buah segar. Harga pun boleh tahan murah dan buah pun segar-segar yang besar gedabak dan murah belaka.

Selain daripada tu, korang juga boleh jumpa banyak kedai yang menjual jus buah-buahan yang segar. Saya recommend korang untuk cuba jus bah epal dia. Manis dan sedap! Ada juga cafe yang jual air teh, kopi dan coklat. Sedap juga air kat cafe dia.



TEHRAN, IRAN

Golestan Palace

Golestan Palace merupakan satu monumen bersejarah dan yang tertua di Tehran yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site. Dibina pada zaman pemerintahan Tahmasb dari Dinasti Safavid (1502-1736), dan diubah suai oleh Karim Kahn Zand selepas tu.

Kawasan Golestan Palace yang telah dibina dan diubahsuai dari 400 tahun dahulu meliputi taman, beberapa banggunan yang pernah didiami oleh keluarga diraja, dan koleksi kraftangan Iran dan Eropah dari abad ke 18 dan 19 dibina menggunakan tanah liat.

Dalam kawasan Golestan Palace ada Abyaz Palac (Muzium Etnik), Almas Hal, Chador Khane, Aks Khaneh, Emarat Badgir, Galeri Manuskrip, Sar-Sara Porcelain Hall, Muzium Diraja, Galeri Lukisan Europe, Galeri Lukisan Iranian, Khalvat-e Karim Khani dan Takhtte Marmar.

Kalau korang masuk dan explore, setiap banggunan yang ada di dalam kawasan Istana Golestan ada ciri dan keunikan senibina dan sejarah yang tersendiri. Rekabentuk dalaman setiap banggunan pun tak sama, dan berbeza antara satu sama lain sebab dibina oleh pemerintah yang berbeza.




Haritu semasa saya ke Iran, saya tukar RM400 untuk dapatkan kad debit Iran. Mudah pergi dengan travel agent HOSTravel sebab deorang selesaikan semua. Tapi, masih perlukan duit tunai. Saya dah standby dalam 60 Euro kot-kot ada kedai yang nak tunai sahaja.

Boleh kata semua kedai boleh pakai kad tu. Tapi saya nak juga pegang dan tengok Iranian Riyal. Saya tukar dalam RM100 sahaja, bila tukar, terlebih banyak pula cash. Alang-alang ramai lagi ada banyak duit lebih, kami singgah di Tehran Grand Bazaar untuk shopping!



Tehran Grand Bazaar

Dengan pecahan pintu masuk koridor sejauh 10KM, Tehran Grand Bazaar merupakan bazar tradisional yang paling lama dan terbesar di Tehran. Nak barang secara borong cari kat sini. Bazar ni besar sangat, saya pun tak sempat nak explore ke semua kedai sebab dah penat. Hewhew~

Kebanyakan barang kat sini lebih murah berbanding di Yazd dan Esfahan. Kat sini, korang boleh dapatkan semua benda. Fikir je apa yang korang nak cari? Ada pakaian, karpet dan hiasan rumah, aksesori dan barang kemas, barangan kecantikan, beg. Kekacang, buah sedar dan kering pun ada.

Bazar ini hot dalam kalangan pelancong sebab dekat dengan tarikan dan tempat lawatan seperti Sardar-e Bagh-e Melli, Taman Negarestan, Istana Golestan, Ebrat Museum, National Museum of Iran, Moghadam Museum, dan Istana Masoudieh. 

 





Tehran pada Waktu Malam

Saya ke Iran pada musim bunga/ spring. Cuaca setiap musim di setiap daerah di Iran memang tak sama. Tehran lebih sejuk berbanding lawatan saya ke Shiraz, Eshafan dan Yazd. Kalau siang dalam 16 degree celcius dan malam boleh mencecah 6-10 degree celcius sejuk.

Walaupun sejuk sikit, saya masih tak lepaskan peluang untuk berjalan kaki di sekitar Tehran pada waktu malam sebab nak tengok keadaan di sana pada waktu malam. Kebanyakan kedai di sekitar Tehran tutup pada jam 9-10PM. Kedai runcit tutup lewat sehingga 11PM.

