Blastacars Malaysia, Trek Drift Kereta Untuk Orang Awam & Professional

Assalamualaikum dan hai korang.

Korang pernah tak naik go-kart dekat mana-mana? Aku pernah dulu, tapi aku tak ambil tahu hal keselamatan permainan tu sampailah ada satu selekoh tu, aku terlanggar divider dan tercampak keluar kereta dan hampir dilanggar oleh pemandu lain.

Mula dari situ, aku dan agak seram nak main mana-mana permainan fizikal yang melibatkan kereta atau moto. Then, ada kawan ajak main kereta drift kat Blastacars, Plaza Sungei Wang. Dia cakap situ keselamatan adalah nombor 1, jadi aku pun pergi la usha.

Blastacars Malaysia yang terletak di tingkat 5 Plaza Sungei Wang ini sebenarnya merupakan lot parkir kenderaan, dan dibaik pulih untuk aktiviti yang korang takkan boleh dapat kat mana-mana tempat lain di Malaysia.


Masa datang, aku tanya banyak soalan terutamanya tentang keselamatan, dan setelah berpuas hati dengan jawapan daripada pekerja kat situ, aku ambil keputusan untuk cuba sekali. Untuk orang biasa, harganya adalah RM60 untuk 10 minit.

Kaunter pendaftaran Blastacars yang terletak di tingkat 5 Plaza Sungei Wang

Sebelum memulakan aksi di litar Blastacars, para pemain dikehendaki untuk mendengar taklimat kat satu bilik khas. Masa taklimat ni la dia akan ajar macam mana nak bawa kerera, tips dan tricks untuk buat drift. Agak penting untuk orang yang tak pernah main.


Litar semestinya nampak selamat. Orang tak dibenarkan untuk langgar sesama lain sebab ini bukan bumper car ya. Paling selamat kat sini, mereka ada sistem kawalan jarak jauh, kalau katakan ada orang yang terbabas sampai kereta terhenti, mana mereka automatik akan perlahankan kereta lain.


Idea menghasilkan kereta drift ini ambil daripada idea rekaan khas oleh pereka terkenal di New Zealand yang bernama Peter Zyp dari pada tahun 1987 lagi, dan baru sekarang-sekarang mereka berjaya hasilkan kereta drift yang sesuai untuk orang awam.

Sebuah kereta hanya boleh dinaiki oleh seorang sahaja pada satu masa dan aku difahamkan kereta ni berat dia 250kg. Jadi memang susah nak ada kes kereta drift ni terbalik atau pemandu tercampak. Jangan risau, untuk orang rendah, akan ada pedal ekstra untuk korang. (Aku 150cm tak perlu pakai).


Aksi suami aku, Faeez. Dia memang gembira sangat la dah dapat main ni. Kemain laju dia aku tengok. Tips dari Faeez, pegang stereng dua belah tangan, sebab masa selekoh tangan akan lenguh sangat sebab stereng tu kecik.



Serendipity merupakan nama in-game suami. Dalam masa 10 minit Faeez berjaya mendapat 28.581s sebagai masa terpantas, sekaligus yang terpantas untuk hari tu. HEHE. Bangga :D


Aksi aku dalam litar Blastacars di Plaza Sungei Wang Aku memang tak pernah main drift, kalau main kat arcade pun asyik terbabas je. Tapi bila dah cuba 1-2 pusingan, baru dapat rentak. Tips dia, masa nak selekoh korang kena tekan minyak dan jangan tekan break, nanti kereta berpusing.



Serenity merupakan nama in-game aku. Dalam masa 10 minit aku berjaya mendapat 29.055s sebagai masa terpantas. Koranag pulak macam mana?


Untuk pengetahuan korang, Blastacars Malaysia ada buat promosi gila-gila murah:
Untuk solo: Beli 3 kali, Percuma 1 kali
Untuk kumpulan: Beli untuk 5 orang, percuma seorang.


Harga (10 minit)
RM60 untuk beginner
RM 90 untuk advance
RM100 untuk professional


Blastacars Malaysia
Tingkat 5, Sungei Wang Plaza, 
50250 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Facebook: blastacars.my

Till then,

Post a Comment

21 Comments

Em said…
What fun this is. I would totally get a few friends together and race against one another!
Aliza Sara said…
Nmpk mcm best je. Nnti tgk sempat cub ke tk
Sunshine Kelly said…
Best nyer nak cuba juga la.
Macam sangat fun je!? Bilalah I boleh try out?
Fristine said…
Looks really fun! 😊
Go la Emily. Best tau.
It is really fun. You should check it out.
Bawak bf you Aliza, sure dia suka.
Please do so Kelly. Bawa family lagi syok.
Dekat je kat Sungei Wang. Bila free, boleh datang dengan family or friend :D
Jacqueline Khoo said…
Eh I saw a lot of friends sharing this! Must find one day and try it out at Sg Wang ;)
Junzie said…
mak seram ny sis ada pglmn tcampak mcm tu huhu. nasib xda pa. menarik ny wujud ny Blastacars ni, tp dekat sbh mcm xda kot. ke ju yg kurg pdedahan. tgk mcm menarik nak try huhu
Sabah ada macam-macam lagi. Nanti datang KL boleh la cuba.
Blastacar baru nak popular. Now Sg Wang re-branding, ada banyak attraction.
licha said…
Best nya tempat. Last main gokart 3 tahun lepas. Haha.
a worst driver, even in this kind of arcade, thats why many of my friends doesn't like to join me playing this haha
Sharon Lee said…
Looks so cool! I played this kind of go kart when I go visit Sepang =)
Shub said…
Wow, looks like so much fun. Will visit this place when I visit KL next.
Ivy Kam said…
Didn't know about this place until I read your post, thanks for the info sharing :)
仙妮 said…
Ha..Ha...this is really fun! I like it! Will check it out to have a friends gathering maybe ;) cheers, SiennyLovesDrawing
Shiv B said…
Oh I didn't really know about this place but it looks quite fun. Will certainly check it out.

FOLLOWERS