Chacha Maembong Pun Suka Makan di Seoul Garden

Hello dan salam sejahtera korang,

"Ni lah moment saya makan Seoul Garden ngn husband. Tengok je lah gambar2 ye. K bye.". 
Perenggan ini ditulis oleh suami, Faeez Azmi :D

Dah lama rasanya suami dan saya tak makan buffet. Kebetulan haritu ada nak melepak dengan kawan rapat yang dah lama tak jumpa, sengaja kami pilih nak lepak di Seoul Garden. Dengar cerita mereka ada buat perubahan dari segi fasiliti. Jadi kami nak tengok apa yang lain.

Kalau korang mencari restoran makanan yang menghidangkan steamboat dan grill yang Halal di Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya di sekitar Klang Valley, korang boleh checkout Steamboat & Grill Seoul Garden Malaysia.

Seoul Garden terkenal dengan hidangan menu buffet makan tengah hari dan makan malam. Dengan pilihan menu makanan secara buffet yang ada hampir 100 lebih pilihan, no wonder lah ramai yang suka makan kat sini, termasuklah saya.


Bila saya cakap ramai yang suka, termasuklah artis di Malaysia ni. Kebetulan juga haritu terjumpa Chacha Maembong makan kat sini. Seronok tengok artis makan banyak, berselera betul dia makan dengan kawan dia.

Memang cantik dan friendly sangat Chacha Maembong ni. Memula nampak je garang sampai saya segan nak tegur, tapi lepas dah tegur tu dia baik je. Rileks je kasi ambil gambar sekali. Sorry Chacha saya kacau masa tengah makan.

P/s: Saya dapat kebenaran daripada Chacha untuk letakkan gambar dia kat sini.



Tujuan utama saya datang ke Seoul Garden adalah sebab pilihan menu yang mereka ada. Dengan sekali bayar, korang boleh makan sebanyak mana makanan yang korang nak makan tanpa ada had masa. Tapi jangan la sampai esok baru nak balik. Haha

Lagi satu, semua cawangan restoran Seoul Garden  di Klang Valley sudah disahkan Halal. Maka, lagi yakin lah nak makan daging dan ayam kat sini. Bila dah Halal, maksudnya bersihlah makanan yang kita makan tu. Lagipun, memang bersih pun kat sini.



Rambang mata dan perut nak pilih menu makanan grill di Seoul Garden. Ada banyak seleksi daripada ayam, daging, ikan dan sotong sampai tak larat nak makan. Sekali datang pun tak habis semua menu nak mencuba sebab banyak pilihan.

Saya recommend korang untuk cuba ayam/ daging blackpepper dan Bulgogi Beef dia. Serious sedap. Beberapa kali juga saya repeat ambil daging dan ayam ni untuk grill. Saya pulak jenis yang suka daging/ ayam yang jenis isi dan fillet. Lagi syok makan.

Ada juga menu makanan lain seperti: Spicy/ Non Spicy Bulgogi Beef, Kimchi Chicken, BBQ Chicken, Teriyaki Dory, Black Pepper Dory, Tom Yam Squid dan banyak lagi. Nak tahu betul sedap ke tak, boleh datang cuba.

 


Jenis selera macam saya, walaupun makan steamboat dan grill, kena juga ada makanan sumber karbohidrat. Kat sini ada juga menu gorengan macam nasi goreng, bihun goreng dan mee goreng. Selera Melayu, kena juga ada nasi setiap kali makan.

Selain makanan goreng ni, ada juga ayam goreng, ikan, dan menu gorengan lain. Menu ni lain ikut hari dan masa. Contohnya kalau harini korang datang ada hidangkan lala goreng pedas-manis, maybe esok ada udang goreng pulak.

 

Untuk pengetahuan korang yang tak biasa ke Seoul Garden, selain daripada menu yang mereka sediakan secara buffet, korang juga boleh minta menu daging dan makanan laut premium dari kaunter. Hanya perlu tambah RM10 macam tu untuk seorang.

Kalau datang waktu makan tengah hari ada pilihan: Spanish Sausage, Sliced Beef Striploin, Marinated Lamb, Sliced Beef Brisket, Sliced Beef Chuck Roll dan Chipolata manakala yang seafood ada New Zealand Mussel, Salmon Fillet, Garoupa Filler, Supreme Squid dan Crab.

 


Saya paling suka datang masa dinner sebab ada lebih banyak pilihan makanan laut dan daging premium seperti Spanish Sausage, Sliced Beef Striploin, Sliced Lamb Leg, Sliced Beef Brisket, Sliced Beef Chuck Roll dan Beef Salami.

Pilihan menu makanan laut premium pula kebanyakannya terdiri daripada menu ikan. Antara pilihan yang ada ialah: New Zealand Mussel, Salmon Fillet, Garoupa Filler, Supreme Squid, Saba Mackarel Fillet dan Red Snapper Filler.