Jalan rasa pun tak sesak sangat dengan kenderaan, tak macam waktu siang memang banyak kenderaan di atas jalan rasa. Laluan pejalan kaki pun takde la sesak dan tak sunyi juga. Feeling dia macam masa berjalan kaki di Jepun. Chill je.





Tabiat Bridge/ Nature Bridge

Perkataan tabiat membawa maksud "sifat" dalam bahasa Parsi. Maksud dia sama dengan maksud dalam bahasa Malaysia kan? Nama Jambatan Tabiat, berkonsepkan tabiat manusia, berjalan.

Tabiat Bridge merupakan jejantas laluan pejalan kaki yang terbesar di Tehran dengan jarak sepanjang 270 meter, jambatan ini menghubungkan kawasan 2 taman awam iaitu Taleghani Park dan Abo-Atash Park dan terletak di Lebuhraya Modarres, sebuah lebuhraya utama di utara Tehran.

Rekaan jambatan Tabiat Bridge atau Nature Bridge oleh syarikat Diba Tensile Architecture, hasil idea Leila Araghian dan Alireza Behzadi dah dapat banyak anugerah seperti Popular Choice Prize for Highways & Bridges from the Architizer A+ Awards, dan 2016 Aga Khan Award for Architecture.




Azadi Tower

Azadi Tower yang dahulu dikenali dengan nama Shahyad Tower merupakan sebahagian daripada kawasan Dataran Azadi/ Azadi Square yang berkeluasan seluas 50,000 meter persegi yang merupakan salah satu mercu tanda Tehran, yang menandakan pintu masuk dari barat ke bandar.

Menara Azadi yang siap pada tahun 1971 menggabungkan elemen arkitektur dari zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam. Menara ini dibina dengan konsep reka bentuk rangka setinggi 50 meter dengan 8,000 batu marmar putih dari Eshafan.

Kalau ke Tehran tapi tak singgah untuk bergambar di Azadi Tower, memang tak lengkap.



Tochal Ski Resort, Gunung Tochal, Tehran

Naik ke Gunung Tochal paling saya excited nak tulis. Sebabnya, ia merupakan pengalaman saya yang pertama jumpa dan main dengan salji yang REAL ok. Bukan yang dibuat daripada mesin. Siap merasa pengalaman berada disana dengan salji yang tengah turun. Sangat sejuk.

Tak sangka masih ramai yang bermain salji dan ski kat atas sana. Ada juga orang yang nak lebih lasak siap hiking naik gunung salji tu. Phew, tabik!

Cerita tentang main salji di Iran dengan lebih lanjut, korang boleh baca di sini: Travelog Iran: Main Salji di Tochal Ski Resort, Tehran.




Kat Iran, di semua lebuh raya mesti akan nampak view yang amazing dan cantik sangat. Dengan bukit-bukau, gunung-ganang, hijau daunnya, coklat tanah dia dan snowcap gunung salji dia. Penuh memori camera saya dengan view perjalanan.

View kat bawah ni merupakan view dari Lebuhraya Modarres, sebuah lebuhraya utama di Tehran. Masa ni dalam perjalanan menuju ke Tochal Ski Resort. Cantik kan?



Trip saya disediakan oleh:
Heritage One Stop Travel
Facebook: www.facebook.com/HOSTravel



Entry lain berkaitan negara Iran:
1. Travelog Iran: Pengalaman ke Negara Parsi, Iran
2. Travelog Iran: Teroka Sejarah Iran di Shiraz
3. Travelog Iran: Yazd & Esfahan
4. Travelog Iran: Main Salji di Tochal Ski Resort, Tehran


Till then,

Post a Comment

2 Comments

Faeez Azmi said…
Kalau sy nak pergi melawat Tehran, blog ni jd pilihan sy utk mencari info.. Sgt informative dan lengkap!
Rahmah said…
tq very informative and helpful. cuma bab makaan tu je yg sy was was sikit. ikut ijmak ulamak malaysia tak halal sbb mereka syiah. boleh rujuk https://www.mstar.com.my/video/2014/12/05/ustaz-zul-hamat-ep-1
sy akan ke iran decemeber ni doakan ya dipermudahkan. tx for sharing

FOLLOWERS