Pertama sekali aku nak ucapkan salamat menyambut Tahun Baru Cina kepada pengganut agama Budha. Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak 'ong' kat korang. Terima kasih juga kepada pihak produksi Hooray Movies sebab jemput aku untuk tonton filem terbitan mereka.
Filem New Year Wish 2017 ini menampilkan pelakon Cina tanah air. Filem ini dilakonkan sepenuhnya dalam bahasa Mandarin (dengan subtitle). Jadi boleh kata filem ini merupakan hasil 100% orang Malaysia. Jom support filem tampatan.
SINOPSIS FILEM
Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Tian Tian yang membuat hajat tahun baru untuk menjadi orang yang baik dan sentiasa membantu orang lain seperti pari-pari.
Si Tian Tian dengan keluarga dia memang keluarga bahagia, sentiasa penuh dengan kasih sayang sampailah satu hari tu, ayah Tian Tian ni kemalangan. Kemalangan tu menyebabkan ayah dia koma sampai doktor pun cakap dia tak kan bangun dah.
Tapi sebabkan kasih sayang keluarganya, ibu Tian Tian dan dia sentiasa berdoa dengan harapan ayah dia bangun balik, dan akhirnya ayah dia bagun juga.
REVIEW FILEM
Bagi aku filem ini banyak menekankan pentingnya nilai kekeluargaan itu. Hubungan kasih sayang dalam keluarga Tian Tian sebenarnya secara tidak langsung membentuk personaliti Tian Tian yang baik hati tapi berjiwa besar.
Aku boleh nampak kematangan Tian Tian masa dia pujuk mak dia sebab ayah dia koma tu. Selain tu, jalan cerita dia juga menunjukkan yang bahawa kita harus sentiasa berbuat baik kepada semua orang sebab kita tak tahu, mungkin satu hari nanti kita perlukan bantuan orang lain.
Secara keseluruhannya, filem ni sebenarnya best dan aku sebagai penonton memang dapat nilai yang nak disampaikan, cuma nya boleh perbaiki dari segi jalan cerita dia sebab macam agak tunggang-langgang.
Kalau korang nak bawak keluarga dengan anak kecik tonton filem tempatan ni, aku memang cadangkan sebab filem ni memang best dan sedih. Memang confirm akan teringat kat family masa tonton.
Bintang: ★★★★
21 Comments