 

 

Rupa-rupanya inilah fasiliti Seoul Garden yang sudah dinaik taraf. Kalau dulu deorang punya tempat masak kan pakai bekas panggang yang mudah nak terbakar dan selalu kena minta tukar, maka yang dah baru ini lain sikit.

Dengan sistem kawalan pemanasan untuk panaskan tempat grill dan pemanas sup, mudah la kita nak control sendiri supaya daging tak hangus. Tempat panggang yang baru ini pun siap diletakkan kertas minyak supaya daging yang dipanggang tak hangus dan melekat.

Sistem dah upgrade ni siap dengan tempat sedut asap. Saya tak suka sangat makan kat grill yang penuh dengan asap sebab nanti mudah sakit mata dan bau makanan melekat kat baju, tapi sistem Seoul Garden yang baru ni menggunakan sistem 'Smokeless System'.


Bercakap pasal makan daging panggang, kena lah ada sekali dengan kuah dan sos kan. Orang Malaysia terutamanya Melayu mana boleh lari daripada sos. Tak kisahlah sos jenis apa yang korang suka, sebab kat Seoul Garden ada banyak jenis sos untuk korang pilih.

Jenis suami saya, dia suka sos yang pedas. Kadang-kadang dia makan dengan sos campuran style rahsia Seoul Garden, campurkan bawang putih, sos pedas sikit dan sedikit cili hijau. Dia cakap sedap. Tapi saya suka makan daging grill tanpa sos, barulah layan. 

 


Asyik cakap pasal grill sahaja, lupa pula nak cerita di Seoul Garden pun ada steamboat. Steamboat atau nama lain dia Oden yang selalunya dimasak bersama didalam sup yang disediakan. Ada banyak juga menu makanan yang sesuai dibuat steamboat.

Ada pelbagai pilihan sayur-sayuran. Ada juga orang masak mee dan bihun didalam sup, dan saya juga suka masukkan cendawan Enoki, Fish Cake, Fish Ball, Crab Fillet dan Vege Ball. Selalunya saya akan alas perut sedikit dengan makan steamboat sebelum penuhkan perut dengan daging grill.

Selain pilihan sayuran dan makanan untuk dimasukkan didalam sup, ada juga pilihan makanan laut seperti ketam, ikan, udang, sotong, lala, kepah dan kerang. Ambil je jenis seafood apa yang korang suka dan masak sekali dalam sup.


Steamboat di Seoul Garden didatangkan dengan 5 pilihan sup yang termasuk harga dalam korang bayar tu. Selalunya kalau kami datang makan, kami akan minta 2 jenis sup. Kalau sup pertama dah habis, untuk kedua kami akan minta cuba yang lain.

Ada 5 jenis sup kat sini. Kalau korang jenis yang tak suka pedas, boleh cuba Ginseng-Abalone atau Milky Seafood. Yang suka pedas atau nak cuba sup special Seoul Garden boleh cuba Tom Yum, Tom Yum Kimchi atau Kimchi Jjigae.


Personal favourite saya semestinya Tom Yum dan Ginseng Abalone. Tom Yam saya suka sebab rasa pedas dan rempah yang deorang pakai memang sedap. Dah campur buat steamboat, dah jadi macam oden kat kedai yang tengah viral tu.

Sup Ginseng Abalone baru pertama kali saya cuba haritu. Walaupun nama dia macam premium dan macam pelik je rasa, tapi rasa dia not bad la. Tak pelik, rasa macam sup ayam je cuma lebih berkhasiat sebab dalam tu ada macam-macam.



Kalau korang ke mana-mana cawangan Seoul Garden di Klang Valley memang boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas renovasi. Lebih luas dan mesra pelanggan. Sebab saya happy makan kat sini haritu, maka saya murah hati nak buat giveaway untuk 2 x Adult Buffet Meal Voucher.

Nak masuk mudah je, pergi usha Instagram saya (LINK:www.instagram.com/nzayaniz) untuk peluang memenangi Baucar 2 x Adult Buffet Meal untuk korang makan di mana-mana cawangan Seoul Garden Klang Valley.


Harga Buffet Seoul Garden:
(Harga kiri-lunch, kanan-dinner)
Isnin-Jumaat:
Dewasa: RM40.30/ RM50.90
Kanak-kanak: RM22.30/ RM24.40

Sabtu-Ahad: 
Dewasa: RM41.40/ RM52.00
Kanak-kanak: RM23.30/ RM26.50

Nota: Harga untuk warga emas, pelajar dan MPC member boleh refer website mereka.

Seoul Garden Malaysia
Website: seoulgarden.com.my
Instagram: www.instagram.com/seoulgardenklangvalley
Facebook: www.facebook.com/seoulgardenkv

 

Post a Comment

3 Comments

Zharif Azis said…
nak join giveaway tu !!!
Mekar said…
Makan-makan di Seoul Garden memang best. Banyak pilihan lak tu :)
Unknown said…
hi.awak pg seoul garden cawangan mana ni?

FOLLOWERS