Jakarta-Bandung Trip: Farmhouse Susu Lembang

Bismillahirahmannirrahim,

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.

Untuk hari pertama trip aku ke Jakarta-Bandung adalah ke Farmhouse Susu Lembang yang terletak di Lembang, Bandung. Sebabkan flight aku dari Jakarta, perjalanan untuk ke sini memakan masa selama 3 jam melalui highway. 

Nasib baik aku sewa kereta siap driver, boleh rehat kejap sebelum sambung jalan-jalan. Perjalanan melalui highway memang bosan juga, tapi bila nak masuk je Bandung Barat, view memang menenangkan dan sejuk.

Lepas je turun kereta daripada parkir, memang akan nampak pintu masuk ni. Kat sini memang lengang macam tak ada orang, sebab orang ramai kat dalam. Ambil gambar kat pintu masuk macam ni memang harus. Hewhew.


Aku agak impressive dengan idea orang sini. Bayangkan eh, pakai food truck (ke truck biasa?) je pun dan bole buat tempat ni unik. Bukan susah pun, lori tak payah hidup pun boleh bukak gerai meniaga kat dalam tu. Then letak tangga, bunga sikit lawa la dia.

Ada banyak kedai menjual makanan dan cenderahati yang korang boleh beli kat sini. Harga pun tak mahal mana, kalau setakat nak beli untuk kenangan sendiri boleh. Jangan pulak borong cenderahati nak bagi kengkawan kat sini ya.


Lepas pintu masuk Farmhouse Susu Lembang tadi, korang akan terus jumpa Mini Farm. Kat mini farm ni ada banyak binatang mini, binatang yang boleh dipelihara macam Hedgehog, Sugar Glider, Iguana, burung, ular, kucing dan anak dia dan banyak lagi. Budak kecik mesti suka.


Sebelah mini farm tadi ada toilet. Please jangan sebut 'tandas' kalau korang kat Indonesia, sila sebut "Toilet", "Tandas" dalam bahasa kampung Indonesia membawa maksud 'lelaki tua'. Tak kan nak pergi kat orang then tanya "Di mana tandas (lelaki tua) ya?" Kang confirm jadi bahan ketawa.


Teringin nak susukan anak sapi aka lembu ? Pun boleh kat sini. Bayar dalam Rp. 20,000. Memula teringin jugak, tapi tiba-tiba ternampak sekor lembu tu kencing, terus tak jadi. Haha



Kat Farmhouse Susu Lembang ada sewakan costume ala-ala koboi dan Dutch. Harga sewaan dalam Rp. 75,000. Boleh pakai lama mana yang korang nak, tapi kene pulangkan masa nak balik nanti.


Ada sesiapa nak beli arnab? Comel je, kecik lagi ni. Kalau bela mesti manja. Rp. 100,000 je seekor, kalau nak sepasang Rp. 150,000. Harga siap percuma sangkar dia. Dalam lebih kurang RM 30-45 je duit Malaysia. Murah kan?


Ada satu kandang terbuka penuh dengan kambing biri-biri. Ala-ala Farm In the City gak la. Boleh beli carrot (dalam bahasa Indonesianya, Wortel) untuk bagi dia makan. Rp. 10,000 dapat la 5 batang, nak banyak lagi, beli lah satu plastik, Rp. 15,000.

Hati-hati masa nak masuk, sebab kambing tu kalau dah nampak wortel korang, confirm dia terkam.


Ya Allah kambing dia jangan cakap la, jinak-jinat sangat. Aku bukan tak pernah jumpa kambing biri-biri kat Malaysia, tapi bukan senang nak jumpa biri-biri yang boleh peluk dan siap senyum ajak selfie kan. Macam nak bawak balik je sekor. Comel sangat, nanti tengok la video aku upload.


Ni lah yang tempat nak redeem air susu segar tu. Susu serag Farmhouse Susu Lembang memang sedap gilos. Nak beli tapau bawak balik boleh juga, tapi dalam botol. Rp. 30,000 untuk sebotol kaca 1 litre.



Kat kawasan ni dah tak ada binatang dah,tapi penuh dengan bunga-bunga. Konsep dia ala-ala macam kat Eropah sana. Nak beli magnet pun, bukan tulis "Farmhouse Susu Lembang", tapi tulis, Paris, England dan banyak negara Eropah.



Kalau perempuan, baju yang macam kat bawah ni lah yang akan korang pakai. Memang sweet. Aku sebenarnya, nak juga sewa cuba pakai, tapi sebab limited masa, takkan la nak juga kan. Hewhew.


Harga tiket:
1 orang: Rp. 20,000 (Percuma susu segar)
Parking: Rp. 10,000

Waktu operasi:
9.00AM–8.00PM

Farmhouse Susu Lembang
Jalan Raya Lembang No. 108,
Lembang, Kabupaten Bandung Barat, 
Jawa Barat 40391, Indonesia
Telefon: +62 22 82782400


Untuk lagi banyak gambar trip aku, boleh cari di Facebook atau Instagram dengan menggunakan hashtag "#PaehYaniTravel".

Post a Comment

22 Comments

Junzie said…
setiap gmbr buat Ju rasa WOWWW !!! nak juga jejak kaki ke sna ! =D sangaat cntik, kambing pun gebu sgt, geram tgk! hahaha
btw, series tandas mbawa mksd llki tu dekat sna ??? info bru bg Ju . trima kasih tau =D
5 Little Angels said…
Cantik lar biri-biri itu. Nampak sangat best trip ini.
Shiv B said…
Cheers to the share and the place certainly looks stunning. I have yet to visit Jakarta, but this will definitely be on a must visit location on my end.
Em said…
The biri-biri is so cute. I want to take it home. Didn't know that tandas is "lelaki tua". Gave me a good laugh.
Miera Nadhirah said…
Bestnyer...nak juga sampai tempat macam ni ... mini NZ tu
Mhownai said…
Wow. Indonesia in my bucket list and I look forward to going here soon. Thank you
OMG those bunnies are so kawaii! I agree that kids should visit this place and learn about farmland in a fun way :)
Aqalili Azizan said…
Tempat dia ala ala cowboy-ish! Nanti nak pergi sana lah bila berkesempatan.
Anonymous said…
aww bunnies and sheep, sugar and spices! I love this placew just by looking at the photos~ Nice place for a nature photoshoot :DDDDD
~ Everest ~ said…
This Farmhouse is so nicely decorate and the surroundings look beautiful! The sheep looked Super cute and happy to have its picture taken with u!
Ya. Kelakar kan. Nanti datang la juga sini, memang berbaloi.
Memang best sis. Boleh bawak budak2 datang.
Please come here once you reach Bandung next time :D
Haha. Thanks. They all super photogenic. :D
Ala-ala cowboy masa memula masuk, nanti kat dalam tu style Europe pun ada, Dutch pun ada.
I know right? They all super cute, friendly and photogenic too.
Its located near Bandung, you should come here if you have time. The view and environment is really awesome.
There's lots to explore in Indonesia, and I'm sure you going to have fun :)
Ya, my husband have been around and asking them where's the tandas and the old lady is laughing hard to him. haha
Best tau kak miera, nak mausk pun tak mahal pun bayaran dia.
Betty's Journey said…
Wow free milk too. The place is nice and unique. It seem like visit Portugal farm.
Yes, basically its a free entrance, and you just have to pay for the milk.

FOLLOWERS